Saya pasti, semua orang mempunyai teman. Teman sepermainan, teman persekolahan, teman belajar. Tapi adakah kita mempunyai seorang sahabat? Sahabat yang sentiasa bersama-sama kita semasa kita gembira atau sedih. Dan yang paling penting, sahabat itu berani menegur kita andai kita melakukan kesalahan, dalam erti kata lain, seorang sahabat yang dapat membawa kita menuju syurga Allah.
'Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti berkawan dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.'
' Tidak sempurna iman seseorang itu, sehinggalah dia kasih saudaranya, seperti mana dia kasih akan dirinya sendiri.'
' The believers are nothing else than brothers (in Islamic religion). So make reconciliation between your brothers, and fear Allah that you may receive mercy.' ~ 49:10~
Kita perlu pandai memilih sahabat. Pilihlah sahabat yang dapat memimpin kita menuju syurga Allah. Tapi, perlu kita ingat, jangan pula kita tinggal sahabat kita yang lain. Kita merupakan da'ie. So, kita perlu membantu sahabat-sahabat kita untuk bersama-sama menjejakkan kaki ke syurga yang kekal abadi.
Bagaimana pula hubungan kita dengan Allah dan Rasulullah? Okey ke tak? Kita perlu ingat apa tujuan Allah cipta kita. Kita diciptakan hanyalah untuk beribadah kepadaNya. Ha, mesti tengah fikir negativekan? Ramai orang salah faham konsep beribadah. Mereka hanya fikir, apabila sebut ibadah, kita perlu duduk saja di tikar sembahyang. Ibadah ini sesuatu yang luas. Kerja pun ibadah apabila kita buat kerana Allah. Makan, minum, mandi, tidur, main dan lain-lain lagi semuanya ibadah. Kita hanya perlu ikhlas dan tidak melakukan segala larangan Allah.
Redha Allah, terletak pada redha kedua ibu bapa kita. Kita perlu ingat, doa ibu akan terus sampai kepada Allah. Sayangilah ibu kita yang bersusah payah mengandungkan kita. Hormatilah ayah kita yang berpenat lelah bekerja hanya untuk menyara kita.
And your Lord has decreed that you worship none but Him. And that you be dutiful to your parents. If one of them or both of them attain old age in your life, say not to them a word of disrespect, nor shout at them but adress them in terms of honour.And lower them the wing of submission and humility through mercy, and say : 'My Lord! Bostow on them Your Mercy as they did bring me up when I was young.' ~ 17:23-24~
Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah saw Dia berkata; "Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling baikku dampingi?"
Rasulullah saw menjawab: "Ibu mu. Dia berkata lagi; "selepas itu siapa?" Rasulullah saw menjawab: "Ibu kamu." Dia masih bertanya lagi: "Siapa?" Rasulullah saw menjawab lagi: "Ibu kamu." orang lelaki itu bertanya lagi, "Selepas itu siapa?" Rasulullah saw menjawab "Bapa kamu".
Kita perlu bangga mempunyai ibu bapa. Sayangi, hormati, gembirakanlah hati mereka selagi mereka masih bernyawa. Kita akan betul-betul menghargai sesuatu benda itu, apabila kita kehilangannya.
Aku hanyalah manusia biasa, yang datang dari tempat biasa. Keluargaku orang biasa. Tapi, aku ingin berusaha menjadi LUAR BIASA~ Menyerlah jauh dari yang biasa!
tahniah !
ReplyDeletetruskan tsabat dijalanNYA
da'wah itu bnyk jalannya ..
smoge Allah sentiasa membuka jalan-jalan
utk kita menyelusuri tarbiyyahnya dan membuat kebaikan i.Allah ..
Ameen~ Allah akan bantu org yang tolong agamaNya..moga kita akan kekal di jalanNya~
ReplyDelete