Friday, September 30, 2011

Hampir~

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Illahi kerana diberi peluang dan ruang untuk meneruskan kehidupan di muka bumi yang penuh dengan dugaan ini. Hmm.., hanya tinggal bebrapa hari lagi untuk kami pelajar SPM bertungkus-lumus untuk belajar, bukan hanya untuk menggapai 11A+ dalam SPM, tetapi belajar untuk mendapat redha Allah. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa jantung ini rasa berdebar apabila setiap kali mata jatuh pada tulisan pada papan putih di dalam kelas yang menunjukkan bahawa SPM semakin hampir. 

Memang tak ada yang senang macam SPM
Tapi yang lebih senang banyak ~
Memang tak akan berjaya tanpa usaha
Jika usaha pasti berjaya ~

Maka tak perlu kami susah hati
Banyak murabbi yang mengajar kami
Untuk SPM kali ini ~

Memang tak ada yang menang
Tanpa sebarang strategi mantap
Memang kami dah sedia untuk periksa
Kalau tak sedia nak exam camner?

Ce royak gok sket ~

Oo guru-guru
Jangan kau bimbang dengan kami semua
Kami selalu usaha
Kami amalkan doa
Apa yang lebih penting
Kami praktis tawakkal
Oo semua
Maafkanlah segala silap kami semua
Berjya kami mahu
Tapi dengan berkatmu
Doakan kami menjadi Batch Seventh yang terulung

p/s : Hasil rekaan banin (pelajar lelaki) kelas kami..


Doakan kami semua agar berjaya didunia dan akhirat... 

No comments:

Post a Comment