Friday, December 21, 2012

2012 ----> 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

Eh, jap nak tengok kalendar. Dah hampir ke penghujung tahun rupanya. Pejam celik, pejam celik sekejap sahaja masa berlalu. Adakah kita menggunakan masa yang diberi dengan sebaiknya? Muhasabah jap.

Banyak perkara telah dilakukan sepanjang tahun ini. Moga Allah redha dengan semua apa yang dilakukan.

Bulan satu hatta bulan tujuh, banyak menghabiskan masa di rumah, menjaga Mr. bubul. Juga, banyak menghabiskan masa dengan menyertai program. Happy circle. Ohsem!

Bulan tujuh hatta bulan sepuluh, berjuang menuntut ilmu di medan KIPSAS sebagai salah seorang pelajar dari Jabatan Bahasa Arab. Mengenali ramai manusia yang bermacam ragam. Mengenali mereka yang sumpah baik dan ohsem [siapa makan gula, dia akan terasa manisnya].

Bulan sepuluh hatta detik ini, cuti sem. Duduk di rumah. Menghabiskan masa bersama keluarga tersayang. Ini memang best.

Next week, meninggalkan family untuk berjuang di medan ilmu. Moga Allah tetapkan hati agar menuntut ilmu kerana Allah.

2012, banyak suka duka yang diharungi. melatih diri menjadi seorang yang lebih dewasa dan matang, insyaAllah.

May Allah bless!

KBM


Happy Circle!
Family
KIPSAS

Journey.



life is a journey
a journey for you and me
it may be bitter
it may be honey
the path may be differ
but end always near

life is a journey
think wisely
choose carefully
live happily
as tomorrow will never be

life is journey
for a human like me
in seeking the pleasure of Allahu Rabbi

everyone, have a safe journey ahead!

From A.

Thursday, December 6, 2012

*random*



We come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly.

Like when a person says, 'your imperfections make you perfect to me.' It is beauty that attracts only the eyes. But personality attracts the heart.

*random

Friday, November 9, 2012

V3 - Kek Coklat

ehem. =]

bismillahirrahmanirrahim.

senyum. sapa. salam.

Telah sekian lama saya mencari masa untuk menyentuh perkara ini. senyum. sapa. salam. Alhamdulillah, saudara qawiem khairi telah berjaya menyentuh tentang perkara ini dengan begitu menarik. =]

so, jom enjoy tengok video ini!




jom muhasabah!

ayuh, bersama-sama kita praktikkan senyum, sapa, salam. paling kurang pun, jika susah sangat nak sapa dan salam, alangkah bagusnya jika kita boleh senyum. senyumkan sedekah. tak susah pun.

jom test senyum. jom kita sebut : SATU. DUA. TIGA. Ha! kan lebar kita senyum. =]




Sunday, November 4, 2012

Sayang, Islam itu M.U.D.A.H

Alhamdulillah, thumma alhamdulillah.


Saya pernah ditanya oleh beberapa orang adik-adik yang comel.

'Akak, boleh ke solat macam tu?' [ sambil tunjuk kepada sahabat saya yang solat tidak memakai kain sembahyang also known as telekong]

'Boleh.' [sambil tersenyum]

Kita sering mendengar seseorang sukar untuk menunaikan solat kerana tidak membawa kain sembahyang. Sayang, Islam itu mudah. Hatta dalam perkara wajib seperti solat, Allah masih ingin memudahkan hambanya. Ramai meletakkan bahawa syarat wajib nak solat, kena ada kain sembahyang.

Saya pernah alami. Bila saya solat tidak memakai kain sembahyang, ada segelintir masyarakat yang memandang pelik. Tidak mengapa untuk tidak memakai kain sembahyang. Hanya sekadar kita menutup aurat mengikut syarak itu sudah cukup untuk kita menunaikan solat. Dan, sudah tentu pakaian yang dipakai mestilah bersih daripada najis. ^^

Tutuplah aurat dengan sempurna. Memakai baju yang longgar dan tidak jarang. Memakai tudung yang labuh.  Memakai handsock dan stoking. Aurat wanita semasa solat, sama sahaja dengan aurat wanita ketika berada dengan lelaki ajnabi. So, sah je solat kita kalau kita ikut syarat-syarat menutup aurat. Betul tak?

okeh. nak share sikit tentang kesalahan dalam menutup aurat.


Senangkan? Islam itu mudah.

p/s: silakan jika ingin menambah.

Yang baik datang dari Allah, yang kurang datang dari diri saya sendiri. asif jiddan. :)





Thursday, August 16, 2012

Selamat tiggal zaman bujang !

alhamdulillah. dah nak dekat sebulan saya meninggalkan zaman bujang, zaman goyang kaki, zaman bersantai-santai.

