Wednesday, December 18, 2013

Perjalanan Masih Jauh.

Bismillah.

Sekian lama tak update. Kekangan waktu atau diri ini yang kemalasan? Tepuk dada, tanya hati.

Alhamdulillah wa syukurillah, berakhir sudah semester 3. Semester 3, semester yang begitu mencabar. Perlu pandai mengatur waktu agar semuanya menepati waktu. Boleh dikatakan aku antara mereka yang terbabit dalam shooting Drama Air Mata. Sungguh lemah diri ini dikuasai emosi. Hanya itu yang aku mampu lakukan selepas diluahkan kepada Sang Pencipta. Semester 3, semester yang mengajar aku mengenal manusia lebih mendalam, mana lawan dan mana kawan. The rest is history. =]

Begitu pantas masa berlalu. Tinggal beberapa hari sahaja lagi, diri ini bakal melangkah ke semester 4. Cabaran yang lebih hebat sedang menanti, untuk menjadikan diri yang lemah ini qawiyyah.

Result final exam? Sudah ku tatap. Alhamdulillah, masih seperti dulu. Allah masih izinkan diri ini mengumpul sijil 'itu'.

#ImbauKembali

Iftar Jabatan Bahasa Arab

 

Haflah Eid Jabatan Bahasa Arab di Hotel Grand Continental

 

Jaulah Arabiyyah

 

Majlis Penyampaian Anugerah Dekan

 

 

Karnival Konvo

 

The rest is history. Cukup.

Tuesday, August 6, 2013

Apa yang tersimpan dalam hati kau, Dia tahu.


Jujurnya, aku terasa bila kau kutuk dia. Kau tak kenal dia. Kau tak tahu hidup dia macam mana. Aku tahu, walaupun tak banyak. 

Aku terasa bila kau kata dia jahat. Dia kawan aku. Aku tahu dia macam mana. Kau, semua orang pernah buat silap. Aku pernah. Kau pun pernah. Dia pun. Tipulah kalau kata kau tak pernah buat silap. Tapi, siapa kau nak kata dia jahat. Kau tahu ke macam mana dia bersusah payah berusaha untuk berubah. Kau tahu? Sekurang-kurangnya dia berusaha. Sekurangnya dia ada rasa untuk berubah. 

Aku bukan nak bela dia. Tapi, aku tak suka tuduh orang macam-macam sebelum tahu masalah dia. Kita tak tahu masa silam dia macam mana. Tak sepatutnya kata macam-macam kat dia. Kita tak tahu, mungkin masa silam dia akan jadi masa depan kita.

Aku, terima dia seadanya sebagai kawan aku. Aku tak peduli tentang masa silamnya. Aku tahu, semua orang ada peluang untuk berubah. Sedangkan Allah masih terima taubat hambanya. Siapa kita untuk menghukumnya lebih. 

Kita hanya penyeru, bukan penghukum.

Dear awak, nak berubah itu payah. Pedulikan apa yang mereka kata. Asalkan awak dah berusaha untuk berubah. Awak, saya dan Allah tahu. Tahu usaha awak. 

Dear awak, Allah sentiasa tahu rasa hati kita. Ditangan kita ada kunci. Kunci untuk membuka hati kita. Kunci untuk kita berubah ke arah yang lebih baik.

Awak tahu, saya tahu. Paling penting, Dia tahu.

Saturday, August 3, 2013

Ilmu Pun Kena Kontemporari.

Ahlan wa sahlan ya Semester III. *ada uslub di situ*

4 minggu. yup, 4 minggu. 4 minggu sudah aku bergelar pelajar Tahun 2, semester 3. Fuhh, macam tak percaya. masa berlalu dengan pantas. Masa ibarat pedang, kalau  kita tak potong dia, dia akan potong kita.

Sem ni aku dapat 6 subjek. 18 jam kredit. setiap subjek, 3 jam kredit. Fuhh, kena belajar betul-betul. semua subjek in arabic, satu je dalam bahasa melayu. boleh tahan panjang nama subjek-subjek aku ambil. Penat nak mengingatnya. Kitorang dah start belajar subjek yang start dengan 'alarabiyyah ......'. subjek ni kitorang belajar untuk menambahkan lagi mustolahat-mustolahat baru. so, memang kena banyak menghafal!

