Thursday, December 15, 2011

SPM~

Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah di panjatkan ke hadrat Illahi keran telah memudahkan segala urusan. Sesungguhnya setiap yang susah itu pasti ada mudahnya. Alhamdulillah, give thanks to Allah kerana telah membantu saya dalam menghadapi SPM. Akhirnya, pada tanggal 13 Disember 2011 yang lalu, akhirnya SPM telah tiba kepenghujungnya. MERDEKA? Hmm, MERDEKA. Tapi sebenarnya rasa janggal. Setelah sekian lama duduk bergelumang dengan buku-buku, akhirnya saya bergelar 'budak lepasan SPM'. Rasa janggal. Duduk di rumah, biasanya baca buku, tapi sekarang rasa macam ada 'something' yang saya tak buat. 'Something' tu adalah baca buku (kecuali novel).

Sebelum SPM tiba, saya dah minta maaf dengan semua orang. Mana tahu, manusia sentiasa buat kesilapan. Dan sebab kesilapan yang tidak disedari, mungkin akan mengganggu perjalan SPM nanti. Tak susah pun nak minta maaf. Saya hanya hantar sms yang berbunyi : ' Salam alayk, sori for everything, thanx for everything. Doakan ya untuk SPM'. Tak susahkan?? Dan boleh dikatakan ramai juga yang membalas sms tu. Ramai?? Hmmm...Tapi dengan ibu dan ayah tak laa sampai hantar sms, saya minta maaf sehari sebelum SPM.

Ayah said : OK

Ibu said : Kalau tak minta maaf pun, ibu da maafkan.

Abang : InsyaAllah berjaya, jawab elok-elok, baca doa, jawab dengan relax k..

Kak Siti : Salam, abang n Kak Siti doakan semoga adik berjaya dengan cemerlang dalam exam..jawab dengan tenang n yakin, then tawakal pada Allah.

Kakak said : Kak Cik, pergantungan hanya pada Allah. Usahalah setakat mampu, jangan stress tau :) Tenang je, sesungguhnya hati tenang dengan mengingatiNya.

Sepanjang tawaf di Kaabah, itulah doa yang tak kunjung padam untuk Kak Cik. Moga cemerlang untuk akhirat, maka dunia akan mengejar kita. All the best :)


Abang Sir said : Semoga berjaya dengan cemerlang..InsyaAllah, Ameen.

Kak Maina said : Dearest Sis Haziqah - Fly in the plane of Ambition and Land in the Airport of Succeess..Luck is yours, Wish is mine..May ur future always shine..Good Luck on ur SPM sweetheart..Semoga Allah Yaa Baari' Yaa Roshid permudahkan segalanya..Ameen

Muallimah Ann said : Semoga cemerlang dalam kertas Bahasa Melayu esok..Tidak ada yang lebih membahagiakan seorang Muallimah daripada melihat anak didiknya berjaya dalam Ilmu dunia dan Akhirat..Takpe tak dapat A cukuplah sekadar A+...^^..

Teacher Yusnani said : Assalamualaikum Haziqah dan sahabat-sahabat. Semoga Allah permudahkan urusan kalian dalam menghadapi SPM. ' Ya Allah kurniakan anak-anak didik kami dengan hikmah, jauhkan mereka dari sifat malas dan cuai juga jauhkan mereka dari pemeriksa yang lalai dan tak adil, kau permudahkan jangan kau susahkan'.

Kak Iefa said : Salam dear..all the best for the upcoming exam..akak sentiasa doakan adik-adik..ganbatte ne ^_^

Ummi said : Semoga anakanda berjaya dunia akhirat.

The rest is history~



Dewan/Bilik Peperiksaan 2

Dewan/Bilik Peperiksaan 1


Berakhirnya SPM~

Sedih meninggalkan sahabat-sahabat tercinta. Sahabat yang telah bersama-sama mengharungi suka dan duka. Uhibbukunna jiddan.

Sedih meninggalkan sekolah tercinta. Sekolah yang mengajar saya mengenal erti tarbiyyah. Mengenal erti perjuangan.

Sedih meninggalkan murabbi yang dikasihi. Uhibbukum jiddan. Murabbi yang bersama-sama mengharungi hari-hari suka dan duka. Murabbi yang mengajar erti perjuangan. Murabbi yang berpenat lelah mendidik kami agar menjadi insan berguna kepada Islam.

Syukran awi awi, uhibbukum jiddan.

Thursday, December 8, 2011

Tak kenal, maka tak cinta



Kepadamu kukirimkan salam terindah

Salam sejahtera para penghuni syurga

Salam yang harumnya melebihi kasturi

Sejuknya melebihi embun pagi

Salam hangat sehangat sinar mentari waktu dhuha

Salam suci air telaga kautsar yang jika direguk akan menghilangkan dahaga selamanya

Salam penghormatan yang tiada pernah pudar dan berubah dalam segala

Musim dan Peristiwa..


