Thursday, December 15, 2011

SPM~

Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah di panjatkan ke hadrat Illahi keran telah memudahkan segala urusan. Sesungguhnya setiap yang susah itu pasti ada mudahnya. Alhamdulillah, give thanks to Allah kerana telah membantu saya dalam menghadapi SPM. Akhirnya, pada tanggal 13 Disember 2011 yang lalu, akhirnya SPM telah tiba kepenghujungnya. MERDEKA? Hmm, MERDEKA. Tapi sebenarnya rasa janggal. Setelah sekian lama duduk bergelumang dengan buku-buku, akhirnya saya bergelar 'budak lepasan SPM'. Rasa janggal. Duduk di rumah, biasanya baca buku, tapi sekarang rasa macam ada 'something' yang saya tak buat. 'Something' tu adalah baca buku (kecuali novel).

Sebelum SPM tiba, saya dah minta maaf dengan semua orang. Mana tahu, manusia sentiasa buat kesilapan. Dan sebab kesilapan yang tidak disedari, mungkin akan mengganggu perjalan SPM nanti. Tak susah pun nak minta maaf. Saya hanya hantar sms yang berbunyi : ' Salam alayk, sori for everything, thanx for everything. Doakan ya untuk SPM'. Tak susahkan?? Dan boleh dikatakan ramai juga yang membalas sms tu. Ramai?? Hmmm...Tapi dengan ibu dan ayah tak laa sampai hantar sms, saya minta maaf sehari sebelum SPM.

Ayah said : OK

Ibu said : Kalau tak minta maaf pun, ibu da maafkan.

Abang : InsyaAllah berjaya, jawab elok-elok, baca doa, jawab dengan relax k..

Kak Siti : Salam, abang n Kak Siti doakan semoga adik berjaya dengan cemerlang dalam exam..jawab dengan tenang n yakin, then tawakal pada Allah.

Kakak said : Kak Cik, pergantungan hanya pada Allah. Usahalah setakat mampu, jangan stress tau :) Tenang je, sesungguhnya hati tenang dengan mengingatiNya.

Sepanjang tawaf di Kaabah, itulah doa yang tak kunjung padam untuk Kak Cik. Moga cemerlang untuk akhirat, maka dunia akan mengejar kita. All the best :)


Abang Sir said : Semoga berjaya dengan cemerlang..InsyaAllah, Ameen.

Kak Maina said : Dearest Sis Haziqah - Fly in the plane of Ambition and Land in the Airport of Succeess..Luck is yours, Wish is mine..May ur future always shine..Good Luck on ur SPM sweetheart..Semoga Allah Yaa Baari' Yaa Roshid permudahkan segalanya..Ameen

Muallimah Ann said : Semoga cemerlang dalam kertas Bahasa Melayu esok..Tidak ada yang lebih membahagiakan seorang Muallimah daripada melihat anak didiknya berjaya dalam Ilmu dunia dan Akhirat..Takpe tak dapat A cukuplah sekadar A+...^^..

Teacher Yusnani said : Assalamualaikum Haziqah dan sahabat-sahabat. Semoga Allah permudahkan urusan kalian dalam menghadapi SPM. ' Ya Allah kurniakan anak-anak didik kami dengan hikmah, jauhkan mereka dari sifat malas dan cuai juga jauhkan mereka dari pemeriksa yang lalai dan tak adil, kau permudahkan jangan kau susahkan'.

Kak Iefa said : Salam dear..all the best for the upcoming exam..akak sentiasa doakan adik-adik..ganbatte ne ^_^

Ummi said : Semoga anakanda berjaya dunia akhirat.

The rest is history~



Dewan/Bilik Peperiksaan 2

Dewan/Bilik Peperiksaan 1


Berakhirnya SPM~

Sedih meninggalkan sahabat-sahabat tercinta. Sahabat yang telah bersama-sama mengharungi suka dan duka. Uhibbukunna jiddan.

Sedih meninggalkan sekolah tercinta. Sekolah yang mengajar saya mengenal erti tarbiyyah. Mengenal erti perjuangan.

Sedih meninggalkan murabbi yang dikasihi. Uhibbukum jiddan. Murabbi yang bersama-sama mengharungi hari-hari suka dan duka. Murabbi yang mengajar erti perjuangan. Murabbi yang berpenat lelah mendidik kami agar menjadi insan berguna kepada Islam.

Syukran awi awi, uhibbukum jiddan.

Thursday, December 8, 2011

Tak kenal, maka tak cinta



Kepadamu kukirimkan salam terindah

Salam sejahtera para penghuni syurga

Salam yang harumnya melebihi kasturi

Sejuknya melebihi embun pagi

Salam hangat sehangat sinar mentari waktu dhuha

Salam suci air telaga kautsar yang jika direguk akan menghilangkan dahaga selamanya

Salam penghormatan yang tiada pernah pudar dan berubah dalam segala

Musim dan Peristiwa..


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!! Tujuh tinta lautan sekalipun masih tidak mampu menjadi tinta untuk menulis pujian yang selayaknya bagi Allah SWT. Dialah sumber kekuatan, sumber pergantungan, sumber rezeki, sumber kecintaan dan sumber perundangan. Hidup dan mati hanya untuknya semata-mata. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, para sahabat dan pewaris perjuangan Baginda sepanjang zaman.