Al-Arabiyyah Al-ijtimaiyyah wa thaqafiyyah - subjek ni Ustazah Azlina yang ajar. memang awesome la. latihan yang diberikan pun dah gaya macam assignment. subjek ni aku belajar pasal masyarakat dan budaya. semua in arabic. dalam kelas ni memang aku kena banyak bercakap. suarakan pendapat, jawab soalan-soalan. semua in arabic. ustazah memang tak bagi cakap melayu dalam kelas beliau.

Asalib Al-Arabiyyah Altawasuliyyah - Ustazah Norillah yang ajar subjek ni. pertama kali belajar dengan ustazah. mula-mula rasa seram, but sebenarnya enjoy je. happy. dalam subjek ni, aku belajar gaya bahasa. macam mana nak ucap terima kasih dalam ayat-ayat yang berlainan, cara minta izin, minta maaf dan banyak lagi.

Al-Arabiiyah AlIdariyyah wa iqtisadiyyah - Belajar subjek ni dengan Ustazah Aida. Ustazah cakap, kelas kitorang sikit sangat student. Tak rasa macam mengajar pun, macam berborak je. hehe. dari sini, aku dapat belajar mustolahat-mustolahat tentang pengurusan dan ekonomi.

Al-Arabiyyah AlSiyahiyyah - Ustazah Sriayuna yang ajar subjek ni. first time kut aku belajar dengan ustazah. best! ni bahasa arab pelancongan. memang enjoy la. minggu pertama belajar subjek ni, kitorang dah rasa macam pergi melancong. osem!

An-Nahw Al-Tatbiqiy II - sekali lagi aku berjumpa dengan Ustazah Azlina. dan sekali lagi aku berjumpa dengan subjek ni. bukan repeat! ni subjek versi ke-2. perlu lulus versi pertama untuk belajar versi kedua. mungkin senang sikit dari versi pertama. dan, aku rasa enjoy la setakat ni.

Teknologi Komunikasi - En Hisyam yang ajar this subjek. ni lah satu-satunya subjek yang aku belajar dalam Bahasa Melayu. setakat ni aku sangat enjoy dengan cara En Hisyam ajar. dalam pengajarannya, terselit motivasi dan nasihat untuk kami semua.

6 subjek je. yup, je. Tapi, 6 subjek yang bukan untuk dipandang sebelah mata. 6 subjek yang buntukan kefokusan aku. 6 subjek yang aku sangat perlu ambil berat. 6 subjek yang aku perlu usaha keras.

Moga Allah bantu aku. Aku perlu redhaNya. Aku perlu redha parents aku. Aku perlu redha murobbi aku. habbluminAllah wa habbluminnas. Hidup aku, bukan hanya perlu tumpu pada belajar sebenarnya. Aku perlu seimbangkan dunia dan akhirat. Aku kejar akhirat, insyaAllah dunia akan kejar aku.

Aku buntukan doa dari kamu, kamu dan kamu. Allahu yubarik fik. Bittaufik wa najah. :)

lagi beberapa hari ramadhan bakal tinggalkan kita. last kelas ustazah Azlina, banyak pesanan yang diberikan. Tekanan itu permainan dalam mencari ilmu. kita kena bersyukur time sikit, dan bersyukur time banyak. kita kena selalu berdoa, moga Allah kuatkan dalaman kita, sebab apa? sebab nanti bila kita jatuh, kita tak salahkan orang lain, kita boleh terima dengan redha. kita kena banyakkan berdoa, ramadhan dah nak berakhir. banyakkan bangun malam dan berdoa. Allah selalu ada untuk dengar doa kita, antara Dia nak perkenankan cepat atau lambat je, Dia dengar permintaan kita.  Fi hifzillah. kullu 'am wa antum bikheir.

Sunday, June 30, 2013

Sayonara semester II

Ehem. Hari ni aku usahakan jugak update entry baru. Jeles tengok Ainum punya new entry. Ahhaa. Sebenarnya, dari awal cuti lagi nak update, tapi sibuk tangguhkan je. Tapi, takpe lah.

Hurmm. Boleh kira dengan jari je berapa hari lagi cuti tinggal. InsyaAllah, 4 July dah ada kat kolej. And, next perancangan, jeng jeng jeng..

