Hi!
Lama dah tak menulis kat sini. fuhh! *tiup tiup habuk sikit*
post yang lepas-lepas ada tulis pasal macam mana nak apply universiti kan? masa tu tulis sesaje je, kalau ada yang baca alhamdulillah, kalau takde tak apa je :) Tapi tak sangka pula ramai yang DM kat twitter pasal apply universiti ni. Malu sis, sis tak teror pun bab-bab macam ni sebenarnya. Dapat tolong mana mampu je.
Good luck untuk korang yang DM tu ya!
So, kali ni nak tulis tentang IIUM. bukan tentang pentadbiran dan seangkatan dengannya ya. Post ni sekadar pendapat peribadi kami ber-empat [aku, faten, wannie & kak hanie] sepanjang belajar di UIAM ni.
sumber : google |
Sebelum masuk uia tu kan, banyak kali fikir boleh survive ke tak eh study sana. Macam-macam cerita menjengah telinga, positive dan negative. Tapi macam orang kata, lain orang lain rasa dia. Kita yang kena cuba dulu, baru rasa okey ke tak. kan?
UIAM. Besar yang amat, penat kalau jalan kaki main pusing setiap inci kawasan uia ni. Serius cantik sangat dengan seni bina dia, macam jejalan kat obersi dah. Over tak? haha. Setakat ni study kat uia ni semua rasa mencukupi dari kelas hinggalah Mahallah (baca: hostel). Untuk hostel, memang student rasa puas hati yang amat lah sebab hostel uia ni satu bilik ada empat compartment, setiap student dapat satu compartment. Jadi setiap student dapatlah privacy masing-masing nak study, tidur, makan dan lain-lain. Boleh kira dalam uia ni ada semua lengkaplah.
sumber : google |
Macam kita semua tahu, uia ni memang ramai foreigner dari student sampailah pensyarah. Cakap je nak negara mana, insyaAllah ada. haha. Jadi student kat sini memang ramai kawanlah. Boleh lah nak 'berlagak' sikit ada kawan luar negara. haha. Dan kalau bab makanan, sebab kat uia ni ramai foreigner, merasalah kita nak makan makanan dari negara diorang. Tak payah cari restoran mahal-mahal dah. uia ni memang kaya betul dengan makanan, antara sedap atau tak je. Pandai-pandai pilih ya.
Oke, kalau masuk bab pensyarah, mereka sangat best. Dulu sebelum masuk universiti macam-macam dengar kan, kena bodek pensyarah lah, kena bagi pensyarah kenal kita lah, semua ni untuk markah lebih. Aihh, aku masuk uia tak ada lah sampai macam tu. Pensyarah mengajar style belajar zaman sekolah atau diploma dulu-dulu. Mereka sangat baik, kalau tak faham, tanya je. Markah semua tu kumpul dari assignment, test, final exam, quiz & etc.
Tipulah kalau kata uia ni semua sempurna kan, ada lah yang kurang sikit-sikit. Contohnya student yang baru masuk ni kena struggle untuk lepas EPT (english placement test) dan APT (arabic placement test), kalau tak lepas diorang kena ambil subjek CELPAD berlevel sampai dorang lepas. Dan ada jugak test-test lain macam tilawah & fardhu 'ain. Tapi tilawah & fardhu 'ain ni senang je nak lepas. Kebiasaannya student sangkut ept/apt. Ramai takut masuk uia sebab 2 test ni lah. Relax je korang, kalau lepas tu kira rezeki koranglah, tapi kalau sangkut tu kira korang dapat tambah ilmu banyak lagi. Dua-dua ada faedah tau. Level untuk lepas test ni based on course yang korang ambil. Nanti masuk uia, akan ada taklimat pasal ni.
And, perkara student uia tak suka adalah sistem yang kurang memuaskan time pre-reg subject. Korang kena berebut subjek, ada rezeki dapat, rezeki kurang sikit tak dapat subjek yang kita nak, so kena cari subjek lain pulak. Masuk uia dulu baru korang rasa macam mana. haha.
Tapi secara keseluruhannya, study dekat uia ni best sangat-sangat. Macam-macam pengalaman korang dapat rasa. Dari segi ilmu, kawan, dan lain-lain.
Mesti korang banyak dengar cerita pasal uia kan? banyak nya kata susah kan? Macam mana sekalipun, korang kena ingat, lain orang lain pendapat. Selagi kita tak cuba, kita tak tahu situasi nya macam mana. Jangan takut nak menghadapi cabaran, melalui cabaranlah kita jadi manusia yang teguh. :)