Sunday, January 29, 2012

Tanam Anggur ~



Owh, sudah lama saya ingin menulis tentang tajuk di atas. Hmm.., tanam anggur? Dekat ladang mana? Ish, sesiapa yang ada persoalan seperti itu di dalam kepala, saya harap orang itu buang jauh-jauh soalan tu ye! Kenapa? Saya tak akan jawab! Saya taklah tanam anggur. Jom kita baca dialog di bawah,

A: Awak tengah buat apa sekarang?

B: Hmm, biasalah, tanam anggur.

A: Ha??

B: Jadi penganggur.

Ha.., itulah jawapan yang sentiasa menari-nari di bibir masyarakat Malaysia jika diutarakan soalan sebegitu. Hmm, kalau anggur itu berbuah elok juga, ada hasilnya. Tapi, pada hakikatnya mereka hanya duduk di rumah, makan tidur, makan tidur. Itulah kerja mereka seharian. My sahabat bijak sikit, dia nak tanam lavender, yang ni berangan sikit sejak menonton drama dingin lavenda.

Ada orang nak post kat saya bunga ni tak?

Okey, berbalik kepada 'tanam anggur' yang bagi masyarakat Malaysia membawa maksud menjadi penganggur. Begitulah saya. Saya sekarang menjadi penganggur tidak rasmi di rumah. Bermula sejak 14 Disember 2011, saya telah berjaya menjadi penganggur yang tidak bertauliah. Penganggur yang menunggu result SPM.

Tapi, saya sempat menjadi guru ganti selama dua or tiga hari. Menjadi guru English. Tak sangka~ Sesiapa yang berminat bolehlah baca Di sini . Banyak pengalaman yang saya dapat kutip dan genggam. Memang sukar menjadi seorang guru yang bertanggungjawab. Seorang guru yang bertanggungjawab, dia akan mendidik bukan mengajar. Ok, faham-faham sendirilah. Kalau tak faham, boleh tanya saya ye, nanti saya terang.

Selain menjadi penganggur juga ( ayat macam nak wat karangan pulak, ~_^ ), saya juga menjinakkan diri mengikuti aktiviti tarbiyyah. Sebagai contoh, saya mencuba menjadi fasi KBM (walaupun baru sekali) dan yang akan datang this weekend, mukhayyam akhawat. Jika tiada aral melintang, InsyaAllah saya boleh join.

All my sahabat, mereka ada aktiviti masing-masing. Alhamdulillah.


mardhiyyah,wafaa',dayana,cken,timah = PLKN
hazirah = cikgu di tadika
zalilah = cikgu di tadika
hazimah = babysitter/berkhidmat di skolah
marsha = pegawai library skolah
nurul = cekgu tadika
syifa' = cikgu tadika,dungun
iera = pengganggor terhormat! amek lesen keterr baru bermula
fatini =penganggor terhormat !
izyan = work
syaza = p.a ayah diee [ bukan buat kopi,tp wat slide,video,susun2 nota]
khadijah = STAM at IPOH
auni = guru nngaji

(ciplak dari blog bi'ah)

Owh, sebut tentang my sahabat, sebenarnya saya rindu sangat mereka. Rindu suasana Al-Amin, murabbi, all my juniors, my sahabat. Saya rindu semua aktiviti sekolah. Orang cakap, kita akan menghargai sesuatu benda selepas kita hilangnya. Fahamkan? Tapi, give thanks to Allah, saya masih diberi peluang untuk bercontact dengan mereka melalui fb, phone, blog, etc..

Tak bosan ke duduk rumah? Goyang kaki je lah sekarang nie? Itu antara soalan yang saya selalu kena jawab. Bosan? Tak sangat. Saya boleh baca novel, beronline, berusrah dan itc. Goyang kaki? Tak juga. Kalau ibu busy, saya kena kemas dapur, lipat kain dan sewaktu dengannya. Saya tidak terfikir untuk bekerja dan mencari kerja di luar sana. Tapi, bagi yang telah bekerja tu, do the best!

So, bagi saya, saya akan manfaatkan cuti ini untuk bersama-sama my family, melakukan kebajikan dan etc.. Kita sebenarnya kena bijak menggunakan masa dan peluang yang diberikan. Guna sebaik-baiknya~

Saturday, January 14, 2012

Kapal 2 nakhoda ?

Korang faham tak apa yang dimasukkan dengan kapal dua nakhoda? Macam pelikkan?? Try korang bayangkan, dalam sebuah kapal ada dua orang nakhoda. Nakhoda pertama nak ke barat, nakhoda kedua nak ke timur, tak ke tunggang terbalik kalapal tu? begitu juga dalam sesebuah negara yang ada dua orang pemimpin yang tertinggi yang ingin memimpin negara dalam masa yang sama. Berbelitkan ayat? Tak apalah, kita tengok contoh yang senang-senang sikit.