Awal-awal cuti hari tu, aku sedih la jugak. Sekejap je rasa sem 2. tup tup, dah start cuti. Well, semua tahukan, sekarang cepat je masa berlalu.

Okay, sem 2, bagi aku sangat best dari sem 1. Kelas yang begitu padat. Aktiviti yang begitu banyak. Yeah.

Mughamarah Al-Arabiyyah


Dinner dekan


Language Magic Moment


Perkhemahan di Jerangkang


Calon MPP. haha


Mahrajan Ilmi wa Thaqafi


Kami, arabic student. BATI+BAKOM



Sem 2, bertambahnya kawan, bertambahnya pengalaman. Alhamdulillah. Sem 2 dah selesai. Bakal melangkah ke sem 3. Moga Allah mudahkan segalanya. =] Mohon doa dari semua.

Wednesday, June 26, 2013

Bahagia di sisi Sang Pencipta


Hidupnya seorang yang sentiasa penuh senyuman. Dan senyuman itu tetap ada hatta setelah nyawa dibawa pergi. 

Wajah bersinar-sinar seolah sangat bahagia kembali ke pangkuan Tuhan. Tak puas bagi yang memandang..

Sesungguhnya kami pasti akan menyusulmu..

Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhai. 

Wajah manis penuh senyuman, bahagia kembali pada Tuhan

Al-fatihah.

Wednesday, June 19, 2013

Apalagi yang kau & aku nak?


Pagi tadi, on the way ana pergi kerja, ternmpak hamba Allah yang cacat penglihatan (buta) nak pergi hantar anak dia sekolah. Dalam perjalanan tu hamba Allah ni terbatuk2, pastu dia ambik air di tepi beg anaknya untuk minum. Anak pun cakap : "ayah kenapa minum air aiman, nanti kat sekolah xcukup nak beli kat mana, kita xde duit.", ayah pun diam je.

Sampai je kat destinasi, kebetulan turun tempat sama dengan ana, sempat bertanya, pakcik kerja mana, dia cakap pakcik tak kerja, keadaan pakcik macam ni xpernah ada orang nak ambil pakcik kerja, kalau pakcik kerja pun, susahkan orang je, bukan senangkan orang..

-dengar kalam begitu, tersebak hati. Alhamdulillah kita masih cukup makan dan minum,pakaian dan nikmat Allah kurniakan.

-Abang Zal-

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat sebab Allah bagi serba serbi cukup dalam kehidupan aku. Nak itu, ini, mudah je dapat. Sedangkan masih lagi ada manusia-manusia kat luar sana begitu susah nak dapat semua ini, hatta kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Alhamdulillah, ibu selalu ajar kami adik-beradik, jangan kedekut dengan harta yang kita ada. Aku suka perhati cara ibu. Kalau ibu jumpa orang-orang tua ataupun orang-orang susah, ibu pasti akan hulur duit tak kesah la berapa ringgit, setakat yang mampu. 

Aku teringat cerita cikgu aku, masa tu ada orang mita tolong dia, orang tu perlukan RM100. Masa tu juga, hanya ada RM100 dalam tangan cikgu aku. Alhamdulillah, cikgu aku bagi RM100 tu kat orang tu. Then, tak disangka, beberapa hari kemudian, tiba-tiba ada orang ni hulur RM100 dekat cikgu aku tanpa sebab. 

See? Kita akan dapat semula apa yang kita beri. Kalau tak dapat kat dunia, dapat kat akhirat nanti. Hidup ini, perlulah diusahakan untuk berbakti kepada orang lain. Saling menolong antara satu dengan lain.

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? [Ar-Rahman : 13]

Sunday, June 16, 2013

Sayang Beliau Ketat-Ketat!



Aku hanya gadis biasa
Yang dibesarkan seorang ayah yang luar biasa
Membesarkanku utk mengenal diriNya
Demi menggapai redhaNya.

Aku hanya manusia biasa
Yang dibesarkan seorang ayah yang luar biasa
Mengenalkanku siapa pencipta
Agar berjaya menggapai redhaNya

My father is my hero after Allah. Tak ada siapa yang dapat ganti ayah aku. Dia memberi aku kehidupan, dia mengenalkan aku siapa Sang Pencipta, dia menjadi pembela aku, dia disamping aku dalam apa-apa jua keadaan, dia menegur aku di kala aku membuat kesilapan, dialah segalanya. Dan yang paling penting, dia menyayangi aku, walau dalam apa jua keadaan, sentiasa berdampingan denganku.

