Sunday, August 28, 2011

Iftar Batch 7 ~ 2011 ~

Alhamdulillah, kita sekarang sudah menjejak 26 Ramadhan 1432 H iaitu semester terakhir untuk graduan taqwa. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kerana Allah memudahkan segala perjalanan saya pada bulan Ramadhan ini. Percubaan SPM sudah melabuhkan tirainya, hanya menunggu keputusan sahaja plus berdoa. Sekarang tumpu sepenuh perhatian kepada Ramadhan iaitu bulan beribadat. Takkan kita nak mensia-siakan hari-hari terakhir ini. Kita tidak tahu adakah kita akan berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan pada tahun hadapan. Kita tidak tahu perancangan Allah.

Pada 24 Ramadhan baru-baru ini, telah diadakan iftar di rumah seorang sahabat kami. Alhamdulillah, semua Batch 7 dapat menyertai cuma 3 orang sahaja tak datang. Ukhuwwah kami makin erat terikat disini.

Sebelum Berbuka

Alamak! Gambar terbalik!!

Selepas berbuka

Selepas solat terawikh 
Selepas majlis penutup L4RMJ


Alhamdulillah, boleh dikatakan Iftar kali ini berjaya dengan izin Allah...

p/s : Sebenarnya banyak lagi gambar, tapi biarlah yang ini sahaja...






2 comments: