Saturday, September 3, 2011

Raya 2011 - Part 1

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi diberikan peluang untuk menghirup udara di muka bumi Allah dan masih lagi berpeluang untuk berkumpul bersama-sama keluarga pada hari raya yang penuh keberkatan ini. Saya suka sangat hari raya pada tahun ini. Rasa begitu meriah. Tahun ini, seperti biasa saya hanya beraya di Kerteh. Hal ini kerana sepupu-sepupu dan pak cik akan balik beraya di sini. Macam-macam ragam dan cerita yang berlaku sebelum dan selepas raya.

28 Ramadhan

Pada hari ini, sepupu dan pak cik saya sampai di rumah. Mereka akan beraya di sini. Rumah menjadi begitu meriah. Bila tiba waktu berbuka puasa, dapur rumah yang bagi saya luas menjadi sempit. Bayangkanlah. Saya, kakak dan ramai lagi tidak menang tangan untuk menghidang juadah berbuka puasa. Selepas berbuka, tibalah pula sesi mengemas. Ibu dah start memberi arahan. " Okay, sesiapa yang ada anak tak perlu tolong mengemas. boleh naik atas". " Alamak! Mana aci..". Jadi tinggallah beberapa orang sahaja di dapur.

29 Ramadhan

Hari ini, saya menanti kedatangan seorang sahabat yang sangat dirindui. Tapi sayang, kita merancang. Allah pun merancang. Tapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Sahabat saya tak dapat singgah rumah saya kerana bimbang lewat sampai kampungnya di Kelantan. Jadi, kakak mengajak saya keluar untuk shopping. Sepupu dan kakak ipar dah pesan supaya tolong belikan tudung. Jadi kami pun pergi ke Paka untuk mencari tudung. Di sini susah sedikit untuk mencari tudung labuh. Sambil berjalan-jalan mencari kedai tudung, saya sempat lagi menemani kakak membeli baju untuk anak-anak sepupu. Selepas pergi ke Paka, kami menuju pula ke Mesra Mall. Kami sampai rumah lebih kurang dalam pukul 7 malam. Itu pun ibu dah marah masa call ibu. Pada malam nya, Jiran-jiran dah sibuk bermain mercun. Ibu dah warning awal-awal dekat abang agar jangan marah diorang.  Abang cuma bising saja sebab diorang mengganggu Raihah nak tidur. Dalam pukul 10 atau 11 lebih saya dan abang baru bermula mengemas rumah. Senang sikit kemas rumah pada waktu malam sebab semua orang dah tidur, jadi tidak ada orang nak mencipta kekotoran dah. 






2 comments:

  1. haha, tunggu sape?? kakak raye kt KT, best gler~

    ReplyDelete
  2. tunggu sape?? my freind...da lame x jumpe..tp x jd dtg...^_^

    ReplyDelete