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!! Tujuh tinta lautan sekalipun masih tidak mampu menjadi tinta untuk menulis pujian yang selayaknya bagi Allah SWT. Dialah sumber kekuatan, sumber pergantungan, sumber rezeki, sumber kecintaan dan sumber perundangan. Hidup dan mati hanya untuknya semata-mata. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, para sahabat dan pewaris perjuangan Baginda sepanjang zaman.



Saya terpanggil untuk memulakan penulisan dengan tajuk 'Tak kenal, maka tak cinta..'. Kenapa??  Sebabnya tajuk ini ada kaitan dengan taaruf. Untuk kita mencintai, kita mestilah mengenali. Mencintai di sini bukanlah cinta biasa, tetapi cinta yang disandarkan kepada Allah. Kita biasa dengar perkataan yang sentiasa bermain-main di mulut teman-teman kita iaitu 'Uhibbukifillahi' yang bermaksud 'Saya mencintai awak (perempuan) kerana Allah’. Kasih sayang yang disandarkan hanya kepada Allah.Allah berfirman :



Maksudnya : ‘Wahai manusia! Sungguh, kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti’.

 ~ Al-hujuraat, 49:13~



Sebelum kita bertaaruf, kita mengintai sejenak konsep taaruf dalam Islam. Taaruf bermaksud berkenal-kenalan antara satu sama lain. Taaruf merupakan satu ibadah. Orang yang tidak menghayati konsep ini boleh diumpamakan sebagai haiwan liar. Kenapa?? Hal ini kerana haiwan-haiwan liar akan sentiasa bermusuhan dan tidak mengenali erti persahabatan. Adakah kita ingin termasuk dalam golongan seperti itu??.. Tepuk dada, tanya Iman.



' Masalahnya, saya nak bertaaruf dengan siapa???' Itulah persoalan yang sentiasa menari-nari dibibir kita. Islam sebenarnya agama yang mudah. Islam menggalakkan kita bertaaruf dengan sesiapa sahaja, tidak mengenal usia, keturunan, warna kulit, bangsa, agama dan budaya. Tetapi kita perlu berhati-hati. Bila taaruf dikatakan beribadah, jangan pula kita berlumba-lumba untuk berkenalan dengan kaum yang berlainan jantina. Moga dijauhkan!!. Boleh dikatakan haram andainya kita berkenalan dengan seseorang yang bukan mahram. Tapi kita perlu melihat juga pada tujuan kita. Adakah untuk suka-suka ataupun adakah untuk melakukan pekerjaan??..Fikir-fikirkanlah.



Kenapa kita sibuk bertaaruf??.. Apa tujuannya??.. Islam menyuruh kita berkenal-kenalan bukan hanya untuk menambah sahabat, tetapi ingin mewujudkan semangat kerjasama antara masyarakat dan kaum berbilang bangsa, agama dan keturunan. Dengan adanya kerjasama tersebut, kita dapat hidup dalam suasana bersatu-padu, aman dan sejahtera. Selain itu, dengan bertaaruf kita dapat merealisasikan pengabdian diri kepada Allah dengan mematuhi suruhannya supaya kita berkenalan. Dengan adanya perkenalan, kita dapat saling mengenali keturunan masing-masing. Dengan itu, kita dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan dan persahabatan yang terjalin. Rasulullah menegaskan dalam sebuah hadis yang bermaksud :

Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Nabi SAW : "Kenalilah nasab keturunan kamu yang membolehkan kamu mengeratkan silaturrahim. Sesungguhnya silaturrahim itu mewujudkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga, menambahkan harta dan melewatkan ajal".



Tuntasnya, taaruf sangat penting dalam kehidupan kita. Dengan bertaaruf kita dapat mengenali dengan lebih mendalam sahabat kita. Janganlah kita memilih sahabat dengan melihat pada paras rupa dan harta mereka, tetapi lihatlah hati mereka...!! Tak kenal, maka tak cinta.

Sunday, December 4, 2011

Makaroni bakar

Makaroni bakar?? First time rasa. Sedap. Enak. Sedapnya. Makaroni bakar hasil tangan Syaza. Siapa nak try, boleh laa mencuba.

300 gm macaroni - direbus sampai kembang
500 gm ayam/daging cincang
2 cawan cheese monzarella/cheddar
30 gm butter
1 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 cawan susu segar
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh oregano/italian mix herbs
1 kiub pati ayam
4 biji telur
Garam secukup rasa

* Rebus makaroni sampai kembang dan toskan airnya.

CARA MEMASAK :


1. Panaskan butter dan tumis bawang merah dan bawamg putih yang telah dimayang halus. Kemudian masukkan daging cincang dan biar sampai daging masak.

