Monday, May 7, 2012

Hikmah yang tersirat~

Hari ni, banyak kali tahan air mata daripada mengalir. Penat sebenarnya tahan air mata. Tapi, macam biasa. Tunjuk diri kuat. Tunjuk diri tabah. Tunjuk diri tak kesah. Senyum! ^___^

Haih! Hari ni result UPU keluar. Saya tak berjaya. Sadis betul. Tapi mesti ada hikmah yang tersirat tu.

Jangan risau. Ada dua tawaran menunggu awak, Cik Haziqah.

First, tawaran belajar ke Mesir, Ijazah Sarjana Muda Farmasi, Universiti Zagazig.

Second, Kolej Matrikulasi Selangor.

Tapi, saya masih lagi berusaha. Saya buat rayuan! Moga dapat! Mohon doa.

Ada je, hamba Allah yang suruh saya menangis. Yang pesan supaya jangan sedih. Yang cakap supaya bersabar.

Dan, paling best ada yang pesan macam ni, 'Tak pe Allah selit kejutan terindah utk nti, ana do'a, i.Allah ziq!!! tabah! kuat!' ...Syukran, ya ukhti~

Dan.., sekarang, saya boleh je tersenyum. Allah nak bagi something yang terbaik untuk saya.

Macam biasa, Allah tak bagi apa yang kita nak, tapi Allah bagi apa yang kita perlu~

Allah answer our prayers in 3 ways :

  • He says YES ! and gives us what we wanted
  • He says NO ! and gives us something better
  • He says WAIT ! and gives us the best at His own time.
So, bersangka baiklah dengan Allah~ Mohon doa semua!! ^^





2 comments:

  1. Saya pun tak dapat apa yang saya nak. Tapi dapatlah upu.

    Jadi sekarang, ada 3 pilihan mak ana bagi. Mak ana suruh istikharah dulu. Pilih yang dirasakan terbaik :)

    Hidup kita banyak pilihan sebenarnya~

    La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'ana

    ReplyDelete
  2. yep! ziq kan kuat.tu Allah uji nti.
    Allah kan suke beri kejutan.tp kejutan tu yang buat kite menanti-nanti.

    *inshaAllah.nti dapat U yg nti nak.
    trus berharap.jgn pernah berhenti berdo'a.
    TABAH!

    ReplyDelete