Dalam satu kumpulan yang mempunyai lima or enam orang ahli, tapi ada dua orang ketua. Agak-agak apa yang akan terjadi kepada kumpulan tu ? Pasti jadi kucar-kacir. Ketua yang pertama nak macam ni, ketua yang kedua pula nak macam tu. Last-last, ahli kumpulan tu yang pening.

So, kita sebagai ahli dalam kumpulan tu, perlulah BIJAK memilih ketua, pilih ketua yang layak. Think cook-cook before you make decision, bak kata kawan aku masa darjah 6. Kenapa? Sebab, ketua kitalah yang akan  memimpin kita, sama ada ke arah yang baik or buruk.

Setiap daripada kita adalah pemimpin dan dia bertanggungjawab ke atas apa yang dipimpinnya. Satu lagi, lengkapkanlah diri kita dengan ilmu yang secukupnya. Apabila tak ada ilmu dalam dada kita, maka kita akan memilih pemimpin yang jahil.

3.28 AM
Hirasah, Musolla SRI Al-Amin Kerteh

Saturday, January 7, 2012

Keindahan BersamaMU

Alhamdulillah thumma alhamdulillah, kita masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini sebagai seorang khalifah. Sedikit keletihan menyelubungi diri. Hari ini aku tak pergi mengajar. Emergency leave.

5, 6 dan 7 Januari 2012 baru-baru ini aku menyertai program KBM a.k.a Keindahan BersamaMu. Alhamdulillah, bagi aku program ini sangat mantap. Kenapa? Dalam banyak-banyak program yang aku sertai sebagai peserta ataupun fasilitator, tak adalah sehebat ini. Alhamdulillah kerana Allah telah memudahkan segalanya.

5 Jan 2012

Selepas habis mengajar, aku teman Nusrah pulang ke rumahnya. Dia nak berkemas kerana dia akan ikut aku balik ke rumah. Hari khamis tu, penat sangat rasa. Penat mengajar. Biasalh budak-budak. Belajar pulak subjek English.  Dalam pukul 6 petang, walid call tanya dah keluar rumah belum. Akhirnya kami berkonvoi ke Sekolah Menengah Teknik Dungun. Sampai saja kat sana, walid nak pergi rumah mak ummi. My sister pun nak ikut. So, aku dan Nusrah tinggal di SMaTeD. Sementara menunggu mereka, kami berkenalan dengan pelajar-pelajar SMaTeD. Mereka terkejut apabila kami memberitahu umur kami. Biasalah, muka matang.

Kami mendapat berita, ibu kepada ummi telah pergi dijemput Illahi. Takziah diucapkan kepada walid sekelurga. Malamnya, bermulahlah program KBM bersama adik-adik SMaTeD.

Masuk-masuk ke dewan, Bro Aliff sedang bercakap.Terpegun aku tengok. Sporting sangat dia nie. Aku nie jenis sush nak sporting. Maka aku perlu belajar. Sampailah masa untuk fasi memperkenalkan diri. Kakak pesan, jangan sebut nama ayah tau. Hehe.. Berdebar juga sebab aku dah lama tak bercakap di hadapan. Dup, dap, dup, dap. Kena pulak, fasi ikhwah, ramai. Lama laa kitorang duduk kat depan. Sampai giliran aku, aku memperkenalkan diri sekali dengan nama ayah. So, masa giliran kakak, dia hanya memperkenalkan nama panggilan sahaja. Good job, sis.

Selepas itu, kami duduk dalam kumpulan masing-masing. Aku membahasakan diri aku dengan panggilan kak ziqa. Sama macam zaman aku kat sekolah. Mereka baik-baik. Spasiba balshoii adik-adik kerana memberi kerjasama yang baik dan tak nakal. Masa ni, kami perlu berbincang untuk army yell. Betul tak eja tu?

6 Jan 2012


Program pada pagi ini adalah Knowing Me, Knowing You. Best sangat. Kami jugak perlu membuat army yell. Fasi pun perlu turut serta bersama-sama adik-adik. Berdebar juga. Best sangat. Semua ceria, termasuk fasilitator. Tahniah kerana dapat membuar army yell dengan baik sekali. Selepas itu, masa untuk para ikhwah bersiap pergi solat Jumaat.

Aku dan Nusrah perlu stay kat dewan tu untuk jaga peralatan. Bimbang juga kalau tinggal kat situ. Kami gunakan peluang itu untuk berborak-borak, memandangkan kami dah lama berpisah. Aduh ayat~ Berpisah sekolah je sebenarnya. Aku tinggalkan Nusrah bersendirian sekejap, ada 'hal' yang perlu diuruskan. Balik sahaja daripada menyesalkan 'hal' tersebut, aku nampak Nusrah berborak dengan seseorang. Sape tu?