Saya terpanggil untuk memulakan penulisan dengan tajuk 'Tak kenal, maka tak cinta..'. Kenapa??  Sebabnya tajuk ini ada kaitan dengan taaruf. Untuk kita mencintai, kita mestilah mengenali. Mencintai di sini bukanlah cinta biasa, tetapi cinta yang disandarkan kepada Allah. Kita biasa dengar perkataan yang sentiasa bermain-main di mulut teman-teman kita iaitu 'Uhibbukifillahi' yang bermaksud 'Saya mencintai awak (perempuan) kerana Allah’. Kasih sayang yang disandarkan hanya kepada Allah.Allah berfirman :



Maksudnya : ‘Wahai manusia! Sungguh, kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti’.

 ~ Al-hujuraat, 49:13~



Sebelum kita bertaaruf, kita mengintai sejenak konsep taaruf dalam Islam. Taaruf bermaksud berkenal-kenalan antara satu sama lain. Taaruf merupakan satu ibadah. Orang yang tidak menghayati konsep ini boleh diumpamakan sebagai haiwan liar. Kenapa?? Hal ini kerana haiwan-haiwan liar akan sentiasa bermusuhan dan tidak mengenali erti persahabatan. Adakah kita ingin termasuk dalam golongan seperti itu??.. Tepuk dada, tanya Iman.



' Masalahnya, saya nak bertaaruf dengan siapa???' Itulah persoalan yang sentiasa menari-nari dibibir kita. Islam sebenarnya agama yang mudah. Islam menggalakkan kita bertaaruf dengan sesiapa sahaja, tidak mengenal usia, keturunan, warna kulit, bangsa, agama dan budaya. Tetapi kita perlu berhati-hati. Bila taaruf dikatakan beribadah, jangan pula kita berlumba-lumba untuk berkenalan dengan kaum yang berlainan jantina. Moga dijauhkan!!. Boleh dikatakan haram andainya kita berkenalan dengan seseorang yang bukan mahram. Tapi kita perlu melihat juga pada tujuan kita. Adakah untuk suka-suka ataupun adakah untuk melakukan pekerjaan??..Fikir-fikirkanlah.



Kenapa kita sibuk bertaaruf??.. Apa tujuannya??.. Islam menyuruh kita berkenal-kenalan bukan hanya untuk menambah sahabat, tetapi ingin mewujudkan semangat kerjasama antara masyarakat dan kaum berbilang bangsa, agama dan keturunan. Dengan adanya kerjasama tersebut, kita dapat hidup dalam suasana bersatu-padu, aman dan sejahtera. Selain itu, dengan bertaaruf kita dapat merealisasikan pengabdian diri kepada Allah dengan mematuhi suruhannya supaya kita berkenalan. Dengan adanya perkenalan, kita dapat saling mengenali keturunan masing-masing. Dengan itu, kita dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan dan persahabatan yang terjalin. Rasulullah menegaskan dalam sebuah hadis yang bermaksud :

Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Nabi SAW : "Kenalilah nasab keturunan kamu yang membolehkan kamu mengeratkan silaturrahim. Sesungguhnya silaturrahim itu mewujudkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga, menambahkan harta dan melewatkan ajal".



Tuntasnya, taaruf sangat penting dalam kehidupan kita. Dengan bertaaruf kita dapat mengenali dengan lebih mendalam sahabat kita. Janganlah kita memilih sahabat dengan melihat pada paras rupa dan harta mereka, tetapi lihatlah hati mereka...!! Tak kenal, maka tak cinta.

Sunday, December 4, 2011

Makaroni bakar

Makaroni bakar?? First time rasa. Sedap. Enak. Sedapnya. Makaroni bakar hasil tangan Syaza. Siapa nak try, boleh laa mencuba.

300 gm macaroni - direbus sampai kembang
500 gm ayam/daging cincang
2 cawan cheese monzarella/cheddar
30 gm butter
1 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 cawan susu segar
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh oregano/italian mix herbs
1 kiub pati ayam
4 biji telur
Garam secukup rasa

* Rebus makaroni sampai kembang dan toskan airnya.

CARA MEMASAK :


1. Panaskan butter dan tumis bawang merah dan bawamg putih yang telah dimayang halus. Kemudian masukkan daging cincang dan biar sampai daging masak.

2. Masukkan lada sulah dan serbuk oregano , susu dan kacau , kemudian masukkan semua makaroni tadi dan kacau lagi supaya semua bahan sebati . Masukkan kiub pati ayam yang telah dihancurkan dan jika masih kurang masin baru la ditambah garam.

3. Bila sudah masak tutupkan api dapur dan baru la dimasukkan telur sebiji demi sebiji sambil mengacau macaroni ini.

4. Masukkan macaroni separuh loyang dulu dan boleh la di susun keju monzarella kemudian terus masukkan macaroni lagi sampai penuh loyang pembakar. Susun cheese di atas macaroni. Bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 40 minit atau sampai keju bertukar kewarna golden brown . Boleh la dibawa keluar dari oven dan biarkan sejuk dulu sebelum mengeluarkan macaroni ini dari loyang.
Saya telah mencuba. Tapi hasilnya tidaklah secantik ini.
sekadar gambar hiasan.




Friday, December 2, 2011

Bola oh Bola !!

Wahhhh..., banyaknya habuk. Berapa minggu da ea tak update blog?? Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana diberi kesihatan yang baik. Alhamdulillah..



Hati ini tertanya-tanya, kenapa la orang tu anjurkan perlawanan bola masa musim SPM ni?? Bila fikir balik, dia tak suruh pun budak-budak SPM tengok bola..Hmmm, minda ini masih lagi ligat berfikir, macam buang masa je tengok bola, lebih baik study..Tapi.., hati nak sangat tengok bola..Isy, isy..macam-macam yang difikirkan. Complex question can only be solved by patience...

Haa, itu la soalan-soalan yang sentiasa berputar-putar dalam minda saya. Tapi, dapat dilihat, lebih kurang tiga perlawanan bola sepak yang melibatkan Malaysia berlangsung pada musim SPM..

Malaysia vs Indonesia

Habis je paper PSI, terdengar ikhwah cakap yang malam ni ada perlawanan bola. Hmm, dalam hati terfikir, ada bola?? Haa, baru teringat, Malaysia vs Indonesia. Sampai je kat rumah, saya sudah cakap siap-siap kat semua orang yang malam ni nak tengok bola. Entah laa, tetiba je rasa nak tengok Malaysia berlawan. Masa saat-saat terakhir tu, terlintas kat dalam hati, Allah mesti bagi menang kat Malaysia. Kenapa?? Malaysia kan orang Islam. Dan..., akhirnya, Alahamdulillah. Allah bagi kemenangan dekat Malaysia.

Esokkan ada kelas Addmath kat sekolah memandangkan lusa exam Addmath. Waaa, sesampai je kat sekolah, semua tengah borak mengenai bola. Hai.., macam SPM dah habis je. Tetiba, datang Muallim Nadhir, ' Banat, sape tengok bola semalam??'. Semua angkat tangan kecuali beberapa orang. Dahsyat, kalau banat macam ni, banin mesti semua tengok.

Malaysia vs Syria

Kali ni, saya tak dapat menonton perlawanan Malaysia vs Syria. Esok exam Physics!!~ Tapi, sempat juga mencelah sekejap. Masa tengah bersemangat study fizik, phone berbunyi menandakan ada sms masuk. Hmm, Bi'ah rupanya. ' Malaysia vs Syria, aish mencabar ', macam tu la sikit ayat dia. Senyuman terukir di bibir. Macam-macam.., sabar je laa. Esok exam Physics, tak boleh main-main. Itulah yang sentiasa menari-nari di minda. ~ Serius

Malaysia vs Bahrin

Ahad. Diorang berlawan malam nie! Esok cuti, tapi ada kelas Kimia. Awal-awal, Malaysia dapat dua gol. Tapi, dalam hati ada juga terlintas, mana tahu, Bahrin akan bangkit. Dan.., apa yang difikirkan itu telah menjadi kenyataan. Malaysia kalah dalam sekelip mata. Life is full of changes. And surprise. And the inexplicable(s).

Hmmm., begitulah. Nak berpesan sedikit untuk diri saya dan teman-teman yang dikasihi kerana Allah, minat tu biarlah berpada-pada. Ingatlah, dalam surah Al-Baqarah ayat 216, kadang-kadang, something yang kita suka tu, buruk sebenarnya untuk kita, dan something yang kita tak suka tu, sebenarnya baik untuk kita. Saya bagi satu analogi yang mudah. Kita sakit. Kita perlu makan ubat. Tapi, kita tak suka. Kenapa? Ubat itu pahit. Ubat yang pahit itu sebenarnya menjadi penawar untuk penyakit kita, dengan izin Allah. Janganlah, hanya kerana bola, kita telah melambatkan solat kita, tidak melakukan suruhan ibubapa, senang nak kata, jangan samapai kita abaikan tanggungjawab kita.

^_^

Friday, November 4, 2011

Sanah Helwah, ibu~

Hidup ini terlengkap dengan hadirmu
Terima kasih Allah yang mendatangkan ibu
Ku fikir ia tanda kasih-Nya yang mendodoi kalbu
Sukarku tafsirkan tetapi itulah yang berlaku
Kulihat kau amat sederhana ibu
Nasihat-nasihatmu memanah jiwaku
Kadang-kala berjejesan air mata membaca bicaramu
Terasa terjaga dari lena alpa dengan suaramu
Hari ini hari lahirmu
Di pagi negeriku berdoa
Agar Allah sentiasa melimpahkan kasih-Nya tak kunjung putus
Buatmu ibu yang berhati mulus
Orang sibuk dengan dunia mereka
Tapi aku hanya mengingati ini tarikh lahirmu
Dengan tembakan-tembakan doa
Aku sujud kepada Tuhan
Yang memberikanku dikau wahai ibu
Selamat hari lahir
Semoga Allag mencintaimu
Melebihi luas cintaku
Kepadamu wahai ibu


Happy Becoming Birthday, ibu..Tahun ini, ibu sambut hari lahir pada 10 Zulhijjah. Sanah Helwah, ibu!!~

Thursday, November 3, 2011

Just around de corner..

Hey..Hey..Hey..

Setiap Insan
Pasti tersirat cita-cita
Tujuan untuk dicapai
Matlamat untuk digapai
Suatu masa

Sebelas A plus
Diringi keberkatan guru
Menjadi matlamat kami
Impian kami tertinggi
Di SPM

Hey SPM
Kami akan usaha dan usaha
Setiap masa
11 A+ dalam genggaman
Hey SPM
Kita pasti akan ketemu juga...
Nanti

Apa yang penting sekarang ialah
Kesungguhan dalam belajar
Semoga berkat dari guru
Menjadi penyelamat SPM nanti
We can be ourself now finally
Infact that nothing we can be
I wan't the world to see what we
Can be..

p/s : semoga redha dari Allah dan ibu bapa juga dapat menajdi penyelamat kita nanti..Guys, SPm just around de corner, Good luck for all SPM's candidates 2011, batch '94 and my beloved sahabat, 7th Generation of Al-Amin Kemaman..May Allah bless us !~ Moga dipermudahkan segalanya...

Ya Allah, berikanlah kami ketenangan dan kemudahn dalam menjawab soalan-soalan SPM 2011 bermula 14 November 2011 hingga 13 Disember 2011. Sesungguhnya engkau maha pemurah. Berikanlah kepada kami apa yang terbaik buat kami agar mampu membuat kedua-dua ibu bapa kami tersenyum. Bantulah kami, mudahkanlah apa yang susah, ilhamkan apa yang kabur, tenangkan jika gelisah. Moga usaha kami diberkatimu dan beroleh kejayaan yang cemerlang. Ameen~

p/s :

~ Sanah Helwah kepada Amalina bt. Ehwan, sori tak sempat nak wish awal.

~ Happy becoming birthday kepada Nurul Farhana bt. Sazalli, tahun nie anti sambut birthday masa first SPM. Gud luck,sis!!~

~ Happy becoming befday juga kepada Syaza Nadiah bt. Bahrin, ^_^

Friday, October 28, 2011

Hari Kokurikulum 2011

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat illahi kerana masih diberi peluang untuk menjadi hambanya di muka bumi ini. Pagi tadi mendapat berita, Kak Ain sekeluarga ditimpa kemalangan. Adiknya yang juga merupakan junior saya dan ibunya telah pergi menghadap Illahi. Moga Kak Ain dan keluarga bersabar dengan segala dugaan yang menimpa.
‎"Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata 'inna lillahi wa inna ilaihi raji'un'" (2:155-156) tabah ye Kak Ain, Allah knows best.
Ukhti Syaza

Okey, berbalik kepada tajuk di atas..Hmm..Pada tanggal 27 Oktober 2011 bersamaan hari Khamis, telah diadakan Hari Kokurikulum yang bertempat di SMI Al-Amin Kemaman. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.

Terdapat empat kelab yang membuat pameran. Antaranya, Kelab Multimedia ( kelab saya tue), Kelab Sains Sosial, Kelab Kebudayaan, Kelab Seni Kreatif dan Kelab Casa Minda Crew ataupun lebih popular dipanggil Kelab CMC. Kelab Multimedia dan Kelab Sains Sosial ditempatkan di bengkel. Dan yang lagi 3 kelab ditempatkan di makmal. Ha..sebelum terlupa, nak ucapkan tahniah kepada ahli kelab cmc kerana telah menerima ramai pengunjung. Good. Meriah sangat. Semua kelab mempunyai aktivitinya tersendiri.

Pada Hari Kokurikulum ini juga telah diadakan pelbagai perlawanan. Nama pun kokurikulum. Tak sah kalau tak ada permainan. Antaranya ialah bola jaring, futsal, ping pong, bola tampar, dan badminton. Saya banyak meluangkan masa untuk perlawanan bola jaring sebab saya pun berlawan juga. Hmm..hehe..sebab tu la gambar banyak kat permainan bola jaring jea..Ish..ish..tak adil betul. Maaflah ye, tak sempat nak pergi mana-mana sangat pun, lepas habis satu perlawanan, saya kena jadi penjaga masa pula, lepas tu kena berlawan lagi.

Pengadil untuk perlawanan bola jaring ialah Cik Norisha atau nama sebenarnya ialah Cik Norihan Shariff. Semua pelajar nampak ceria sangat. Hmm, memanglah, sebab x perlu belajarkan?? Akhir sekali perlawanan ini dimenangi oleh kumpulan Little Caliph dan naib johannya ialah kumpulan Badar ( ha, yang ni kumpulan saya).

Kumpulan Little Caliph dianggotai oleh Syikin, Nasyitah, Izzah, Amalina, Mashitah, Atikah, Ayuni, Farhah, dan Naili Hanani.

Kumpulan Badar dianggotai oleh Fatimah, Marsha, Haziqah, Syaza, Zalilah, Athirah, Amira, Syifa', dan Saidatul.

Maka dengan ini berakhirlah perlawanan bola jaring. Dan selepas itu kami semua pergi ke kelab masing-masing untuk berkemas. Nak pergi makan tengah hari pula~ Acara akhir sekali ialah penutup dan penyampaian hadiah. Tahniah kepada Ukhti Robiatul Adawiyah kerana telah menjadi johan perlawanan badminton. Punyalah sebelum tu saya tanya dia, menang tak. Dengan muka sedihnya dia jawab tak menang. Huhu..Tapi kena bagi star jugak la, dia guna badminton saya, hehe..Apa-apapun, tahniah sekali lagi~

Nama pun budak SPM, lepas majlis penutup tue, kitorang kena naik ke kelas semula, ada kelas Bahasa Arab bersama Muallimah Hayati. Thanx muallimah sebab bagi balik awal. Muallimah hanya suruh buat ayat jea masa kelas petang tu as a latihan. So, siapa yang siap awal boleh balik awal. Jadi, kami yang siap terlebih awal, bukan balik rumah pun. Duduk dalam kelas, ambil gambar. Owh, bercerita mengenai gambar, gambar akan diletakkan dalam entry yang lain pula.

Masa nak balik petang tu, ternampak kereta walid masuk ke perkarangan sekolah. Hmm, nampak kereta walid teringat kat ummi. Ya Allah, lama dah tak contanct dengan ummi. Rindu~ Walid panggil suruh datang kat keretanya. Kami bertukar khabar dan cerita. Hmm, walid datang sekolah sebab nak ambil Farhah. Kenapa ummi tak ikut sekali?? Hmm, balik ni kena hantar sms kat ummi, tanya khabar.

