Saturday, September 3, 2011

Raya 2011 - Part 2

Pejam celik, pejam celik, sekejap sahaja rasanya bulan Ramadhan. Rasa sedih sangat. Maka tibalah hari kemenangan untuk orang- orang Islam.

1 Syawal

Salam Aidulfitri !!. Pagi-pagi lagi semua sudah bangun. Achik sibuk menghantar nasi impit dan kuahnya serta pulut kuning ke rumah saya. Memang setiap tahun pada setiap kali hari raya, achik akan buat nasi impit dan kuahnya serta pulut kuning. Ibu pula akan membuat kuah daging, ayam masak merah dan lain-lain. Ibu juga menempah sate untuk hari raya. Selepas semua orang balik dari solat hari raya Aidilfitri, kami menunggu kepulangan ibu dan ayah dari surau. Apabila mereka sampai, kami beratur untuk bersalaman antara satu sama lain sekali gus memohon kemaafan. Kakak dah awal-awal lagi mengeluarkan kamera DSLRnya. Ada yang mencadangkan agar mengambil gambar keluarga. Akhirnya semua ke ruang tamu untuk bergambar. Kakak as a photographer pun menjalankan tanggungjawabnya.

Nur Jannah Raihah
Nur Jannah Shaurah, Nur Jannah Humairah, Nur Jannah Najihah
Usrati
Hasbullah membuat muka comel









Selepas kami bergambar sakan, ramai tetamu yang datang ke rumah saya untuk beraya. Saya rasa sebelum ini tidaklah tetamu ramai seperti ini yang datang beraya pada 1 syawal. Tidak mengapa, tetamu mebawa rahmat.

2 Syawal

Hari ini, saya dan kelurga pergi beraya ke Paka dan Dungun. Kami beraya di rumah kelurga sebelah ibu. Kami pulang ke rumah semula pada waktu petang.

3 Syawal


Hari ini kami beraya di Kuantan. Sampai sahaja di Kuantan, kami menuju ke Hospital Tengku Ampuan Afzan  untuk melawat Pak Ngah di sana. Selepas itu, saya pergi ke rumah Dr Fahmi as known as sepupu saya. Selepas makan tengah hari di sana, kami pergi ke rumah seorang lagi sepupu saya. Seterusnya kami pulang ke rumah dan kami tiba lebih kurang dalam pukul 8 malam. Setibanya kami di rumah, sebenarnya kami menerima tetamu iaitu adik ipar sepupu saya. Ibu mengajaknya bermalam di rumah. 

4 Syawal

Hari ini rumah penuh dengan orang. 3 orang sepupu saya bersama ahli kelurga mereka datang untuk beraya. 
Ibu memasak Nasi Beriani untuk makan tengah hari.

Nurhaziqah.Mz said : Alhamdulillah, saya suka sangat raya tahun ini. Meriah. Tali kekeluargaan semakin rapat bersimpul. Syukur kepada Yang Maha Berkuasa.

No comments:

Post a Comment