'Haziqah, kenal tak? Kawan Kak Soli'

'Hmm??, nama akak?'. Buat muka berfikir.

 'Sumayyah, macam familiar je muka awak. Nama apa ea?'

'Haziqah.'

'Naziqah?'

'Haziqah'

'Owh, Haziqah Mazalan?'

'Ha'ah, Akak, kakak...'

'Izzat'

'Laa, kakak Izzat ke? Kak Maya. Nape muka akak lain?' Malu..

'Ye ke?'


Rupa-rupanya Nusrah tengah berborak dengan Kak Maya. Allah mempertemukan kami. Selama ini, kami hanya kenal kat FB je. Selepas itu, kami terus berborak dan berborak. Kakak datang, nk suruh kitorang pergi rehat. Tapi, aku dan Nusrah tak nak, tak larat nak jalan.

Petangnya pula, program start dalam pukul 3 petang. In-Team. Program ini menyentuh tentang sahabat. Aku dapat lihat mereka menangis. Peserta-peserta menangis. Aku pun sendiri dilanda sebak. Teringat sahabat-sahabat SMIAAK. Rindunya kat diorang. Masa tu, rasa nak call diorang. Aku nak cakap uhibbukunna fillahi jiddan jiddan. Ada jugalah peserta yang macam nak pengsan. Masa aku tengah jalan antara mereka, kakak datang. Dia peluk aku. Ha, masa tu jugaklah aku menitiskan air mata. Kakak!!~ Nusrah cakap, sebab tu la dia tak nak peluk, memang dah tahu pasti kami akan menangis. Sebenarnya, aku dan Nusrah, kami sekolah sama sejak dari tadika hingga darjah 6. Persahabatan kami diteruskan hingga sekarang. Ibu Bapa kami telah berkenalan sejak sekian lama. Sebelum kami lahir lagi. Begitu juga walid dan ummi. Mereka sangat erat bersahabat.

' Tidak beriman seseorang dari kamu sehinggalah  mereka mengasihi sahabatnya, seperti mana mereka mengasihi diri mereka sendiri.'

Malamnya pula, Meniti Angin Malam 1. Aku dan Nusrah tak sempat makan dan bersihkan diri sebab semangat sangat potong kain penutup mata. Aku tak kisah pun. Meniti Angin Malam 1 disampaikan oleh walid. Mantap. Aku suka. Sampai part mayat dibawa masuk, Kak radia dan Kak As jadi peratap. Peratap?? Orang yang meratap. Aku dan Nusrah pergi ke belakang untuk uruskan something. Kak Radia dan Kak As masih lagi melakukan kerja mereka. Tiba-tiba aku terdengar suara-suara orang menagis. Kuat. Aku ingat mereka berdua. Rupa-rupanya peserta. Aku dan Nusrah berlari dapatkan mereka untuk menenangkan mereka. Macam-macam perkara berlaku.

' The believers are only those who, when Allah is mentioned, feel a fear in their hearts and when His Verses (this Qur'an) are recited to them, they (i.e. the Versus) increase their Faith, and they put trust in their Lord (Alone)'

Meniti Angin Malam 2, the best part. I like! Masa ini kita akan sedar tentang dosa yang kita ambil mudah. Memang betul-betul menginsafkan. Kak Wan baca skrip. Memang best. Alhamdulillah. Sampai part rotan. Memang mantap. Alhamdulillah, Para fasi ikhwah buat kerja dengan teliti. Bagi star kat depa. Selepas selesai slot tersebut, fasi ada perjumpaan dengan walid. Ya Allah, mengantuk sangat masa ni bercampur dengan perut pedih. Sabar. Kalau ada orang perasan, boleh nampak muka aku yang monyok. Aku senyap je. Macam orang tak ada tenaga. Selesai perjumpaan, walid ajak keluar makan. Ajak para fasi. Dan fasi akhawat turut serta.

Sambil menunggu makanan, Kak Maya sudah terlena, termasuk juga kakak. Kami pulang ke penginapan lebih kurang pukul 3.50 pagi.

7 Jan 2012

Kini dan Hijrah. Best. Lafaz yang Tersimpan. Para peserta diberikan sehelai kertas A4. Mereka boleh meluahkan segala yang terbuku dihati diatas kertas itu. Mereka rancak menulis. Hinggakan sampai minta lagi kertas. Gud job, adik-adik. Maka berakhirlah KBM.