P/s :
~ Saya menunggu entry Ukhti Syaza Nadiah mengenai Hari Kokurikulum coz dia pandai bercerita. Saya x..

~ Al-Fatihah, buat adik dan mak Kak Ain..Semoga Kak Ain sentiasa tabah dan cepat sembuh..

~ Gambar kat entry lain..

Sunday, October 9, 2011

Congratulation, sis !!

Alhamdulillah thumma alhamdulillah, akhirnya kakak dah konvo. Hanya tinggal saya seorang saja lagi. Tahun ini saya kan menduduki SPM. Cuaknya rasa. beberapa hari saja lagi. Ramai tanya, nanti nak ambil jurusan apa. Hmm, dulu saya memang bersemangat nak jadi doktor. Tak tahu kenapa. Sekarang tak semangat sangat nak jadi doktor. Hehehe..

Cerita mengenai konvo, saya gembira sangat. Saya dapat masuk sekali untuk melihat kakak saya kovo di IIUM. Tahniah kakak!! Kakak suruh masuk sekali kat dalam dewan tu, kakak kata biar sedar sikit nak SPM dah. Sepupu saya pun suruh masuk juga. Dia cakap biar bersemangat sikit nak SPM. Memang rasa bersemangat pun, lihat mereka  yang bergembira kerana berjaya menghabiskan pembelajaran.

Tahniah!!~




Thursday, October 6, 2011


Ehem..ehem..testing, 1,2,3..Alhamdulillah,suara semakin okey. Syukur Alhamdulillah, badan semakin bertenaga. Ribuan rasa syukur dipanjatkan kehadrat Illahi kerana menyempatkan saya untuk menghadiri usrah semalam bersama Kak Nazifah. Walaupun masa tu kepala terasa sangat-sangat berpusing, Alhamdulillah sempat bertahan dalam sesi usrah hingga akhirnya. Dan hari ini, demam yang melanda ini semakin kebah. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Esok nak pergi Kuala Lumpur, Insya-Allah, kerana hari Sabtu ini kakak konvo di UIA. Tahniah, sis!

Abang dan kakak dah habis belajar, dan sudah selamat bekerja. Alhamdulillah, abang sekarang ini bekerja di IJN bersama kakak ipar dan kakak bekerja di Petronas. Saya, 14 November 2011 nanti akan menduduki SPM. Ya Allah, berikanlah hambamu ini 11A+ dalam SPM, dan redhailah kehidupan hambamu ini. Moga Allah meberkati kehidupan kami sekelurga. Ameen ~

Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia

By : Devotees


Friday, September 30, 2011

Hampir~

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Illahi kerana diberi peluang dan ruang untuk meneruskan kehidupan di muka bumi yang penuh dengan dugaan ini. Hmm.., hanya tinggal bebrapa hari lagi untuk kami pelajar SPM bertungkus-lumus untuk belajar, bukan hanya untuk menggapai 11A+ dalam SPM, tetapi belajar untuk mendapat redha Allah. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa jantung ini rasa berdebar apabila setiap kali mata jatuh pada tulisan pada papan putih di dalam kelas yang menunjukkan bahawa SPM semakin hampir. 

Memang tak ada yang senang macam SPM
Tapi yang lebih senang banyak ~
Memang tak akan berjaya tanpa usaha
Jika usaha pasti berjaya ~

Maka tak perlu kami susah hati
Banyak murabbi yang mengajar kami
Untuk SPM kali ini ~

Memang tak ada yang menang
Tanpa sebarang strategi mantap
Memang kami dah sedia untuk periksa
Kalau tak sedia nak exam camner?

Ce royak gok sket ~

Oo guru-guru
Jangan kau bimbang dengan kami semua
Kami selalu usaha
Kami amalkan doa
Apa yang lebih penting
Kami praktis tawakkal
Oo semua
Maafkanlah segala silap kami semua
Berjya kami mahu
Tapi dengan berkatmu
Doakan kami menjadi Batch Seventh yang terulung

p/s : Hasil rekaan banin (pelajar lelaki) kelas kami..


Doakan kami semua agar berjaya didunia dan akhirat... 

Thursday, September 29, 2011

Candidate SPM beraya~

27 September 2011 yang lepas, telah diadakan jamuan hari raya di Sekolah Menengah Islam Al-Amin Kemaman..














Rindu~

Apabila tangan terasa rajin untuk membelek album zaman sekolah rendah, mata tetiba jatuh pada sekeping gambar. Saat menatap gambar tersebut, perasaan rindu mula terhasil. Rindu akan kenangan zaman sekolah rendah. Rindu kepada sahabat-sahabat masa zaman sekolah rendah. Rindunya... Rindu juga kepada muallim dan muallimah di sekolah rendah. Sekarang kami semua sudah mencapai umur 17 tahun. Dah besar rupanya~


Hari rabu baru-baru ini, sambil-sambil tunggu Usrah nak start saya dan junior, Amirah Ramli bersembang sambil bercerita kisah-kisan zaman sekolah rendah kami. Rindunya saat itu. 

~ Moga Allah pertemukan lagi kami semua suatu hari nanti...Insya-Allah..

