Friday, September 30, 2011

Hampir~

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Illahi kerana diberi peluang dan ruang untuk meneruskan kehidupan di muka bumi yang penuh dengan dugaan ini. Hmm.., hanya tinggal bebrapa hari lagi untuk kami pelajar SPM bertungkus-lumus untuk belajar, bukan hanya untuk menggapai 11A+ dalam SPM, tetapi belajar untuk mendapat redha Allah. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa jantung ini rasa berdebar apabila setiap kali mata jatuh pada tulisan pada papan putih di dalam kelas yang menunjukkan bahawa SPM semakin hampir. 

Memang tak ada yang senang macam SPM
Tapi yang lebih senang banyak ~
Memang tak akan berjaya tanpa usaha
Jika usaha pasti berjaya ~

Maka tak perlu kami susah hati
Banyak murabbi yang mengajar kami
Untuk SPM kali ini ~

Memang tak ada yang menang
Tanpa sebarang strategi mantap
Memang kami dah sedia untuk periksa
Kalau tak sedia nak exam camner?

Ce royak gok sket ~

Oo guru-guru
Jangan kau bimbang dengan kami semua
Kami selalu usaha
Kami amalkan doa
Apa yang lebih penting
Kami praktis tawakkal
Oo semua
Maafkanlah segala silap kami semua
Berjya kami mahu
Tapi dengan berkatmu
Doakan kami menjadi Batch Seventh yang terulung

p/s : Hasil rekaan banin (pelajar lelaki) kelas kami..


Doakan kami semua agar berjaya didunia dan akhirat... 

Thursday, September 29, 2011

Candidate SPM beraya~

27 September 2011 yang lepas, telah diadakan jamuan hari raya di Sekolah Menengah Islam Al-Amin Kemaman..














Rindu~

Apabila tangan terasa rajin untuk membelek album zaman sekolah rendah, mata tetiba jatuh pada sekeping gambar. Saat menatap gambar tersebut, perasaan rindu mula terhasil. Rindu akan kenangan zaman sekolah rendah. Rindu kepada sahabat-sahabat masa zaman sekolah rendah. Rindunya... Rindu juga kepada muallim dan muallimah di sekolah rendah. Sekarang kami semua sudah mencapai umur 17 tahun. Dah besar rupanya~


Hari rabu baru-baru ini, sambil-sambil tunggu Usrah nak start saya dan junior, Amirah Ramli bersembang sambil bercerita kisah-kisan zaman sekolah rendah kami. Rindunya saat itu. 

~ Moga Allah pertemukan lagi kami semua suatu hari nanti...Insya-Allah..

May last till Jannah~

Thursday, September 8, 2011

Hlovate

You wonder
Is it an angel or yet
Maybe a sweet dream that you can't forget
So close yet far-fetched
Causing you to float on the line
Between reality and fantasy

Haunted the nightmares
Created the ecstasy
Hlovate - oh poisonous honey
Love and hate
Driving me crazy

The poison ivy of Venus
Killing with venom so sweet
You're losing your head
Don't want it yet  it keeps haunting
Losing yourself in the suffocating mist

The blind arrows of
Piercing cold ice and warm melting heart
Tearing me apart

P/s : Gara-gara baca novel Hlovate ~

Monday, September 5, 2011

Hard Time Come Easy

It's amazing
We go through changes
When times get crazy
It's up and down, it's hot and cold


* Sungguh. Masa tu boleh membawa seribu perubahan bermacam gaya

These complications
Just keep on coming
There ain't no running
When it comes to life
That's how it goes

* Sebab kehidupan ini tak adanya pernah sunyi dari segala macam benda susah senang, serba-serbi cukup nak bagi hidup ini penuh warna-warni..

Round and round we go
Sometimes it feels like
We're on a roller coaster ride

* Dan tak ada benda yang predictable dalam hidup ini

Baby don't you know
It could eat you up
If you try to keep it all inside


Seems like hard times come easy
We do a lot of hanging on these days
But the heart finds a reason
And love always seems to find a way
Even if it hurts
Even if it hurts us baby

* Hari-hari riang ini makin berkurang kini bilah bilangannya. Jangan difikirkan sekarang benda berat yang akan bertandang. Hard times come easy. Indeed..

P/s : Hmmm..saya dedikasikan khas entry kali ini kepada sahabat saya, Izzah Nasirah bt. Rosli..Uhibbukifillahi jiddan jiddan..

Saturday, September 3, 2011

Raya 2011 - Part 2

Pejam celik, pejam celik, sekejap sahaja rasanya bulan Ramadhan. Rasa sedih sangat. Maka tibalah hari kemenangan untuk orang- orang Islam.

