Sunday, January 29, 2012

Tanam Anggur ~



Owh, sudah lama saya ingin menulis tentang tajuk di atas. Hmm.., tanam anggur? Dekat ladang mana? Ish, sesiapa yang ada persoalan seperti itu di dalam kepala, saya harap orang itu buang jauh-jauh soalan tu ye! Kenapa? Saya tak akan jawab! Saya taklah tanam anggur. Jom kita baca dialog di bawah,

A: Awak tengah buat apa sekarang?

B: Hmm, biasalah, tanam anggur.

A: Ha??

B: Jadi penganggur.

Ha.., itulah jawapan yang sentiasa menari-nari di bibir masyarakat Malaysia jika diutarakan soalan sebegitu. Hmm, kalau anggur itu berbuah elok juga, ada hasilnya. Tapi, pada hakikatnya mereka hanya duduk di rumah, makan tidur, makan tidur. Itulah kerja mereka seharian. My sahabat bijak sikit, dia nak tanam lavender, yang ni berangan sikit sejak menonton drama dingin lavenda.

Ada orang nak post kat saya bunga ni tak?

Okey, berbalik kepada 'tanam anggur' yang bagi masyarakat Malaysia membawa maksud menjadi penganggur. Begitulah saya. Saya sekarang menjadi penganggur tidak rasmi di rumah. Bermula sejak 14 Disember 2011, saya telah berjaya menjadi penganggur yang tidak bertauliah. Penganggur yang menunggu result SPM.

Tapi, saya sempat menjadi guru ganti selama dua or tiga hari. Menjadi guru English. Tak sangka~ Sesiapa yang berminat bolehlah baca Di sini . Banyak pengalaman yang saya dapat kutip dan genggam. Memang sukar menjadi seorang guru yang bertanggungjawab. Seorang guru yang bertanggungjawab, dia akan mendidik bukan mengajar. Ok, faham-faham sendirilah. Kalau tak faham, boleh tanya saya ye, nanti saya terang.

Selain menjadi penganggur juga ( ayat macam nak wat karangan pulak, ~_^ ), saya juga menjinakkan diri mengikuti aktiviti tarbiyyah. Sebagai contoh, saya mencuba menjadi fasi KBM (walaupun baru sekali) dan yang akan datang this weekend, mukhayyam akhawat. Jika tiada aral melintang, InsyaAllah saya boleh join.

All my sahabat, mereka ada aktiviti masing-masing. Alhamdulillah.


mardhiyyah,wafaa',dayana,cken,timah = PLKN
hazirah = cikgu di tadika
zalilah = cikgu di tadika
hazimah = babysitter/berkhidmat di skolah
marsha = pegawai library skolah
nurul = cekgu tadika
syifa' = cikgu tadika,dungun
iera = pengganggor terhormat! amek lesen keterr baru bermula
fatini =penganggor terhormat !
izyan = work
syaza = p.a ayah diee [ bukan buat kopi,tp wat slide,video,susun2 nota]
khadijah = STAM at IPOH
auni = guru nngaji

(ciplak dari blog bi'ah)

Owh, sebut tentang my sahabat, sebenarnya saya rindu sangat mereka. Rindu suasana Al-Amin, murabbi, all my juniors, my sahabat. Saya rindu semua aktiviti sekolah. Orang cakap, kita akan menghargai sesuatu benda selepas kita hilangnya. Fahamkan? Tapi, give thanks to Allah, saya masih diberi peluang untuk bercontact dengan mereka melalui fb, phone, blog, etc..

Tak bosan ke duduk rumah? Goyang kaki je lah sekarang nie? Itu antara soalan yang saya selalu kena jawab. Bosan? Tak sangat. Saya boleh baca novel, beronline, berusrah dan itc. Goyang kaki? Tak juga. Kalau ibu busy, saya kena kemas dapur, lipat kain dan sewaktu dengannya. Saya tidak terfikir untuk bekerja dan mencari kerja di luar sana. Tapi, bagi yang telah bekerja tu, do the best!

So, bagi saya, saya akan manfaatkan cuti ini untuk bersama-sama my family, melakukan kebajikan dan etc.. Kita sebenarnya kena bijak menggunakan masa dan peluang yang diberikan. Guna sebaik-baiknya~

1 comment:

  1. I just love of how nostalgic the post voice tone. Good days. :D

    ReplyDelete