May last till Jannah~

Thursday, September 8, 2011

Hlovate

You wonder
Is it an angel or yet
Maybe a sweet dream that you can't forget
So close yet far-fetched
Causing you to float on the line
Between reality and fantasy

Haunted the nightmares
Created the ecstasy
Hlovate - oh poisonous honey
Love and hate
Driving me crazy

The poison ivy of Venus
Killing with venom so sweet
You're losing your head
Don't want it yet  it keeps haunting
Losing yourself in the suffocating mist

The blind arrows of
Piercing cold ice and warm melting heart
Tearing me apart

P/s : Gara-gara baca novel Hlovate ~

Monday, September 5, 2011

Hard Time Come Easy

It's amazing
We go through changes
When times get crazy
It's up and down, it's hot and cold


* Sungguh. Masa tu boleh membawa seribu perubahan bermacam gaya

These complications
Just keep on coming
There ain't no running
When it comes to life
That's how it goes

* Sebab kehidupan ini tak adanya pernah sunyi dari segala macam benda susah senang, serba-serbi cukup nak bagi hidup ini penuh warna-warni..

Round and round we go
Sometimes it feels like
We're on a roller coaster ride

* Dan tak ada benda yang predictable dalam hidup ini

Baby don't you know
It could eat you up
If you try to keep it all inside


Seems like hard times come easy
We do a lot of hanging on these days
But the heart finds a reason
And love always seems to find a way
Even if it hurts
Even if it hurts us baby

* Hari-hari riang ini makin berkurang kini bilah bilangannya. Jangan difikirkan sekarang benda berat yang akan bertandang. Hard times come easy. Indeed..

P/s : Hmmm..saya dedikasikan khas entry kali ini kepada sahabat saya, Izzah Nasirah bt. Rosli..Uhibbukifillahi jiddan jiddan..

Saturday, September 3, 2011

Raya 2011 - Part 2

Pejam celik, pejam celik, sekejap sahaja rasanya bulan Ramadhan. Rasa sedih sangat. Maka tibalah hari kemenangan untuk orang- orang Islam.

1 Syawal

Salam Aidulfitri !!. Pagi-pagi lagi semua sudah bangun. Achik sibuk menghantar nasi impit dan kuahnya serta pulut kuning ke rumah saya. Memang setiap tahun pada setiap kali hari raya, achik akan buat nasi impit dan kuahnya serta pulut kuning. Ibu pula akan membuat kuah daging, ayam masak merah dan lain-lain. Ibu juga menempah sate untuk hari raya. Selepas semua orang balik dari solat hari raya Aidilfitri, kami menunggu kepulangan ibu dan ayah dari surau. Apabila mereka sampai, kami beratur untuk bersalaman antara satu sama lain sekali gus memohon kemaafan. Kakak dah awal-awal lagi mengeluarkan kamera DSLRnya. Ada yang mencadangkan agar mengambil gambar keluarga. Akhirnya semua ke ruang tamu untuk bergambar. Kakak as a photographer pun menjalankan tanggungjawabnya.

Nur Jannah Raihah
Nur Jannah Shaurah, Nur Jannah Humairah, Nur Jannah Najihah
Usrati
Hasbullah membuat muka comel









Selepas kami bergambar sakan, ramai tetamu yang datang ke rumah saya untuk beraya. Saya rasa sebelum ini tidaklah tetamu ramai seperti ini yang datang beraya pada 1 syawal. Tidak mengapa, tetamu mebawa rahmat.

2 Syawal

Hari ini, saya dan kelurga pergi beraya ke Paka dan Dungun. Kami beraya di rumah kelurga sebelah ibu. Kami pulang ke rumah semula pada waktu petang.

3 Syawal


Hari ini kami beraya di Kuantan. Sampai sahaja di Kuantan, kami menuju ke Hospital Tengku Ampuan Afzan  untuk melawat Pak Ngah di sana. Selepas itu, saya pergi ke rumah Dr Fahmi as known as sepupu saya. Selepas makan tengah hari di sana, kami pergi ke rumah seorang lagi sepupu saya. Seterusnya kami pulang ke rumah dan kami tiba lebih kurang dalam pukul 8 malam. Setibanya kami di rumah, sebenarnya kami menerima tetamu iaitu adik ipar sepupu saya. Ibu mengajaknya bermalam di rumah. 

4 Syawal

Hari ini rumah penuh dengan orang. 3 orang sepupu saya bersama ahli kelurga mereka datang untuk beraya. 
Ibu memasak Nasi Beriani untuk makan tengah hari.

Nurhaziqah.Mz said : Alhamdulillah, saya suka sangat raya tahun ini. Meriah. Tali kekeluargaan semakin rapat bersimpul. Syukur kepada Yang Maha Berkuasa.

Raya 2011 - Part 1

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi diberikan peluang untuk menghirup udara di muka bumi Allah dan masih lagi berpeluang untuk berkumpul bersama-sama keluarga pada hari raya yang penuh keberkatan ini. Saya suka sangat hari raya pada tahun ini. Rasa begitu meriah. Tahun ini, seperti biasa saya hanya beraya di Kerteh. Hal ini kerana sepupu-sepupu dan pak cik akan balik beraya di sini. Macam-macam ragam dan cerita yang berlaku sebelum dan selepas raya.

28 Ramadhan

Pada hari ini, sepupu dan pak cik saya sampai di rumah. Mereka akan beraya di sini. Rumah menjadi begitu meriah. Bila tiba waktu berbuka puasa, dapur rumah yang bagi saya luas menjadi sempit. Bayangkanlah. Saya, kakak dan ramai lagi tidak menang tangan untuk menghidang juadah berbuka puasa. Selepas berbuka, tibalah pula sesi mengemas. Ibu dah start memberi arahan. " Okay, sesiapa yang ada anak tak perlu tolong mengemas. boleh naik atas". " Alamak! Mana aci..". Jadi tinggallah beberapa orang sahaja di dapur.

