Friday, December 2, 2011

Bola oh Bola !!

Wahhhh..., banyaknya habuk. Berapa minggu da ea tak update blog?? Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana diberi kesihatan yang baik. Alhamdulillah..



Hati ini tertanya-tanya, kenapa la orang tu anjurkan perlawanan bola masa musim SPM ni?? Bila fikir balik, dia tak suruh pun budak-budak SPM tengok bola..Hmmm, minda ini masih lagi ligat berfikir, macam buang masa je tengok bola, lebih baik study..Tapi.., hati nak sangat tengok bola..Isy, isy..macam-macam yang difikirkan. Complex question can only be solved by patience...

Haa, itu la soalan-soalan yang sentiasa berputar-putar dalam minda saya. Tapi, dapat dilihat, lebih kurang tiga perlawanan bola sepak yang melibatkan Malaysia berlangsung pada musim SPM..

Malaysia vs Indonesia

Habis je paper PSI, terdengar ikhwah cakap yang malam ni ada perlawanan bola. Hmm, dalam hati terfikir, ada bola?? Haa, baru teringat, Malaysia vs Indonesia. Sampai je kat rumah, saya sudah cakap siap-siap kat semua orang yang malam ni nak tengok bola. Entah laa, tetiba je rasa nak tengok Malaysia berlawan. Masa saat-saat terakhir tu, terlintas kat dalam hati, Allah mesti bagi menang kat Malaysia. Kenapa?? Malaysia kan orang Islam. Dan..., akhirnya, Alahamdulillah. Allah bagi kemenangan dekat Malaysia.

Esokkan ada kelas Addmath kat sekolah memandangkan lusa exam Addmath. Waaa, sesampai je kat sekolah, semua tengah borak mengenai bola. Hai.., macam SPM dah habis je. Tetiba, datang Muallim Nadhir, ' Banat, sape tengok bola semalam??'. Semua angkat tangan kecuali beberapa orang. Dahsyat, kalau banat macam ni, banin mesti semua tengok.

Malaysia vs Syria

Kali ni, saya tak dapat menonton perlawanan Malaysia vs Syria. Esok exam Physics!!~ Tapi, sempat juga mencelah sekejap. Masa tengah bersemangat study fizik, phone berbunyi menandakan ada sms masuk. Hmm, Bi'ah rupanya. ' Malaysia vs Syria, aish mencabar ', macam tu la sikit ayat dia. Senyuman terukir di bibir. Macam-macam.., sabar je laa. Esok exam Physics, tak boleh main-main. Itulah yang sentiasa menari-nari di minda. ~ Serius

Malaysia vs Bahrin

Ahad. Diorang berlawan malam nie! Esok cuti, tapi ada kelas Kimia. Awal-awal, Malaysia dapat dua gol. Tapi, dalam hati ada juga terlintas, mana tahu, Bahrin akan bangkit. Dan.., apa yang difikirkan itu telah menjadi kenyataan. Malaysia kalah dalam sekelip mata. Life is full of changes. And surprise. And the inexplicable(s).

Hmmm., begitulah. Nak berpesan sedikit untuk diri saya dan teman-teman yang dikasihi kerana Allah, minat tu biarlah berpada-pada. Ingatlah, dalam surah Al-Baqarah ayat 216, kadang-kadang, something yang kita suka tu, buruk sebenarnya untuk kita, dan something yang kita tak suka tu, sebenarnya baik untuk kita. Saya bagi satu analogi yang mudah. Kita sakit. Kita perlu makan ubat. Tapi, kita tak suka. Kenapa? Ubat itu pahit. Ubat yang pahit itu sebenarnya menjadi penawar untuk penyakit kita, dengan izin Allah. Janganlah, hanya kerana bola, kita telah melambatkan solat kita, tidak melakukan suruhan ibubapa, senang nak kata, jangan samapai kita abaikan tanggungjawab kita.

^_^

No comments:

Post a Comment