Everyday is father's day. Sayang ayah ketat-ketat. May last till Jannah. InsyaAllah. Love you. =]

Sunday, June 9, 2013

Kau siapa nak jadi sang penghukum?


Aku sangat terkesan dengan video terbaru Matlutfi, 'Sebelah Sayap'. Apa yang terjadi dalam realiti kehidupan sekarang.

Pada era globalisasi ini, bak cendawan tumbuh selepas hujan, aku dapat lihat ramai insan-insan yang lebih memilih untuk menghukum daripada memilih untuk menolong. Mereka melihat dengan menghukum itu dapat mengubah seseorang. Tidak. Tidak sebenarnya. Dengan menghukum sebenarnya membuatkan seseorang itu lagi lari jauh dari agama.

Pasti mereka yang dihukum itu merasakan bahawa sudah tidak ada peluang untuk bertaubat. Padahal pintu taubat itu sentiasa terbuka menerima tetamu. Bila-bila masa, sampailah matahari terbit sebelah barat. Allah itu sangat menyayangi hambaNya walaupun hambaNya sentiasa lupa padaNya.

Aku. Kamu. Dia. Mereka. Kita.
Kita hanya penyeru, bukan penghukum.

Everybody has a past, everybody lives a present, everybody deserves a future. No judging on one's past, because it might be your future. May Allah bless. :) -ANTHEM-

Thursday, June 6, 2013

Rezeki itu Dia punya

Ainum, pinjam gambar!

Alhamdulillah wa syukurillah.

Antara perkara yang aku tertunggu-tunggu telah pun memunculkan diri.

Pertama:

'Dia' pulang. Tapi, aku tidak berpeluang untuk menatap 'dia'. Dapat bercakap pun dah ok walaupun sambil menangis. Aku tak kisah, demi kemaslahatan semua. Aku redha. Bukan rezeki aku untuk menatapnya. Mungkin, suatu hari nanti.

Kedua:

Aku berpeluang menatapnya. Dalam keadaan tangan yang terketar-ketar, jantung bagai nak terkeluar, aku berjaya menatapnya. Alhamdulillah. Tak terungkap. Aku berjaya membuat ibu dan ayah tersenyum bangga.

Cuti masih berbaki sebulan. Harus aku manfaatkannya. Menghabiskan cuti bersama keluarga sebelum kembali berjuang di medan ilmu. Aku tidak lagi aktif menghadiri pelbagai program sepanjang cuti ini walau banyak panggilan dari mereka, inginkan aku turut serta menghadirkan diri. Maaf.

Sepanjang semester 2, aku banyak mengabaikan pelajaran. Bukan aku ingin membuka aib diri. Moga ini menjadi pedoman diri. Begitu susah aku ingin menyusun jadual. Semuanya berterabur. Di mana sibuk menguruskan aktiviti, sibuk menyelesaikan assignment, aku rasa begitu berat. Akan aku simpan kata-kata Ustazah Azlina. Kama qultu Ustazah Azlina, 'Belajar menguruskan masa. Itu gunanya jadi seorang pelajar.'

Tiba final exam, aku cuba tumpu sehabis daya. Aku uruskan masa sebaik mungkin. Utamakan apa yang penting. Dan, Alhamdulillah. Aku dapat lebih dari apa yang aku sangkakan. Ini jugak berkat doa semua.

***

Result telah memunculkan diri. Itulah perkara kedua yang aku tertunggu-tunggu. 

Ainum : Seram dengan geng Bahasa Arab dan Komunikasi, semua dekan. pergh, kepala jenis scan buku diorang nih. geng BATI, even tak semua orang dekan, tapi pointer hampir dekan. Mabruk alaikum.

Alhamdulillah. Mabrook alaikum. rezeki budak BAKOM. InsyaAllah, next sem, kita dapat dekan ramai-ramai ye.

Aku terkejut juga tengok result aku. Speechless. Tak sangka. rezeki dari Allah. Alhamdulillah. 

'Apabila kamu telah berazam (bertekad dan berusaha) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah sukakan golongan yang bertawakal.' [Ali Imran : 159]

Oke, the rest is history. =]

Nurhaziqah.mz
Diploma Bahasa Arab Komunikasi.