29 Ramadhan

Hari ini, saya menanti kedatangan seorang sahabat yang sangat dirindui. Tapi sayang, kita merancang. Allah pun merancang. Tapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Sahabat saya tak dapat singgah rumah saya kerana bimbang lewat sampai kampungnya di Kelantan. Jadi, kakak mengajak saya keluar untuk shopping. Sepupu dan kakak ipar dah pesan supaya tolong belikan tudung. Jadi kami pun pergi ke Paka untuk mencari tudung. Di sini susah sedikit untuk mencari tudung labuh. Sambil berjalan-jalan mencari kedai tudung, saya sempat lagi menemani kakak membeli baju untuk anak-anak sepupu. Selepas pergi ke Paka, kami menuju pula ke Mesra Mall. Kami sampai rumah lebih kurang dalam pukul 7 malam. Itu pun ibu dah marah masa call ibu. Pada malam nya, Jiran-jiran dah sibuk bermain mercun. Ibu dah warning awal-awal dekat abang agar jangan marah diorang.  Abang cuma bising saja sebab diorang mengganggu Raihah nak tidur. Dalam pukul 10 atau 11 lebih saya dan abang baru bermula mengemas rumah. Senang sikit kemas rumah pada waktu malam sebab semua orang dah tidur, jadi tidak ada orang nak mencipta kekotoran dah. 






Sunday, August 28, 2011

Eid Said !!~


Allah is the Greatest, Allah is the Greatest.
There is no God but Allah, Allah is the Greatest.
Allah is the Greatest and all praise belongs to Allah.

The sound of Takbeer ( to glorify Allah s.w.t ) enchoes in the air to mark the end of Ramadhan, The prophet s.a.w has commanded the entire Muslim community to head out and perform the Eid solat in the morning. Eid solat is highly recommended to be performed in an open space ( and the menstruating women are also ordered to attend and listen to the khutbah ). Let us refrain from carrying out activities that would downgrade the rewards of Ramadhan. The Prophet s.a.w encouraged his people to perform the takbeer and praises to Allah s.w.t from the eve of Eid to before the start of  Eid prayers the following day. Takbeer can be performed either standing, sitting or lying down.

When the Prophet s.a.w and Sahabah r.a meet each other on the morning of Eid, they say :

" May Allah s.w.t accept from us good deeds and yours"

(Ahmad)

Wishing You a Joyful & Blessed Eid !!

Iftar Batch 7 ~ 2011 ~

Alhamdulillah, kita sekarang sudah menjejak 26 Ramadhan 1432 H iaitu semester terakhir untuk graduan taqwa. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kerana Allah memudahkan segala perjalanan saya pada bulan Ramadhan ini. Percubaan SPM sudah melabuhkan tirainya, hanya menunggu keputusan sahaja plus berdoa. Sekarang tumpu sepenuh perhatian kepada Ramadhan iaitu bulan beribadat. Takkan kita nak mensia-siakan hari-hari terakhir ini. Kita tidak tahu adakah kita akan berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan pada tahun hadapan. Kita tidak tahu perancangan Allah.

Pada 24 Ramadhan baru-baru ini, telah diadakan iftar di rumah seorang sahabat kami. Alhamdulillah, semua Batch 7 dapat menyertai cuma 3 orang sahaja tak datang. Ukhuwwah kami makin erat terikat disini.

Sebelum Berbuka

Alamak! Gambar terbalik!!

Selepas berbuka

Selepas solat terawikh 
Selepas majlis penutup L4RMJ


Alhamdulillah, boleh dikatakan Iftar kali ini berjaya dengan izin Allah...

p/s : Sebenarnya banyak lagi gambar, tapi biarlah yang ini sahaja...






Sunday, May 15, 2011

Sweet Seventeen


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang melimpahkan rahmat yang tidak terhingga. Hari ini genaplah umur saya 17 tahun. Terima kasih kepada keluarga,guru-guru dan sahabat handai yang mengucapkan Selamat Hari Lahir. Dalam gembira menyambut hari lahir, terdetik juga ketakutan dalam diri. Kenapa? Tidakkah kita sedar, setiap kali kita menyambut hari lahir, setiap kali itulah ajal kita semakin dekat. Itulah yang merisaukan saya. Bukan takut untuk berjumpa Allah. Malah gembira untuk bertemu denganNya. Tapi, sudah cukup dan memadaikah amalan yang telah saya lakukan sepanjang kehidupan saya dimuka bumi ini. Sudah dapatkah amalan saya men'cover' segala kesilapan dan dosa yang saya lakukan dimuka bumi ini? Itulah persoalan yang saya takutkan..
Apa-apa pun, saya sangat gembira dan berterima kasih kepada semua yang meng'wish' saya.  Dan bebanyak terima kasih kepada yang telah mendoakan saya pada hari ini. Itulah kegembiraan saya. Tidak saya minta hadiah yang banyak dan mahal, tidak saya minta ucapan yang bertimbun-timbun. Saya hanya minta doa dari kalian, tetapi terima kasih atas segalanya. Semoga Allah merahmati kalian. Terima kasih, syukran, thank you, arigato', kamsahamida, spasiba balshoii, grazie,.....
Selamat Hari Lahir kepada sahabat saya, Hazimah binti Ariffin. Hari lahir kita sama, ya Ukhti...Tapi perangai kita berbeza. Hehe.. Moga Allah merahmatimu..


