Thursday, September 8, 2011

Cara Mengatasi Stress

Dalam meniti arus globalisasi ini, sama ada kita sedar atau tidak, selaras dengan kemajuan pembangunan negara yang semakin giat membangun bagai cendawan tumbuh selepas hujan, masih lagi ada keluarga yang menghadapi pelbagai masalah seperti masalah kewangan, masalah anak-anak, dan masalah yang melibatkan ibu bapa itu sendiri. Keadaan ini menimbulkan tekanan atau stress kepada setiap ahli keluarga. Hal inilah yang menyebabkan berlakunya pelbagai masalah seperti kecurian, masalah sosial, dan pengambilan dadah serta rokok. Perkara ini terjadi kerana mereka ingin melepaskan diri daripada tekanan dengan berkawan dengan orang yang tidak sepatutnya. Ibu bapa perlu prihatain dengan apa yang terjadi pada setiap ahli kelurga. Ibu bapa tidak boleh membiarkan masalah ini berlarutan sehingga menjadi begiut parah. Tetapi kita perlu ingat bahawa tekanan boleh memberi kebaikan dan keburukan , tetapi kita perlu menangani tekanan itu.

Terdapat pelbagai langkah yang boleh dilakukan oleh setiap ahli kelurga dalam menghadapi tekanan atau stress. Bagi ibu bapa yang mempunyai masalah dan telah memberi tekanan kepada anak-anak, mereka perlulah pergi berjumpa dengan pakar kaunseling dan psikologi. Hal ini kerana, dengan menceritakan masalah yang dialami dengan pakar tersebut, mereka dapat memberi solusi yang bernas tentang masalah kita. Hal ini dapat mencegah masalah tekanan atau stres yang berlaku pada anak-anak daripa berlarutan sehingga menimbulkan masalah yang tidak diingini. Mencegah lebih baik daripada merawat. Sekurang-kurangnya pelbagai masalah yang terjadi kepada ibu bapa dan anak-anak dapat dikurangkan. Hal ini kerana, pakar kaunseling dan psikologi, mereka telah berhadapan dengan pelbagai ragam manusia yang bermasalah, jadi mudah bagi mereka untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa.

Seterusnya ialah ibu bapa perlu menerapkan pendidikan agama dalam diri setiap ahli kelurga. Hal ini kerana apabila agama telah tersemat dengan kukuh dalam diri seseorang, mereka akan dapat meghadapi pelbagai bentuk masalah dengan tenang, tiada resah dan gelisah. Ibu bapa perlu menyerap unsur agama dalam diri anak-anak sejak kecil. Hal ini kerana apabila sudah dewasa, mereka tidak mudah untuk ikut kata-kata ibu bapa. Lentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa perlu ingat bahawa anak-anak itu ibarat kain putih, ibu bapa yang menentukan coraknya. Apabilasetiap keluarga mempunyai agama, mereka akan dapat menghadapi setiap masalah tanpa perlu wujudnya tekanan dalam diri kerana mereka percaya akan takdir tuhan.

Melancong merupakan salah satu langkah terbaik yang boleh dilakukan oleh setiap ahli keluarga. Melancong bukan hanya boleh merapatkan hubungan kekelurgaan malah melancong boleh menghilangkan tekanan atau stres. Apabila pergi bercuti, mereka akan dapat merehatkan fikiran. Hal ini kerana sebaik sahaja melihat sesuatu yang indah dan tenang, secara automatik kita dapat melupakan segala masalah dan tekanan yang dihadapi. Hal ini akan membawa kebahagiaan dalam seisi keluarga di samping menghilangkan tekanan atau stress yang dihadapi. Tidak perlu untuk melancong jauh-jauh, kerana kita gentar nanti yang dikendong berciciran, yang dikejar tak dapat. Pilih tempat yang terekat agar tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang banyak.

Setiap ahli keluarga juga boleh mengamalkan amalan gaya hidup sihat. Hal ini kerana akal yang cerdas terletak pada badan yang sihat. Gaya hidup sihat amat penting untuk diamalkan kerana malan ini dapat mengurangkan tekanan atau stres yang dihadapi oleh setiap kelurga. Apabila kita amalkan gaya hidup sihat semasa mengalami tekanan atau stres, badan kita akan bertenaga dan tidak kelihatan lesu. Kelihatan lesu yang menyebabkan kita menghadapi stres dengan lebih teruk. Hal ini kerana badan kita tidak bertenaga untuk menghadapi masalah-masalah yang melanda diri kita. Anggaplah setiap masalah itu sebagai cabaran yang perlu kita tempuhi untuk menjadi lebih kuat.

Tuntasnya, kita perlu berfikiran positif dalam semua keadaan. Hal ini kerana berfikiran positif akan menjadikan kita menghadapi tekanan atau stres dengan hati yang terbuka. Ada satu analogi yang mudah. Kita jadikan stres seperti pengambilan vitamin. Jika kita mengambil vitamin itu dengan seimbang, maka vitamin itu akan meningkatkan sistem imunisasi dalam badan kita. Jika kita mengambil dengan kuantiti yang banyak, vitamin itu akan memudaratkan kita. Begitulah dalam kehidupan kita. Jika kita dapat seimbangkan dan kawal stres yang dihadapi, kita akan dapat memajukan diri. Jika kita tidak dapat mengawalnya, stres itu akan menjadi masalah besar kepada kita. Ingatlah firman Allah bahawa setiap susah itu ada mudahnya. 

Oleh: 
Nurhaziqah Mazalan
Subjek Bahasa Melayu
Trial SPM 2011

12 comments:

  1. bgus . . urm . . mnta maaf yea .. saya ambl isi2 krngn awk yea . . untk soaln prcubaan ngri awk . .

    ReplyDelete
  2. thanx..owh, ok...ambil jea..hidup utk berkongsi~

    ReplyDelete
  3. thanks...tp npe 4 jur isi bkan kur spatutnya 6...pas tuu byak spelling awk yg slah n ayat pown ada yg tergantung....p thanks a lot gak lar....

    ReplyDelete
  4. Owh..thahx a lot sbb menegur...isi?? hmm.. memang empat jea pun..spelling?? maybe kat dlm nie je kut.., ayat tergantung?? x peransan pulak..and utk karangan nie, saya dpt A

    ReplyDelete
  5. skdr cdgn, ckgu sy ckp klau boleh isi tu mst lbih drp 4, pling baik 5 or 6
    sbg back up lau isi kita x relevan, huhu
    but your essay is still good though.. ^-^

    ReplyDelete
  6. mesti nurhazifah orang terengganu kan? best karangan niii...saya ambil isi kandunagannye boleh untuk latihan karangan saya...hee hee..thaxz

    ReplyDelete
  7. nurhaziqah.... org terengganu? yup..

    ReplyDelete
  8. ct pinjam isi nak buat karangan yeee . trima kasih daun keladi . haziqah buat ke ni ? tahniah , bagus ! heee~

    http://cerciterbyct.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. banananananananananana ~

    ReplyDelete