                                                                         

Kuasa Cinta



Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri…
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..

-Ayatul Husna-

Monday, June 3, 2013

Aku, hanya gadis biasa


Aku, hanya gadis biasa
Tidak punya apa-apa
Masih bertatih mencari redha
Masih mentafsir erti bahagia
Aku tidak pandai bergaya
Tidak cantik pada rupa
Lebih selesa hidup dalam bersederhana
Mungkin, seorang yang mudah mesra
Tidak peduli apa kata orang padanya
Aku hidup bukan untuk membuat orang suka
redha Allah bukannya pada redha manusia
Jika aku hanyut dibuai arus dunia
hulurkanlah tangan memimpin aku ke syurga
Kerna aku gadis biasa
Tidak mungkin menjadi begitu sempurna

Thursday, May 30, 2013

Hati Yang Dinodai.


Pesan pada diri,
Jangan tersalah memberi hati,
Pada insan yang tak sudi,
Pada insan yang tak mengerti,
Kerana sekali kau memberi,
Selamanya dia di hati,
Apabila sesekali kau dilukai,
Sampai bila-bila tetap kau akan ingati.

Pesan pada diri,
Berhati-hatilah dalam memberi hati,
Berikan ia hanya pada insan,
Yang tahu menghargai,
Kerana nilai sekeping hati, amatlah tinggi,
Jangan sampai membuat hati terasa dinodai.

* Thanks a lot, adik ! thanks because bagi pesanan ini kat akak. Thanks because mengingatkan diri yang mudah alpa ini. Diri yang sentiasa hanyut dalam arus duniawi. thanks a lot sebab membuatkan akak boleh  bermadah puisi sekali. Terimalah..

Pesan pada diri, 
Berhati-hati sentiasa,
Jangan mudah jatuh hati, 
Sekali tersalah memberi,
Menyesal tak sudah nanti.

Pesan pada diri,
Hati ini perlu dijaga,
Andai salah diberi,
Hidup tidak diberkati.


Tuesday, May 28, 2013

Memori itu akan terabadi di sini.



Andai kita melihat bulan, pandanglah pada bintang yang bertaburan di dada langit. Jua renunglah damainya malam. Hidup ini tidak akan bererti tanpa dugaan dan rintangan. Mutiaranya adalah sabar dan keimanan yang teguh sebagai benteng untuk menangkis segalanya. Kita telah berusaha sebaiknya, tetapi penentunya Allah jua Yang Maha Mengerti. Kita merancang, Allah juga merancang, tapi Dia adalah sebaik-baik perancang.

Kita bisa mencipta impian, kita bisa membina angan-angan, tetapi selalunya kita terlupa apa sahaja boleh terjadi kerana ianya sudah tersurat. Kenyataan tetap menjadi satu kenyataan, walau bagaima pahitpun terpaksa kita terima. Ketentuan Tuhan bukanlah sesuatu yang mampu dibatasi. Bukankah sejak azali lagi ia telah disuratkan? Rezeki, ajal, maut, jodoh dan pertemuan semua milikNya. Sedaya mungkin aku cuba bersabar atas segala ketentuanNya. Biar adakalanya tercabar jua, tetap aku mengucap syukur. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Aku tanamkan dalam diriku.

Sejak menjejaki bumi KIPSAS, banyak yang telah aku pelajari. Belajar untuk berdikari, tabah, rasa sabar yang menggunung tinggi jadi peneman jua kasih sayang yang tertumpah buat teman-teman. Di hati ini telah terbina mutiara sejati. Tetapi sayang kerana di sini hanyalah persinggahan kita. Kita mengorak langkah bersama, bersama membawa janji yang dikota biarpun perkenalan kita sesaat cuma. 

Di sini antara mekar jambangan, aku merasakan waktu belum mampu memisahkan jarak ingatan dan perjalanan panjang. Biarpun dalam kubur, namun yang girang di tengah hujan adalah kita berlari-larian dan basah bersama. Di sini kita mengenal erti persahabatan sebenar. Kita lebih mengenali erti kehidupan dan kepayahan. Bumi KIPSAS bisa menjadi koleksi memori indah buat kita. Di sini antara merdu siulan. Aku merasakan perlu sesekali mengutip kemesraan kecil demi menghangatkan erti sebuah persahabatan yang telah terabadi di sini.