Tidak mulut bermain kata, jika hati tidak menurutinya
Tidak hati rasa gembira, jika tidak kena harinya

Seperti tercatat pada Sijil Kelahiran
dengan waktunya pada jam 7.24 pagi
Maka ini harinya
HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN AKU
Seperti pertanyaan klise
Apa yang dihajati pada Hari Lahirmu?
Aku cuma mahu kehidupan yang aman, selesa dan diberkati
Punyai rasa hati yang menyayangi
Merasa diri disayangi
Berkesempatan melihat ummah yang terislah
Ketenangan dalam hidup yang seterusnya
Terima kasih ibu!
kerana melahirkan aku
Terima kasih Allah!
kerana memberi kehidupan ini kepada aku
Sudah banyak tahun jumlah hari lahir yang ku lalui
Sudah banyak cerita disebaliknya ku tempuhi
Di usia sebegini, aku tidak mahu apa-apa lagi
Seperti pepatah Buya Hamka,
Tidak usah kami diberi kata,
Dipakai kata akan luntur,
Susah kami diberi nasi,
Dimakan nasi akan habis,
Berilah kami hati yang suci, muka jernih,
Budi baik dibawa mati…






Friday, March 25, 2011

Abi...,Aidul MIlad Said...!!~



Dear beloved ayah,

Andai ayah belum pernah mendengar
Ucapan terima kasihku…
Ketahuilah doaku ini,
Semoga Allah menyayangimu
Seperti mana ayah mengasihi ku
Dari dulu hingga kini untuk selama-lamanya…
Selamat Hari Lahir
Moga diberi ketenangan hati..,kelapangan fikiran..
Serta rahmat Tuhan semesta alam…

Aidul Milad Said...!!

Wednesday, March 9, 2011

SMI Al-Amin Kemaman..


Di sini..,
Banyak yang telah kami pelajari
Belajar untuk berdikari,tabah
Rasa sabar yang menggunung jadi peneman
Kasih sayang yang tertumpah buat teman-teman
Juga rasa sakit apabila dikhianati,diguris
perasaan dan disisihkan...
Jad kami harus membawa pulang sesuatu
'Ole-ole' dari bumi Al-Amin
Sesuatu yang sangat berharga bernama
'KejAYaaN'


Thursday, February 17, 2011

Syair Indah Taman-Taman Ikhwanul Muslimin...

Di tengah-tengah ranjau kehidupan..kembang sekuntum bunga..
Di tengah-tengah kegersangan padang pasir..tumbuh sepohon pokok..
Di tengah-tengah malam yang gelap-gulita...ia menyalakan sebatang lilin...

Itulah dia..
Sekuntum bunga..memberi kepada manusia manis madunya ketika mereka mengerumuninya...
Sepohon pokok...yang memberikan buah-buahnya yang ranum ketika mana mereka lontarkannya batu...
Sebatang lilin...yang membakar dirinya supaya ia menerangi buat manusia kehidupan mereka...





 

Friday, February 4, 2011

My visit to South Korea...

'Anneyong haseyo!',,The greeting that I learned from a pocket dictionary of Korean language is now playing on the lips once we stepped out from Korean Airlines plane.The runway space of Incheon International Airport been covered with white mist.Thus the exhaustion of 6 hours and 30 minutes journey seems to fade away when we inhaled the morning air of South Korea..

Initially, I conceived the beautiful flowering landscape along the way from the airport to Seoul city.So long as,the first description was apparently different when a row of apertments and paddy fields decorate our journey from Incheon to Seoul.A lot of sakura trees along highway the only living branch.The trees usually bloom in late March until early April.It seemed that we were 2 weeks late.






Before departing to Jeju Island that located in the Southern mainland South Korea,we visited some interesting places such as Korean National Folk Museum,Gyeongbok Palace,and Presidential Blue House.The presindental Blue House is the residental area of Korean Presiden which also known as White House.Vehicles are not allowed to stop at the residental area and also cannot capture any pictures.





In the late afternoon,my family and I went to Jeju Island which known as 'paradise honeymoon' among the local population.I smiled when seeing young couple dressed alike and holding hands went out from plane.Dizzy rain welcomed us in Jeju Island.Before we have our dinner and check in to Hotel Robero,we stopped at Yongduam Rock (Dragin Head Rock),an area of rocks which formed like a 'dragon' at beach.Dark night does not prevent us from taking pictures against a background of the 'dragon'.The digital camera in hand become our best friend.









In the next day,we went back to the mainland of South Korea.We continue to go to the shooting locations of Jewel in the Palace in Studio Filming MBC and Winter Sonata directly embedded in the hearts of visitors since at each corner it was emblozoned with signs that the romantic scenes are recorded there.In Nami Island,I have managed to take hundreds of picturea of sakura trees.









 We spent the night at Daemyung Resort,Mount Sorak.I had the opportunity to experience sleeping on the floor which the Korean people's tradition.On the next day,the journet continued to Seoraksan National park,Daepohang Fish Market and stopped a while at one the location which is the Autumn in my herat's drama scene before heading to a Ski Resort,Vivaldi Park.





One of place that cannot be forgotten is Everland Park.It is theme park that also known as disneyland which belongs to Samsung.Activities in Seoul is different from the activities inthe places that we visited.There are many interesting places that we have visited but now what we are waiting for is the shopping agenda at Daemdayung and Myeong Dung Complex which almost ten times greater than Petaling Street.



On the last day in Seoul,we feel reluctant to return to Malaysia.We feel short of time elapsed.It is that sure,the spring fragrance of South Korea will continue to remmebered in our mind.I hope to come again in the coming winter.Dasi Mannagilo,Korea!...