Finally, saya masuk Sultan Ahmad Shah Pahang Islamic College a.k.a KIPSAS. [erk. rasa macam tak pandai bercerita la pulak. hemtam je la ye]



23 Julai 2012. saya daftar + menjadi warga KIPSAS. Alhamdulillah, saya dapat satu bilik dengan dayana a.k.a my classmate masa zaman sekolah menengah. Now, sebilik dengan dayana, katil bersebelahan, satu grup dengan dia, satu kelas dengan dia. memang BEST !


Memang dah rancang awal-awal untuk daftar hostel sama-sama. hihi. And, give thanks to Allah again, saya dapat roomate yang best. Kitorang tak macam pelajar-pelajar lain. Kitorang dapat bangunan Mawaddah. Bangunan ni macam apartment yang ada 4 bilik, 3 tandas, ruang tamu, dapur. saya dapat bilik 6 orang siap ada tandas. bilik ni besar sikit dari bilik yang lain. Alhamdulillah.

Yana, Kynah [pekan], UUna [selangor], Zimah [seremban], Az [sabah], Cheetah [Pahang], Wan [terengganu] ~ mereka BEST.




Bangunan Mawaddah. Sebelah bangunan ni asrama lelaki,
depan pun asrama lelaki. Alhamdulillah banyak pokok. sangat kena jaga aurat.

untuk masa lapang.
For intake July, dalam 5 orang [termasuk saya] je yang ambil Diploma Bahasa Arab dan Komunikasi. Dan dalam 4 orang yang ambil Diploma Pengkhususan Bahasa Arab dan Tamadun Islam. Setiap hari Khamis, budak-budak bahasa arab akan ada kelas intensif bahasa arab [kiba]. mula-mula masuk kelas ni, ternganga la jugak. why? semua orang cakap bahasa arab. nasib baik faham. so, from now, kena la berusaha lebih kuat untuk bercakap seperti mereka.

dan.. rasa pelik juga tiba-tiba dapat subjek sikit. sebab kat sekolah belajar banyak subjek. My subjects is Tahfiz I, Bahasa Arab I, Pengajian Islam, Fiqh Ibadah, Aqidah Islamiah, English, Komputer. Dan kalau tak silap saya, hanya ada 17 jam kredit. But for us, intake july, kitorang kena berusaha lebih sikit. kejar silibus. dalam bulan 10 kitorang final exam.

Alhamdulillah, bersyukur sangat because tercampak kat bumi Al-Amin. semua yang saya belajar sekarang, semuanya telah saya belajar di Al-Amin. 

bangunan sekolah pengajian islam
Bangunan sekolah pengajian pengurusan.
sampai disini je la kut. nanti-nanti saya cerita lagi. :)

p/s : 

-hmm.. gambar-gambar banyak ada dalam my wajhul kitab. 
- harap belum terlambat nak wish selamat berpuasa.
- harap tidak terlalu awal untuk wish selamat hari raya.
- pray for me. moga Allah mudahkan segalanya. May Allah bless us ! :)

Thursday, July 12, 2012

budak-budak comel ~

hmm, hari ni saja nak kongsi gambar budak dua orang ni. My anak buah.

Masa ni sambut befday depa berdua , sorang 1 tahun, sorang lagi 3 tahun.

tersangatlah suka this picture!
Nur Jannah raihah
Hasbullah




May Allah bless~

Saturday, July 7, 2012

Leave you in Allah's care ~

Alhamdulillah. Kali kedua membuat projek menulis entry baru pada tengah malam macam ni.

Alhamdulillah. Allah masih memberi kesempatan kepada kami sekeluarga untuk menyambut ulangtahun kelahiran Hasbullah. Begitu pantas masa berlalu. tak percaya. ini lah dua perkataan yang sering kawan-kawan saya cakap.

Hasbullah membesar dihadapan mata mereka. Apatah lagi, kami yang menjaganya. Pejam celik, pejam celik, hari ini genap tiga tahun umur Hasbullah. Alhamdulillah, kami boleh menyayanginya seperti our own family [He is an adopted child, tapi tak pernah anggap macam tu].

Saya kekadang seperti menyayanginya lebih daripada my own anak buah. He is our family bermula dari hari pertama kami mengambilnya. Dah anggap seperti anak sendiri. Kalau orang tanya, saya akan jawab, 'anak saya.' ^^ Saya salah seorang ummi dia. Alhamdulillah, dia ada ramai ummi. Hamdalah.


genap 1 tahun ~


genap 2 tahun ~


Dan.., tahun ini, hasbullah menyambut ulangtahun kelahirannya bergandingan dengan Raihah [anak abang].

Birthday girl [6 julai] and birthday boy [7 julai]

love you both. leave you in Allah's care.
Alhamdulillah. Moga keduanya membesar menjadi insan yang memperjuangkan agama Allah, dapat berbakti kepada family dan masyarakat.

* **

tidak kurang 13 hari lagi kita bakal menyambut ketibaan Ramadhan. Sudah bersediakah kita? 

Yuk, mempersiapkan diri untuk beramal pada bulan yang penuh barakah ini.