Monday, May 20, 2013

Friends are God's gift


Friends are presents. But true friends are God's gift. They are rewarded to us. True friends are always there for you when you need them. They are even with you at times of when you don't need them. Because they know they are needed. Sometimes, true friends already knew what you didn't even tell them. Because they knew you so well. However, distance may kept them apart. But true friendship never separate them apart. True friends are friends who always listen and understand. They never punish, they never judge. True friends lend their hands before you even ask for help. True friends put themselves second before you.

Sunday, May 12, 2013

Adakah kita masih setia menunggu?



Hidayah itu milik Allah. Hanya Dia yang berhak memilih siapa yang berhak mendapat hidayah. Bersyukurlah bagi sesiapa yang diberi peluang dan kesempatan untuk merasai hidayah Allah. Tapi, siapakah kita yang merasakan bahawa hanya perlu menunggu hidayah itu datang bagai menunggu sesuatu jatuh dari langit? Hidayah perlu dicari. Untuk mendapat sesuatu, kita perlu berusaha. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

'Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah pertunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah pertunjuk kepada sesiapa yang dikehendakkiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah pertunjuk (kepada memeluk Islam).' [Al-Qasas : 56 ]

Bersyukur kerana diri ini diberi peluang untuk melihat kehebatan Allah. Jika Allah ingin memberikan hidayah, pada saat ini pun boleh. Andai dulu si dia tidak menutup aurat, tapi sekarang gelisah andai aurat tidak terjaga. Andai dulu si dia hidup terlalu sosial, tapi sekarang begitu pandai menjaga diri. Andai dulu si dia pantang dinasihati, tapi sekarang begitu mendambakan nasihat-nasihat buat bekalan diri.

Hebat, sungguh hebat hidayahNya. Begitu rugi bagi mereka yang masih setia menunggu hidayah datang tanpa melakukan sebarang usaha. Sungguh beruntung bagi mereka yang berusaha untuk menggapai hidayah Allah.

Andai kamu menjadi insan terpilih menerima hidayah Allah, bergembiralah. Bergembiralah untuk memulakan kehidupan baru. Bergembiralah untuk meninggalkan karat-karat jahiliyyah. Bergembiralah untuk menggapai mardhatillah.

Berubahlah walaupun payah. Berubahlah ke arah hidup yang lebih indah. Hidup dan masa muda sekali cuma. Sanggup nak sia-siakan tanpa redha-Nya?

Saturday, May 11, 2013

Bukan cinta biasa.


Usia persahabatan kami telah menjangkau 5 tahun lebih. Ada yang telah menjangkau berbelas tahun. Suka, duka, pahit, manis telah kami harungi bersama. Itu indahnya jika bersahabat kerana Allah. Kami bersahabat buka kerana rupa, harta mahupun takhta. Semua itu tidak kekal lama. Duniawi semata-mata. Hadaf persahabatan kami hanyalah satu. Untuk menggapai mardhatillah. 
Girls, may last till Jannah, oke!

Wednesday, May 8, 2013

Kerana kita bersahabat.



'Kita memang suka rancang something tu last minit kan? Yang dari kemaman, drive carefully and take care. yang dari kerteh too. =] Girls, see you tomorrow. Happy.'

Penuh whatsapp dengan omelan-omelan kanak-kanak riang. Dari pada mulanya bincang tentang rancangan esok hari hinggalah melalut masuk topik lain. kadang-kadang sampai tidak larat untuk membaca. 

saya suka itu. walaupun entah apa-apa omelan itu, diri ini tetap tersenyum gembira. mereka tersangatlah ceria. hari yang suram boleh bertukar indah dan ceria. dengan kehadiran mereka. 

2013. tahun keenam kita berkenalan. suka duka zaman persekolahan. sudah kenal hati budi masing-masing. sudah masak dengan perangai masing-masing. 

saya tidak jemu. tidak jemu menatap wajah-wajah yang menceriakan hidup. menceriakan masa-masa saya ketika zaman persekolahan. menceriakan saya ketika wajah ini sunggul. menceriakan wajah yang sedang letih bergelumang dalam dunia belajar.

itu gunanya sahabat. suka duka, kita hadapi bersama. May last till Jannah. 
Thanx for everything. =]

Monday, May 6, 2013

Aku juga perempuan.