1 Syawal

Salam Aidulfitri !!. Pagi-pagi lagi semua sudah bangun. Achik sibuk menghantar nasi impit dan kuahnya serta pulut kuning ke rumah saya. Memang setiap tahun pada setiap kali hari raya, achik akan buat nasi impit dan kuahnya serta pulut kuning. Ibu pula akan membuat kuah daging, ayam masak merah dan lain-lain. Ibu juga menempah sate untuk hari raya. Selepas semua orang balik dari solat hari raya Aidilfitri, kami menunggu kepulangan ibu dan ayah dari surau. Apabila mereka sampai, kami beratur untuk bersalaman antara satu sama lain sekali gus memohon kemaafan. Kakak dah awal-awal lagi mengeluarkan kamera DSLRnya. Ada yang mencadangkan agar mengambil gambar keluarga. Akhirnya semua ke ruang tamu untuk bergambar. Kakak as a photographer pun menjalankan tanggungjawabnya.

Nur Jannah Raihah
Nur Jannah Shaurah, Nur Jannah Humairah, Nur Jannah Najihah
Usrati
Hasbullah membuat muka comel









Selepas kami bergambar sakan, ramai tetamu yang datang ke rumah saya untuk beraya. Saya rasa sebelum ini tidaklah tetamu ramai seperti ini yang datang beraya pada 1 syawal. Tidak mengapa, tetamu mebawa rahmat.

2 Syawal

Hari ini, saya dan kelurga pergi beraya ke Paka dan Dungun. Kami beraya di rumah kelurga sebelah ibu. Kami pulang ke rumah semula pada waktu petang.

3 Syawal


Hari ini kami beraya di Kuantan. Sampai sahaja di Kuantan, kami menuju ke Hospital Tengku Ampuan Afzan  untuk melawat Pak Ngah di sana. Selepas itu, saya pergi ke rumah Dr Fahmi as known as sepupu saya. Selepas makan tengah hari di sana, kami pergi ke rumah seorang lagi sepupu saya. Seterusnya kami pulang ke rumah dan kami tiba lebih kurang dalam pukul 8 malam. Setibanya kami di rumah, sebenarnya kami menerima tetamu iaitu adik ipar sepupu saya. Ibu mengajaknya bermalam di rumah. 

4 Syawal

Hari ini rumah penuh dengan orang. 3 orang sepupu saya bersama ahli kelurga mereka datang untuk beraya. 
Ibu memasak Nasi Beriani untuk makan tengah hari.

Nurhaziqah.Mz said : Alhamdulillah, saya suka sangat raya tahun ini. Meriah. Tali kekeluargaan semakin rapat bersimpul. Syukur kepada Yang Maha Berkuasa.

Raya 2011 - Part 1

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi diberikan peluang untuk menghirup udara di muka bumi Allah dan masih lagi berpeluang untuk berkumpul bersama-sama keluarga pada hari raya yang penuh keberkatan ini. Saya suka sangat hari raya pada tahun ini. Rasa begitu meriah. Tahun ini, seperti biasa saya hanya beraya di Kerteh. Hal ini kerana sepupu-sepupu dan pak cik akan balik beraya di sini. Macam-macam ragam dan cerita yang berlaku sebelum dan selepas raya.

28 Ramadhan

Pada hari ini, sepupu dan pak cik saya sampai di rumah. Mereka akan beraya di sini. Rumah menjadi begitu meriah. Bila tiba waktu berbuka puasa, dapur rumah yang bagi saya luas menjadi sempit. Bayangkanlah. Saya, kakak dan ramai lagi tidak menang tangan untuk menghidang juadah berbuka puasa. Selepas berbuka, tibalah pula sesi mengemas. Ibu dah start memberi arahan. " Okay, sesiapa yang ada anak tak perlu tolong mengemas. boleh naik atas". " Alamak! Mana aci..". Jadi tinggallah beberapa orang sahaja di dapur.

29 Ramadhan

Hari ini, saya menanti kedatangan seorang sahabat yang sangat dirindui. Tapi sayang, kita merancang. Allah pun merancang. Tapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Sahabat saya tak dapat singgah rumah saya kerana bimbang lewat sampai kampungnya di Kelantan. Jadi, kakak mengajak saya keluar untuk shopping. Sepupu dan kakak ipar dah pesan supaya tolong belikan tudung. Jadi kami pun pergi ke Paka untuk mencari tudung. Di sini susah sedikit untuk mencari tudung labuh. Sambil berjalan-jalan mencari kedai tudung, saya sempat lagi menemani kakak membeli baju untuk anak-anak sepupu. Selepas pergi ke Paka, kami menuju pula ke Mesra Mall. Kami sampai rumah lebih kurang dalam pukul 7 malam. Itu pun ibu dah marah masa call ibu. Pada malam nya, Jiran-jiran dah sibuk bermain mercun. Ibu dah warning awal-awal dekat abang agar jangan marah diorang.  Abang cuma bising saja sebab diorang mengganggu Raihah nak tidur. Dalam pukul 10 atau 11 lebih saya dan abang baru bermula mengemas rumah. Senang sikit kemas rumah pada waktu malam sebab semua orang dah tidur, jadi tidak ada orang nak mencipta kekotoran dah.