Monday, May 6, 2013

Aku juga perempuan.


Aku juga perempuan
Punyai impian
Anggun dibalut perhiasan
Hidup bergemerlapan
Bak artis pujaan

Kuingin bermadah puisi
Bersyair dan menyanyi
Lincah menari
Menghibur dan menyeri

Namun
Aku bukan perempuan
Gopoh mengejar kemahsyuran
Di tempat persinggahan
Tiada berkekalan

Kuingin kemuliaan abadi
Kemahsyuran hakiki
Bukan yang tiada erti
Bukan yang dimurkai Illahi
Bukan didunia ini
Tapi di taman syurgawi
Inginku kekal sebagai bidadari


2 comments:

  1. aku juga perempuan
    yang cuba jaga hati dengan iman
    yang cuba lawan cubaan godaan
    kerana aku hidup untuk Tuhan
    jadi aku perlu terus bertahan
    kekal sebagai perempuan beriman.

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear saa,

      aiwah. ahsanti. moga kita dapat menjaga diri kita. ;)

      Delete