Friday, December 2, 2011

Bola oh Bola !!

Wahhhh..., banyaknya habuk. Berapa minggu da ea tak update blog?? Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana diberi kesihatan yang baik. Alhamdulillah..



Hati ini tertanya-tanya, kenapa la orang tu anjurkan perlawanan bola masa musim SPM ni?? Bila fikir balik, dia tak suruh pun budak-budak SPM tengok bola..Hmmm, minda ini masih lagi ligat berfikir, macam buang masa je tengok bola, lebih baik study..Tapi.., hati nak sangat tengok bola..Isy, isy..macam-macam yang difikirkan. Complex question can only be solved by patience...

Haa, itu la soalan-soalan yang sentiasa berputar-putar dalam minda saya. Tapi, dapat dilihat, lebih kurang tiga perlawanan bola sepak yang melibatkan Malaysia berlangsung pada musim SPM..

Malaysia vs Indonesia

Habis je paper PSI, terdengar ikhwah cakap yang malam ni ada perlawanan bola. Hmm, dalam hati terfikir, ada bola?? Haa, baru teringat, Malaysia vs Indonesia. Sampai je kat rumah, saya sudah cakap siap-siap kat semua orang yang malam ni nak tengok bola. Entah laa, tetiba je rasa nak tengok Malaysia berlawan. Masa saat-saat terakhir tu, terlintas kat dalam hati, Allah mesti bagi menang kat Malaysia. Kenapa?? Malaysia kan orang Islam. Dan..., akhirnya, Alahamdulillah. Allah bagi kemenangan dekat Malaysia.

Esokkan ada kelas Addmath kat sekolah memandangkan lusa exam Addmath. Waaa, sesampai je kat sekolah, semua tengah borak mengenai bola. Hai.., macam SPM dah habis je. Tetiba, datang Muallim Nadhir, ' Banat, sape tengok bola semalam??'. Semua angkat tangan kecuali beberapa orang. Dahsyat, kalau banat macam ni, banin mesti semua tengok.

Malaysia vs Syria

Kali ni, saya tak dapat menonton perlawanan Malaysia vs Syria. Esok exam Physics!!~ Tapi, sempat juga mencelah sekejap. Masa tengah bersemangat study fizik, phone berbunyi menandakan ada sms masuk. Hmm, Bi'ah rupanya. ' Malaysia vs Syria, aish mencabar ', macam tu la sikit ayat dia. Senyuman terukir di bibir. Macam-macam.., sabar je laa. Esok exam Physics, tak boleh main-main. Itulah yang sentiasa menari-nari di minda. ~ Serius

Malaysia vs Bahrin

Ahad. Diorang berlawan malam nie! Esok cuti, tapi ada kelas Kimia. Awal-awal, Malaysia dapat dua gol. Tapi, dalam hati ada juga terlintas, mana tahu, Bahrin akan bangkit. Dan.., apa yang difikirkan itu telah menjadi kenyataan. Malaysia kalah dalam sekelip mata. Life is full of changes. And surprise. And the inexplicable(s).

Hmmm., begitulah. Nak berpesan sedikit untuk diri saya dan teman-teman yang dikasihi kerana Allah, minat tu biarlah berpada-pada. Ingatlah, dalam surah Al-Baqarah ayat 216, kadang-kadang, something yang kita suka tu, buruk sebenarnya untuk kita, dan something yang kita tak suka tu, sebenarnya baik untuk kita. Saya bagi satu analogi yang mudah. Kita sakit. Kita perlu makan ubat. Tapi, kita tak suka. Kenapa? Ubat itu pahit. Ubat yang pahit itu sebenarnya menjadi penawar untuk penyakit kita, dengan izin Allah. Janganlah, hanya kerana bola, kita telah melambatkan solat kita, tidak melakukan suruhan ibubapa, senang nak kata, jangan samapai kita abaikan tanggungjawab kita.

^_^

Friday, November 4, 2011

Sanah Helwah, ibu~

Hidup ini terlengkap dengan hadirmu
Terima kasih Allah yang mendatangkan ibu
Ku fikir ia tanda kasih-Nya yang mendodoi kalbu
Sukarku tafsirkan tetapi itulah yang berlaku
Kulihat kau amat sederhana ibu
Nasihat-nasihatmu memanah jiwaku
Kadang-kala berjejesan air mata membaca bicaramu
Terasa terjaga dari lena alpa dengan suaramu
Hari ini hari lahirmu
Di pagi negeriku berdoa
Agar Allah sentiasa melimpahkan kasih-Nya tak kunjung putus
Buatmu ibu yang berhati mulus
Orang sibuk dengan dunia mereka
Tapi aku hanya mengingati ini tarikh lahirmu
Dengan tembakan-tembakan doa
Aku sujud kepada Tuhan
Yang memberikanku dikau wahai ibu
Selamat hari lahir
Semoga Allag mencintaimu
Melebihi luas cintaku
Kepadamu wahai ibu


Happy Becoming Birthday, ibu..Tahun ini, ibu sambut hari lahir pada 10 Zulhijjah. Sanah Helwah, ibu!!~

Thursday, November 3, 2011

Just around de corner..

Hey..Hey..Hey..

Setiap Insan
Pasti tersirat cita-cita
Tujuan untuk dicapai
Matlamat untuk digapai
Suatu masa

Sebelas A plus
Diringi keberkatan guru
Menjadi matlamat kami
Impian kami tertinggi
Di SPM

Hey SPM
Kami akan usaha dan usaha
Setiap masa
11 A+ dalam genggaman
Hey SPM
Kita pasti akan ketemu juga...
Nanti

Apa yang penting sekarang ialah
Kesungguhan dalam belajar
Semoga berkat dari guru
Menjadi penyelamat SPM nanti
We can be ourself now finally
Infact that nothing we can be
I wan't the world to see what we
Can be..

p/s : semoga redha dari Allah dan ibu bapa juga dapat menajdi penyelamat kita nanti..Guys, SPm just around de corner, Good luck for all SPM's candidates 2011, batch '94 and my beloved sahabat, 7th Generation of Al-Amin Kemaman..May Allah bless us !~ Moga dipermudahkan segalanya...

Ya Allah, berikanlah kami ketenangan dan kemudahn dalam menjawab soalan-soalan SPM 2011 bermula 14 November 2011 hingga 13 Disember 2011. Sesungguhnya engkau maha pemurah. Berikanlah kepada kami apa yang terbaik buat kami agar mampu membuat kedua-dua ibu bapa kami tersenyum. Bantulah kami, mudahkanlah apa yang susah, ilhamkan apa yang kabur, tenangkan jika gelisah. Moga usaha kami diberkatimu dan beroleh kejayaan yang cemerlang. Ameen~

p/s :

~ Sanah Helwah kepada Amalina bt. Ehwan, sori tak sempat nak wish awal.

~ Happy becoming birthday kepada Nurul Farhana bt. Sazalli, tahun nie anti sambut birthday masa first SPM. Gud luck,sis!!~

~ Happy becoming befday juga kepada Syaza Nadiah bt. Bahrin, ^_^