Sunday, February 12, 2012

Perfections needs time?

Alkisahnya, time happy circle beberapa minggu yang lalu, my naqibah a.k.a Kak Ain Izzati ada memberi satu soalan kepada kami berempat. Bagi saya, soalan itu memang cukup bagus. Kenapa? supaya kita berfikir. Soalannya ala-ala macam ni,

' Ada dua perempuan, dua-dua tak pakai tudung. Salah seorang daripada mereka nak nasihat kawan dia supaya pakai tudung. Antunna rasa dia layak ke tak?'

Nak tahu jawapan kami? Ada yang kata layak, dan ada yang kata tak layak. Jawapan anda?

So, jawapan kak Ain, mestilah LAYAK. Kenapa?

Last week, saya pergi melawat blog-blog yang ada kat dalam internet ni (walaupun bukan semua ^_^). So, saya terjumpa sebuah blog ni, suka sangat! Blog ' Dr. Cinta Punye Blog'. So, saya nak kongsi sikit hasil pembacaan saya.

Sebagai contoh, apabila kita yang tak seberapa ni ajak kawan kita buat kebaikan, dan kawan kita kata , 'Awak tu macam baik sangat.' So, apa respond kita? Perlu ke kita tunggu kita ni menjadi seorang manusia yang sempurna seratus peratus, baru kita nak nasihat orang lain. Fikir-fikirkan.

'Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.' ~ Hassan Al-Basri~

Saya teringat kata-kata seorang senior saya, beberapa tahun yang lepas, masa tu mesyuarat pengawas, dia kata,  Kita ni tak akan dapat mencapai kesempurnaan, tapi kita hanya dapat menghampiri kesempurnaan.

Betul juga kata-kata senior saya tu, Allah sahaja yang sempurna. Mana ada manusia yang sempurna. Semua manusia ada kelebihan dan keburukan masing-masing. Everyone is not perfect to be perfect. Kelebihan dan kelemahan melengkapkan manusia antara satu dengan lain.

So, kenapa perempuan yang tak pakai tudung tu layak menegur kawannya?

Mari, saya bagi jawapan yang mudah. Apabila perempuan itu menegur sahabatnya, secara automatiknya dirinya sendiri pun ditegur. Pasti perempuan tu rasa segan dengan sahabatnya. Dia tak pakai tudung, tapi mengada-ngada suruh sahabat dia pakai tudung. So, dia akan berusaha memperbaiki diri dia ke arah yang lebih baik. Sebenarnya, jika kita menasihat orang lain, diri kita pun ternasihat sekali.

Memesan sambil dipesan, memperbaiki sambil membaiki

Tapi kan, macam mana pula bila kita duk menasihati orang lain, tapi kena tentang..

Dun be sad ! La tahzan. Korang dah wat yang terbaik. ~

Kita kena ingat, Rasulullah lagi hebat menghadapi tentangan. Ada ke kita kena pukul, kena pulau, kena buang kerja sebab nasihat orang lain? Tak ada kan? So, ingat peristiwa Rasulullah berdakwah. Masa tu, tentangan lagi dahsyat. Ada Rasulullah mengeluh?

Hidayah bukan milik kita, milik Allah, kita hanya perlu sampaikan, yang selebihnya serah kepada Allah ~

'So remind them (O Muhammad) - you are only one who reminds. you are not a dictator over them.'
~ Al-Ghashiyah : 21-22~

'Verily, you (O Muhammad) guide no whom you like, but Allah guides whom He wills. And He knows best those who are the guided.'
~ Al-Qasas : 56~


No comments:

Post a Comment