Selepas itu, para fasi berkumpul semula. perjumpaan. Kali ini, tak nak jadi macam semalam, aku bawa bersama buku art & decor. Macam ni la aku. Tak nak mengantuk, perlu menconteng. Sambil dengar para fasi bercakap, sambil itu juga tangan aku rancak menconteng dan melukis. Akhirnya, tibalah masa para fasi berpisah. Aku tak akan lupa mereka. Kak Radia, Kak Aisyah, Kak As, Nusrah, Ummi, Kak Soli, Kak Wan, Kak Maya, Kak Soli, Kak Ain, Kak Farina. Mereka banyak membantu aku. Syukran awi awi.

Kami pulang ke rumah di Kerteh. Mengantuk. Tapi aku dan kakak tak boleh tidur. Ibu panggil ajak makan. Ibu buat Mee Udang or Mee bandung. Tak pasti yang mana satu. Selepas Maghrib, berjaya juga aku melelapkan mata. Tapi hanya sebentar kerana ibu tetiba datang dengan muka yang panik. Aku terjaga.

' Abang Mizi kemalangan.'

'Mana ibu tahu?'

'Kak Suni datang hantar Qaseh.'

Aku segera mencapai tudung. Aku perasan Qaseh diriba Yah. Ibu dan ayah bergegas ingin ke tempat kemalangan. Aku dengan ala kadar pemakaian, juga ikut ibu dan ayah. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa terasa macam jantung nak terkeluar. Risau + Panik. Tiba ditempat kemalangan, tak ada pun abang Mizi. Aku try call keluarganya. Beberapa kali percubaan, akhirnya dapat. Bukan Abang Mizi, tapi Abang Naidi yang kemalangan. Ibu risau sangat. Kami pulang semula ke rumah. Abang Naidi sudah di bawa ke Hospital Kemaman.

Ibu masih lagi berfikir ingin ke hospital atau tidak.Abang Naidi sudah tidak sedarkan diri. Akhirnya ibu ingin ke Hospital. Selepas Isya', ibu, ayah dan Kak Na bertolak ke Kemaman. Mereka tinggalkan Hasbullah kepada kami. Dalam pukul 11 lebih, Dzatin (my sepupu) kejut aku dan kakak. Kami tidur dihadapan tv bersama-sama Hasbullah. Kami menunggu mereka pulang.

' Abang naidi dah tak ada.'

'Ha??'

' Tadi Mak Su Nor call.'

Aku terus bangun call ayah. Ayah mengiakannya. Ya Allah!! Mereka pulang ke rumah dalam pukul 2 pagi bersama jenazah. Abang Naidi dibawa ke rumah Yah. Abang Naidi merupakan anak sepupu ibu. Dia sangat baik. Urusan pengebumian arwah telah siap dijalankan pagi tadi. ~Al-Fatihah~

Ahabbakillahi ahbabtini fih~

Wednesday, January 4, 2012

I want to be a teacher..

' Aik, kenapa ada dua orang Muallimah?'

Hanya tersenyum.

'Teacher, teacher dah kahwin ke?'

'Belum.'

'Teacher, umur teacher 23 ea?'

' Taklah, 18 tahun.'

'Mudanya.'

'Muallimah, muallimah cantik la.'

Hanya tersenyum. Malu.

Macam-macam soalankan?  Inilah soalan yang ditanya oleh mereka. Siapa mereka? Anak-anak muridku. Aku tak bercadang pun nak mengajar di Al-Amin Kerteh. Tapi, kesian dekat sahabat aku, jadi aku teman dia mengajar. Memang tak pernah dibuat orang, ada dua cikgu dalam satu kelas. Tapi kami buat kelainan sikit. Kami mengajar bersama-sama. Tahu tak subjek apa? Hmm.., subjek yang paling aku elak sekali. English. Berbelit juga lidah nak speaking, maklumlah sayakan orang Melayu.

Jap, sebelum itu, kami mengajar bersama sebab kami tak ada pengalaman, nak budak-budak. Aduh~ Tapi kami try sedaya upaya, hanya menjadi guru ganti untuk beberapa hari sahaja sebenarnya. Alhamdulillah, hari ini first day aku, sebab tu banyak sangat soalan yang pelajar tanya. Alahmdulillah, guru besar juga banyak membantu kami. Cara mengajar dan sebagainya. Maybe aku hanya perlu mengajar hingga hari ahad je kut.

Apa-apa pun, aku perlukan doa kamu semua. Aku bukanlah bercita-cita nak jadi seorang guru. Aku ingin menjadi seorang doctor or dentist. Kalau tak dapat dua-dua nie, aku nak ambil jurusan yang berkaitan dengan perubatan, kecuali nurse. Doakan aku ye.