Sunday, April 22, 2012

Terima Kasih Tuhan !


Nukilan : Zahra Addin

Sinar mentari pagi
hangatkan marcapada
sehangat hati sanubariku

selalu jiwa ini
memberontak sendiri
hujan dugaan yang menimpa
melemahkan semangat untuk melangkah

sering hati ini
merungut marah
mengapa aku diuji dengan pelbagai masyaqoh

tatkala gelisah memamah hati
gundah membaluti diri
ku lontar pandangan
ke arah mereka

tika aku sedih
dikurnia hanya sekeping roti
namun mereka,
melonjak gumbira
kerna semalam mereka
langsung tiada walau secubit garam

tika aku menangis
tidak dibelikan sepatu
yang aku mahu
mereka,
tiada kaki untuk
mengenakan sebarang sepatu

tika aku berduka
tiada mata pena baharu
tetapi mereka,
langsung tidak bisa
memegang mata pena

aku tertunduk malu
malu pada Dia
terlalu beruntung aku ini
dibandingkan dengan mereka
terima kasih tuhan


No comments:

Post a Comment