2. Masukkan lada sulah dan serbuk oregano , susu dan kacau , kemudian masukkan semua makaroni tadi dan kacau lagi supaya semua bahan sebati . Masukkan kiub pati ayam yang telah dihancurkan dan jika masih kurang masin baru la ditambah garam.

3. Bila sudah masak tutupkan api dapur dan baru la dimasukkan telur sebiji demi sebiji sambil mengacau macaroni ini.

4. Masukkan macaroni separuh loyang dulu dan boleh la di susun keju monzarella kemudian terus masukkan macaroni lagi sampai penuh loyang pembakar. Susun cheese di atas macaroni. Bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 40 minit atau sampai keju bertukar kewarna golden brown . Boleh la dibawa keluar dari oven dan biarkan sejuk dulu sebelum mengeluarkan macaroni ini dari loyang.
Saya telah mencuba. Tapi hasilnya tidaklah secantik ini.
sekadar gambar hiasan.




Friday, December 2, 2011

Bola oh Bola !!

Wahhhh..., banyaknya habuk. Berapa minggu da ea tak update blog?? Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana diberi kesihatan yang baik. Alhamdulillah..



Hati ini tertanya-tanya, kenapa la orang tu anjurkan perlawanan bola masa musim SPM ni?? Bila fikir balik, dia tak suruh pun budak-budak SPM tengok bola..Hmmm, minda ini masih lagi ligat berfikir, macam buang masa je tengok bola, lebih baik study..Tapi.., hati nak sangat tengok bola..Isy, isy..macam-macam yang difikirkan. Complex question can only be solved by patience...

Haa, itu la soalan-soalan yang sentiasa berputar-putar dalam minda saya. Tapi, dapat dilihat, lebih kurang tiga perlawanan bola sepak yang melibatkan Malaysia berlangsung pada musim SPM..

Malaysia vs Indonesia

Habis je paper PSI, terdengar ikhwah cakap yang malam ni ada perlawanan bola. Hmm, dalam hati terfikir, ada bola?? Haa, baru teringat, Malaysia vs Indonesia. Sampai je kat rumah, saya sudah cakap siap-siap kat semua orang yang malam ni nak tengok bola. Entah laa, tetiba je rasa nak tengok Malaysia berlawan. Masa saat-saat terakhir tu, terlintas kat dalam hati, Allah mesti bagi menang kat Malaysia. Kenapa?? Malaysia kan orang Islam. Dan..., akhirnya, Alahamdulillah. Allah bagi kemenangan dekat Malaysia.

Esokkan ada kelas Addmath kat sekolah memandangkan lusa exam Addmath. Waaa, sesampai je kat sekolah, semua tengah borak mengenai bola. Hai.., macam SPM dah habis je. Tetiba, datang Muallim Nadhir, ' Banat, sape tengok bola semalam??'. Semua angkat tangan kecuali beberapa orang. Dahsyat, kalau banat macam ni, banin mesti semua tengok.

Malaysia vs Syria

Kali ni, saya tak dapat menonton perlawanan Malaysia vs Syria. Esok exam Physics!!~ Tapi, sempat juga mencelah sekejap. Masa tengah bersemangat study fizik, phone berbunyi menandakan ada sms masuk. Hmm, Bi'ah rupanya. ' Malaysia vs Syria, aish mencabar ', macam tu la sikit ayat dia. Senyuman terukir di bibir. Macam-macam.., sabar je laa. Esok exam Physics, tak boleh main-main. Itulah yang sentiasa menari-nari di minda. ~ Serius

Malaysia vs Bahrin

Ahad. Diorang berlawan malam nie! Esok cuti, tapi ada kelas Kimia. Awal-awal, Malaysia dapat dua gol. Tapi, dalam hati ada juga terlintas, mana tahu, Bahrin akan bangkit. Dan.., apa yang difikirkan itu telah menjadi kenyataan. Malaysia kalah dalam sekelip mata. Life is full of changes. And surprise. And the inexplicable(s).

Hmmm., begitulah. Nak berpesan sedikit untuk diri saya dan teman-teman yang dikasihi kerana Allah, minat tu biarlah berpada-pada. Ingatlah, dalam surah Al-Baqarah ayat 216, kadang-kadang, something yang kita suka tu, buruk sebenarnya untuk kita, dan something yang kita tak suka tu, sebenarnya baik untuk kita. Saya bagi satu analogi yang mudah. Kita sakit. Kita perlu makan ubat. Tapi, kita tak suka. Kenapa? Ubat itu pahit. Ubat yang pahit itu sebenarnya menjadi penawar untuk penyakit kita, dengan izin Allah. Janganlah, hanya kerana bola, kita telah melambatkan solat kita, tidak melakukan suruhan ibubapa, senang nak kata, jangan samapai kita abaikan tanggungjawab kita.

^_^