Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah di panjatkan ke hadrat Illahi keran telah memudahkan segala urusan. Sesungguhnya setiap yang susah itu pasti ada mudahnya. Alhamdulillah, give thanks to Allah kerana telah membantu saya dalam menghadapi SPM. Akhirnya, pada tanggal 13 Disember 2011 yang lalu, akhirnya SPM telah tiba kepenghujungnya. MERDEKA? Hmm, MERDEKA. Tapi sebenarnya rasa janggal. Setelah sekian lama duduk bergelumang dengan buku-buku, akhirnya saya bergelar 'budak lepasan SPM'. Rasa janggal. Duduk di rumah, biasanya baca buku, tapi sekarang rasa macam ada 'something' yang saya tak buat. 'Something' tu adalah baca buku (kecuali novel).
Sebelum SPM tiba, saya dah minta maaf dengan semua orang. Mana tahu, manusia sentiasa buat kesilapan. Dan sebab kesilapan yang tidak disedari, mungkin akan mengganggu perjalan SPM nanti. Tak susah pun nak minta maaf. Saya hanya hantar sms yang berbunyi : ' Salam alayk, sori for everything, thanx for everything. Doakan ya untuk SPM'. Tak susahkan?? Dan boleh dikatakan ramai juga yang membalas sms tu. Ramai?? Hmmm...Tapi dengan ibu dan ayah tak laa sampai hantar sms, saya minta maaf sehari sebelum SPM.
Ayah said : OK
Ibu said : Kalau tak minta maaf pun, ibu da maafkan.
Abang : InsyaAllah berjaya, jawab elok-elok, baca doa, jawab dengan relax k..
Kak Siti : Salam, abang n Kak Siti doakan semoga adik berjaya dengan cemerlang dalam exam..jawab dengan tenang n yakin, then tawakal pada Allah.
Kakak said : Kak Cik, pergantungan hanya pada Allah. Usahalah setakat mampu, jangan stress tau :) Tenang je, sesungguhnya hati tenang dengan mengingatiNya.
Sepanjang tawaf di Kaabah, itulah doa yang tak kunjung padam untuk Kak Cik. Moga cemerlang untuk akhirat, maka dunia akan mengejar kita. All the best :)
Abang Sir said : Semoga berjaya dengan cemerlang..InsyaAllah, Ameen.
Kak Maina said : Dearest Sis Haziqah - Fly in the plane of Ambition and Land in the Airport of Succeess..Luck is yours, Wish is mine..May ur future always shine..Good Luck on ur SPM sweetheart..Semoga Allah Yaa Baari' Yaa Roshid permudahkan segalanya..Ameen
Muallimah Ann said : Semoga cemerlang dalam kertas Bahasa Melayu esok..Tidak ada yang lebih membahagiakan seorang Muallimah daripada melihat anak didiknya berjaya dalam Ilmu dunia dan Akhirat..Takpe tak dapat A cukuplah sekadar A+...^^..
Teacher Yusnani said : Assalamualaikum Haziqah dan sahabat-sahabat. Semoga Allah permudahkan urusan kalian dalam menghadapi SPM. ' Ya Allah kurniakan anak-anak didik kami dengan hikmah, jauhkan mereka dari sifat malas dan cuai juga jauhkan mereka dari pemeriksa yang lalai dan tak adil, kau permudahkan jangan kau susahkan'.
Kak Iefa said : Salam dear..all the best for the upcoming exam..akak sentiasa doakan adik-adik..ganbatte ne ^_^
Ummi said : Semoga anakanda berjaya dunia akhirat.
The rest is history~
|
Dewan/Bilik Peperiksaan 2 |
|
Dewan/Bilik Peperiksaan 1
|
|
Berakhirnya SPM~ |
Sedih meninggalkan sahabat-sahabat tercinta. Sahabat yang telah bersama-sama mengharungi suka dan duka. Uhibbukunna jiddan.
Sedih meninggalkan sekolah tercinta. Sekolah yang mengajar saya mengenal erti tarbiyyah. Mengenal erti perjuangan.
Sedih meninggalkan murabbi yang dikasihi. Uhibbukum jiddan. Murabbi yang bersama-sama mengharungi hari-hari suka dan duka. Murabbi yang mengajar erti perjuangan. Murabbi yang berpenat lelah mendidik kami agar menjadi insan berguna kepada Islam.
Syukran awi awi, uhibbukum jiddan.
No comments:
Post a Comment