Aku juga perempuan
Punyai impian
Anggun dibalut perhiasan
Hidup bergemerlapan
Bak artis pujaan

Kuingin bermadah puisi
Bersyair dan menyanyi
Lincah menari
Menghibur dan menyeri

Namun
Aku bukan perempuan
Gopoh mengejar kemahsyuran
Di tempat persinggahan
Tiada berkekalan

Kuingin kemuliaan abadi
Kemahsyuran hakiki
Bukan yang tiada erti
Bukan yang dimurkai Illahi
Bukan didunia ini
Tapi di taman syurgawi
Inginku kekal sebagai bidadari


Wednesday, February 13, 2013

Berkumpul~


Ya Rasulullah, ya habiballah...

Sambutan maulidurrasul di sekolah. Tak pasal-pasal alumni kena buat persembahan juga. Gara-gara untuk mengisi kekosongan masa, sementara tunggu pelajar banat form 3 yang perlu menyelesaikan urusan lain terlebih dahulu.

Banyak pembaikan yang pihak sekolah lakukan. Duduk dengan murabbi, dengar perkembangan sekolah, di samping dapat melepaskan rindu. Juga dapat bersama sahabat-sahabat dan juniors.

Terngiang-ngiang kata-kata bonda pengetua dan naqibah,
"Cukuplah dengan bertanya khabar dan ucapan salam membuatkan kami bahagia kerana antum ingat kami."

#Semoga ada lagi hari esok.^^

-Aisyah Ameelah-

Alhamdulillah. hari ini berpeluang untuk menjejakkan kaki ke bumi Al-Amin yang penghuninya telah banyak mendidik dan membimbing diri yang serba kekurangan ini. Give thanks to Allah kerana mencampakkan saya ke sekolah ini.

Setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke sekolah, hari ini berjaya juga untuk menjejakkan kaki ke sekolah tercinta setelah beberapa hari merancang di fb, w/app.

Gembira berjumpa mereka. Terubat rindu tika dapat menatap wajah-wajah yang disayangi kerana Allah. wajah-wajah para murabbi, wajah-wajah para junior dan wajah-wajah para sahibah. Kan best kalau semua ada. :)








Jika benar bersahabat, bawalah persahabatan itu hingga ke syurga. May Last Till Jannah.

Friday, February 8, 2013

Dekan ?? Give thanks to Allah.

Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah.

Meniti kehidupan sebagai seorang pelajar banyak cabaran yang perlu ditempuhi. Jika di alam persekolahan, tak kesahlah sekolah rendah atau sekolah menengah, kehidupan kita masih dipantau. Segalanya guru-guru yang membantu. Ada sahaja mereka-mereka yang mengawal gerak geri kita. Berbeza di alam kolej atau universiti. Masa ini kita perlu memantapkan diri. Semuanya bergantung pada diri kita. Dunia luar amat mencabar. Allah..

ok, dah lari dari tajuk.

Alhamdulillah. Sem lepas Allah bagi rezeki. Rezeki untuk mendapat dekan. Allah.. Alhamdulillah. Rabu lepas, Sekolah Pengajian Islam telah mengadakan jamuan meraikan pelajar-pelajar cemerlang sekolah pengajian islam di D'embassy Kuantan. Jabatan Bahasa Arab. Jabatan Dakwah dan Pengurusan. Jabatan Syariah dan Undang-undang. etc.





Dan.. yang paling best adalah sebuah pertemuan yang tidak dirancang!


Hope sem 2 dan sem-sem yang mendatang kami masih dapat mengekalkan kecemerlangan. Study lillahi Taala!!

p/s: dapat satu berita. Allah... beratnya. Moga Allah beri yang terbaik.

Saturday, January 26, 2013

New Life!

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, thumma alhamdulillah. Sudah sebulan menjalani kehidupan sebagai pelajar Jabatan Bahasa Arab semester 2. Kehidupan baru. Mata pelajaran baru. Lecturer yang best. Result sem 1 pun dah lama keluar. Moga dapat maintainkan result untuk sem 2. Ameen.

Alhamdulillah, sem ini dapat satu bilik dengan all my best friends. Kynah, Yana dan Az. Dapat bilik best. Syukur sangat-sangat.


