Thursday, October 6, 2011


Ehem..ehem..testing, 1,2,3..Alhamdulillah,suara semakin okey. Syukur Alhamdulillah, badan semakin bertenaga. Ribuan rasa syukur dipanjatkan kehadrat Illahi kerana menyempatkan saya untuk menghadiri usrah semalam bersama Kak Nazifah. Walaupun masa tu kepala terasa sangat-sangat berpusing, Alhamdulillah sempat bertahan dalam sesi usrah hingga akhirnya. Dan hari ini, demam yang melanda ini semakin kebah. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Esok nak pergi Kuala Lumpur, Insya-Allah, kerana hari Sabtu ini kakak konvo di UIA. Tahniah, sis!

Abang dan kakak dah habis belajar, dan sudah selamat bekerja. Alhamdulillah, abang sekarang ini bekerja di IJN bersama kakak ipar dan kakak bekerja di Petronas. Saya, 14 November 2011 nanti akan menduduki SPM. Ya Allah, berikanlah hambamu ini 11A+ dalam SPM, dan redhailah kehidupan hambamu ini. Moga Allah meberkati kehidupan kami sekelurga. Ameen ~

Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia

By : Devotees


No comments:

Post a Comment