Friday, December 25, 2015

Hari-hari yang sudah

Bismillah.

rasa macam awkward bila nak start balik 'membebel' kat sini. nak dekat setahun menghilang. start dengan busy urusan kolej sampailah blog tak boleh buka.

macam-macam dah terjadi sepanjang 'proses menghilang'. dulu rajin update kat sini tentang kolej, subjek setiap semester, tentang kawan-kawan dan macam-macam lah.

sekarang umur dah 21 tahun. maknanya dah habis belajar dekat setengah tahun. kalau orang tanya buat apa kat rumah, jawapan paling best adalah tanam anggur. 

setengah tahun duduk dekat rumah, memang tak kerja. parents suruh rest betul betul sebelum sambung belajar. sempatlah apply 2 buah universiti [uia dan uitm].

balik semula 'proses menghilang' tadi.

sepanjang masa tu macam-macam terjadi. habis belajar tu yang utama. sekejap je 3 tahun. pejam celik pejam celik je. kawan satu batch dah selamat naik satu fasa, mendirikan rumah tangga dengan classmate kitorang juga. siapa sangka satu sekolah, satu kelas dari kecil, eh eh sebenarnya berjodoh. betullah tu, kalau dah jodoh tak kemana, depan saja.

dan, ramai dah kawan-kawan yang mula habis belajar siap dah start sambung degree masing-masing. masing-masing dah sibuk, ada masa lapang betu betul baru boleh jumpa.

25 hari lagi dah nak daftar uia. eh?!

haah, sebenarnya cuba nasib je apply uia & uitm. mana tahu ada rezeki dapat awal. iya lah, konvo pun kitorang tak lagi. tapi semalam semalam dah 'berbunyi', katanya konvo bulan 2 tahun depan (oh yeay!) dan, alhamdulillah Allah bagi rezeki dapat sambung belajar dekat uia dalam jurusan Bach of Arts (honours) in Arabic for International Communication. berbelit lidah nak sebut.

aten dah sebut-sebut suruh cerita macam mana nak apply uia. yang tu, kita cerita nanti-nanti sikit. boleh lah terus cerita segala jenis proses yang wujud.

kita jumpa next entry ya [tak janji! ada masa, insyaAllah]


Saturday, July 26, 2014

Ujian itu untuk orang yang hebat.



'kita yang perlu sesuaikan diri dengan keadaan, bukan keadaan yang kena ikut kita.'

aku selalu ingat pesan Ustazah Norillah yang satu tu bila rasa tak selesa, rasa macam leceh, cuba pujuk diri, aku kena sesuaikan diri dengan keadaan, sebab keadaan tak akan dapat ikut aku. kalau keadaan boleh ikut aku, nescaya memang tak rasa masalah langsunglah. nak buat sesuatu mesti kena ada hati. so, terima keadaan, fikir positif, kita boleh hadapai dan lakukannya.

orang yang hebat akan diuji dengan kesusahan. pokok yang ditimpa batu akan lebih cepat membesar. pokok kelapa, batangnya akan lebih besar jika ia berada ditepi pantai berbanding di kebun. kenapa? sebab ia kuat menghadapi angin-angin.

macam tu juga diri kita. bila sering ditimpa ujian, lama-lama diri kita akan jadi kuat. kuat menghadapi segala bentuk ujian. aku suka pesan pada diri, bila diri dah lemah, bila diri menyoal kenapa Allah turunkan ujian sebegini, aku akan pesan pada diri, 'Allah tak akan uji aku, kalau aku tak mampu.' 

positif kan diri. benda yang paling penting. kalau asyik fikir negatif, tak maju hidup ni. sebab diri akan rasa macam-macam, something tak kena. 

'apabila kita cintakan seseorang, kita pasti nak bahagiakan dia. cinta tidak semestinya memiliki, jika dia bahagia dengan orang lain, kita redha.' 
-Ustazah Norillah-

untuk buat sesuatu perlu ada pengorbanan. suka atau tidak suka, kita kena rela. baru kita boleh menapak ke hadapan.

untuk buat sesuatu perlu ada hati. baru kita akan redha terima macam mana pun keadaan dan situasi sekeliling kita. baru kita akan berusaha untuk buat yang terbaik, bukan untuk orang lain, untuk diri kita. moga Allah redha dengan setiap langkah yang kita ambil setiap hari.

Allahu musta'an. moga Allah mudahkan urusan aku, kau dan dia.


Thursday, July 24, 2014

Soalan yang mampu membisukan aku.




'Apa sumbangan kamu untuk umat yang akan datang?'

diam. kelas menjadi sunyi. sungguh, bagai terkunci peti suara semua pelajar apabila Ustazah Norillah tujukan soalan tersebut. soalan itu mampu memutuskan takai jantung aku. buat aku muhasabah balik, apa yang telah aku buat untuk umat. aku yakin, bukan aku seorang saja yang rasa begitu, aku lihat kawan-kawan lain, juga terkunci mulut seperti aku.

sungguh, soalan yang sukar untuk dijawab. apa yang aku dah buat untuk umat. apa yang kami dah sumbangkan untuk umat? aku ulang tayang segala apa yang aku telah buat, ada atau tidak yang mampu memberi 'something; kepada orang lain. payah untuk jawab.

'sumbangan kamu adalah belajar. apa yang kamu belajar, kamu akan sampaikan kepada generasi akan datang.'

'Kita tidak boleh jadi umat yang pasif, yang asyik menerima.'

'Kita kena fikir jauh, jangan fikir pendek. jangan sempitkan fikiran kita.'

'cuba fikir, pernah tak kita memberi?'

'Ustazah akan mati, Ustazah Nurizan akan mati, Ustaz Hanif akan mati. Kamulah yang akan ganti tempat kami nanti. Didik generasi baru.'

sungguh, aku rasa sungguh bertuah. hari ni berpeluang mendengar ustazah memberi nasihat. yang mampu menyentuh tangkai hati. yang mampu membuat aku muhasabah diri. yang mampu menyedarkan aku, perjalanan aku masih jauh, tanggungjawab aku sangat besar. mendidik generasi akan datang.

jujur, aku sebak bila ustazah sebut, ustaz dan ustazah akan mati. mati. mati tidak kenal usia, masa dan tempat. ia bukan di bawah kawalan kita, sebagai manusia. ia di bawah kawalan Allah. kun fayakun, jadi, maka jadilah. mati, tidak memberi isyarat. bila-bila masa nyawa mampu terputus dari jasad. sungguh masa aku sudah tidak lama. bila-bila masa saja aku bakal dijemput menghadap Sang Illahi. apakah mampu aku menjawab soalan-soalan yang bakal diajukan? adakah aku bersedia? sudahkah aku meninggalkan 'something' yang bisa memberi saham buat aku di akhirat kelak? 

dan, aku masih kaku membisu. membisu, diam seribu bahasa. masih mencari-cari sesuatu.