Sunday, June 8, 2014

More Than I Expected.



'Result dah keluar?'

'Bila result keluar?'

soalan femes sejak Jun menonjolkan diri. sampai aku rasa tak debar dah tunggu result. tapi, cuma satu, aku risau setiap kali ada yang menanya. tertanya-tanya, macam mana ye result kali ni. OK atau KO. usaha aku tak memadai. final exam lepas, aku lah orang yang paling payah nak mujahadah lawan nafsu tidur. buka buku, mata konfem layu. layu selayunya. payah, tersangat payah. dah la 60 markah untuk final exam. susah nak skor. carry mark sikit. memang redha sangat.

'ibu, jangan marah tau kalau tak dekan.' <------ ayat femes untuk ibu

betul la. aku tak cuak pun bila nak tengok result. sebab aku yakin sangat aku dapat rendah. muka dah redha sangat. yakin terlebih dah ni.

thalathah fasilah arba'ah wa thamanun   [rasanya betul dah sebut macam ni dalam arab. fail sikit bab nombor]

oke. tergamam. Alhamdulillah. Dia bagi apa yang aku tak jangka. aku memang yakin sangat dapat rendah dari ni.

Tuhan tidak pernah mengecewakan hambanya. Alhamdulillah :')

Monday, June 2, 2014

Sekali hilang, sia-sia.


[310514] rasa dah lama tak jumpa dorang. kalau nak jumpa, kena tunggu cuti sem. itu pun kalau semua free. sekarang memang payah nak kumpul cukup-cukup B7 ni. ada yang cuti sama, ada yang tak. masing-masing dah ada life sendiri. ni pun macam rancang last minit. ni baru separuh. masing-masing dah nak habis cuti. cuba jugak untuk jumpa. kawan-kawan aku ni, ada yang aku kenal sejak tadika, masa form 1, form 2, ..  ni la sebahagian kawan-kawan aku masa zaman sekolah. dari segan-segan sampai boleh rapat sangat-sangat. dah tak ada versi terasa hati. kepala memang gila-gila. dalam kepala gila-gila tu, dorang still boleh fikir baik buruk. dorang melayan je kerenah masing-masing. kalau ada orang kata perempuan zaman sekarang suka mencarut, jenis keluar malam, bla bla bla.. aku paling tak setuju. bukan semua perempuan sama. aku tahu, kawan-kawan aku tak macam tu. dorang pun tak segan or takut nak nasihat apa yang perlu. serius aku cakap, memang sayang kalau hilang sahabat macam dorang :) memang susah nak dapat. sekali hilang, sia-sia.

aku harap, nama aku always ada dalam setiap doa dorang. aku harap, persahabatan kitorang akan kekal hingga syurga. 

'Hatta engkau terjun ke neraka, aku tetap akan terjun untuk mengambilmu semula kerana aku sayang engkau keranaNya. Mahu berpimpin tangan tika masuk ke syurga sana. Ukhuwwah hingga ke syurga sana' 
-sinergi by hilal asyraf-



***
cukup 6 tahun aku kenal dorang. campur pulak extra years untuk budak hazirah & iera yang duduk sebilik masa diploma ni. Ya Allah susah nak dapat kawan sebaik ni memang susah. aku rasa biarlah tak dapat kawan macam retis tu asalkan dapat yang baik baik solehah gitu. sebab kalau kita duduk dekat dengan orang baik, berkat kebaikan dia pun kita dapat. apa lagi berkawan. kadang tak sedar kenapa Allah selamatkan kita dari buruk buruk, padahal sebab manfaat kita kawan dengan yang baik. jadilah baik tak rugi. Allah lagi suka malaikat pun senang. 
-beah-

the most beautiful discovery true friends make is that they can grow separately without growing apart. 

indeed. aku sayang dorang sangat-sangat. <3