Harta Kynah
meja study yang berjaya kami hias.
Semester ni juga, kami dah belajar ikut diploma masing- masing. Diploma Bahasa Arab Komunikasi, hanya mempunyai 11 orang student sem 2. so, sikit je la. Sem ni, kitorg dah start belajar subjek kos kitorang. Subjek-subjek yang boleh dikatakan agak mencabar.

Al-Nahw Al-Tatbiqiy. Diajar oleh Ustazah Azlina. Subjek ni, kitorang belajar tentang nahu bahasa arab. Ada i'rab [saya tak suka masa sekolah menengah, tapi best sebenarnya]. Memang tersangat sayang nak tinggal kelas untuk subjek ni. Sekali tinggal, untuk kelas berikutnya kita pasti akan ternganga. Then, Al-Sarf Al-Tatbiqiy. Diajar oleh Ustaz Haniff. Kelas yang ceria dengan usikan ustaz. Tapi senang faham. Thumma, Bahasa Arab II, diajar oleh Ustazah Aida. Best!

English, diajar oleh Madam Farah. Madam yang sporting. ha! Sem ni kitorang kena berdrama. Jeng jeng jeng. Pengantar Komunikasi yang setakat ini diajar oleh Ustazah Fadelah. Subjek ni, kitorang belajar tentang komunikasi. macam-macam la. best! At-Tarjamah oleh Ustaz Haniff aidhan. Kitorang sepatutnya ambil subjek ni masa semester 4, tapi diawalkan. so, kitorang bergabung dengan abang-abang dan kakak-kakak sem 4. diorang baik-baik. Lastly, Tahfiz oleh Ustaz Haizuran. memang best! Sem ni kitorang kena hafal surah As-sajadah dan Al-Insan. Moga Allah permudahkan.

Semester 2 ni, kitorang dapat jadual waktu yang boleh dikatakan padat. so, memang kena pandai uruskan masa. Semester 2 ni, saya dilantik menjadi ajk kebajikan blok c. Amanah. Moga Allah permudahkan. 

Bittaufik wa najah. Moga Allah permudahkan segala urusan kita. 

p/s: 1. ada budak kecik ni terharu saya mentioned nama dia dalam entry lain. Izzah yang lebih femes dikenali sebagai Iera. Ahhaa. 



2. Budak kecik yang betul-betul kecik dah besar rupanya. ;)


3. testing. sekadar mencuba 


Saturday, January 12, 2013

:D

Muallimah!! susahnya belajar..

Awak ni.. belajar memang la susah.. yang senang tak belajar.. duk rumah, kawin... hee

Muallimah!! Fiil sahih wa mu'tal.. dia belajar detail, Ana tak ingat sangat yang belajar kat sekolah.. hihii.. susah..

Meh gi sekolah, nanti muallimah ajar, bawa buku awak.

InsyaAllah.

Baru-baru ni, berpeluang mesej dengan guru bahasa arab masa sekolah menengah dulu. waa, terharunya. sanggup my teacher nak ajar saya. terharu, terharu.. ahhaa.

for my arabic teacher, syukran jiddan ya muallimah. banyak dah muallimah tolong ana. :')




Sudikah Awak...

Bismillahirrahmanirrahim.

sobahul kheir! Kaifa halukum ya jami'an? alyaum, sanuqaddimu lakum..

erk. cop! terbawa-bawa cakap arab. sekarang ni, kalau mesej pun, kami akan berbahasa arab. latihan sebenarnya untuk student jabatan bahasa arab macam kami semua. inisiatif sendirian berhad. Nak menguasai bahasa, kita bukan hanya perlu pandai menulis, tapi perlu juga pandai bercakap dengan menggunakan bahasa tersebut.

erk. banyak membebel pulak.

okay. dah masuk 2013. azam baru. semuanya baru. tunggu terlaksana ataupun tidak.

Buat awak-awak yang ada azam untuk melangkah dari tangga maratib amal pertama ke tangga yang kedua, jom hayati video ini.



Buat awak-awak semua, doakan saya ya! sem ini lebih mencabar. Mohon saya terus kuat, rajin dan tsabat dalam meneruskan perjuangan. Buat awak-awak, Bittaufik wa najah fi dunya wa akhirah. :D