' Aik, kenapa ada dua orang Muallimah?'
Hanya tersenyum.
'Teacher, teacher dah kahwin ke?'
'Belum.'
'Teacher, umur teacher 23 ea?'
' Taklah, 18 tahun.'
'Mudanya.'
'Muallimah, muallimah cantik la.'
Hanya tersenyum. Malu.
Macam-macam soalankan? Inilah soalan yang ditanya oleh mereka. Siapa mereka? Anak-anak muridku. Aku tak bercadang pun nak mengajar di Al-Amin Kerteh. Tapi, kesian dekat sahabat aku, jadi aku teman dia mengajar. Memang tak pernah dibuat orang, ada dua cikgu dalam satu kelas. Tapi kami buat kelainan sikit. Kami mengajar bersama-sama. Tahu tak subjek apa? Hmm.., subjek yang paling aku elak sekali. English. Berbelit juga lidah nak speaking, maklumlah sayakan orang Melayu.
Jap, sebelum itu, kami mengajar bersama sebab kami tak ada pengalaman, nak budak-budak. Aduh~ Tapi kami try sedaya upaya, hanya menjadi guru ganti untuk beberapa hari sahaja sebenarnya. Alhamdulillah, hari ini first day aku, sebab tu banyak sangat soalan yang pelajar tanya. Alahmdulillah, guru besar juga banyak membantu kami. Cara mengajar dan sebagainya. Maybe aku hanya perlu mengajar hingga hari ahad je kut.
Apa-apa pun, aku perlukan doa kamu semua. Aku bukanlah bercita-cita nak jadi seorang guru. Aku ingin menjadi seorang doctor or dentist. Kalau tak dapat dua-dua nie, aku nak ambil jurusan yang berkaitan dengan perubatan, kecuali nurse. Doakan aku ye.
terima kasih, mas.
4 years ago
No comments:
Post a Comment