Bittaufik wa najah. 

May Allah bless. ^^






Friday, July 6, 2012

Terima kasih Murabbi !!


Hamdalah..

Sejuk mata apabila memandang wajah-wajah yang disayangi. Wajah-wajah yang telah banyak berkorban. Wajah-wajah yang mempunyai hati-hati bersih. Wajah-wajah yang telah banyak mencurahkan ilmu dunia dan akhirat. Wajah-wajah yang telah mentarbiyyah kami. Siapakah pemilik wajah-wajah itu? Murabbi tercinta.

Ramai yang telah melangkah ke alam baru setelah meninggalkan alam persekolahan. Dan, kami yang bakal mengikuti langkah mereka menjejakkan kaki ke sekolah tercinta.

Hamdalah, betul kata Muallimah Hayati disaat diri ini mengkhabarkan keinginan untuk menjejakkan kaki di bumi al-amin. Ziarah warga SMIAAK. ' Mari je la. Mungkin awak akan mendapatkan sesuatu.' Tertanya-tanya juga, apa 'sesuatu' itu.

Memang betul kami mendapat 'sesuatu'. Sesuatu yang sangat berharga. N.A.S.I.H.A.T.



Banyak nasihat yang sangat berguna. Nasihatnya berbunyi seperti ini. Jeng jeng jeng. [diolah mengikut cara Nurhaziqah.mz and the gang]

- Bila kita belajar, kalau kita tak faham, jangan terus tutup buku [putus asa]. Berusaha juga untuk memahami pembelajaran kita. Dan, jangan kedekut ilmu. Ajar juga kepada orang lain. Biar pun orang kata kita sombong, kongsi ilmu kita dengan orang lain. Cari orang untuk kita berkongsi ilmu.

- Kita belajar ni memerlukan hati yang bersih, insyaAllah senang nak serap apa yang kita belajar. Pastikan kita minat apa kos yang kita ambil. Barulah kita akan belajar dengan ikhlas dan mudah untuk proses pembelajaran.

- Kita ni kena pandai jaga diri. Biarlah kawan-kawan kita kat sana biasa buat benda bukan-bukan. Kita tak biasa. Guna segala tarbiyyah yang kita dapat dari al-amin. Jangan sibuk nak bercinta.

- Tunjukkan kepada orang luar bahawa kita ini student al-amin. Tunjukkan akhlak al-amin.

- Kalau nak bercinta, jangan bercinta. Kahwin terus. Kalau nak berkahwin, bagi tahu ana !

- Belajar betul-betul. Jangan sibuk nak mencari calon.

Hmm, hamdalah, sedikit sebanyak yang dapat dikongsi. Segala nasihat yang diberikan kepada kami.

Alhamdulillah, alhamdulillah. ^^

Thursday, July 5, 2012

Soul Note ~



hati bila terpaut pada manusia semata
maka mana ruang untuk Allah?

kamu suka dia kerana apa sebenarnya?
benarkah kerana agamanya?
kalau kerana agama, mengapa begini?

jangan dilayan perasaan
tapi jangan disekat fitrah
cuba untuk mengawal fitrah
jangan sampai jadi fitnah
tapi sebenarnya bagaimana?

cinta itu menguatkan, bukan melemahkan
menguatkan tautan hati pada Allah
menguatkan iman
mendekatkan diri pada Allah

itu cinta atas iman
bukan atas nafsu semata

jangan ditanya mengapa aku menyepi
aku pergi mengukuhkan cintaku
dengan menguatkan iman
dengan menjaga batasan

kerana cintaku padamu
cinta kerana Allah
bukan kerana nafsu sahaja

bila aku rindu
bukan kau yang aku cari
tapi aku cari ALLAH

biar engkau tidak membalas cintaku
aku tidak akan kecewa
kerana sebenar-benar cintaku
ialah cinta kepada Penciptamu


# MADE BY HER mrs. N :))

Sunday, May 20, 2012

Mereka memang best!

Alhamdulillah thumma alhamdulillah.
I am 18 years and 5 days old. Sudah dewasa ya! Anak bongsu ibu dan ayah dah 18 tahun. Adik abang dan kakak dah dewasa. ^^

Alhamdulillah, Allah masih memberi ruang dan peluang untuk saya mengabdikan diri kepadaNya. hamdalah. Allah mengurniakan manusia-manusia yang awesome, best, baik, penyayang, dan etc [ aigoo, sukar diungkapkan] ~

Saya pernah terfikir. Masa tu form 5. Saya fikir, nanti bila dah tamat sekolah, mesti tak best. Kenapa? Saya bakal berjauhan dengan sahabat-sahabat yang haybat, murabbi yang awesome.

Tapi, saya pujuk balik diri saya. Tak apa, saya masih lagi memiliki ayah ibu yang awesome, abang dan kakak yang haybat, family yang best~ ^^

Tahun ini, 2012. Saya dikurniakan sebuah family yang best! Alhamdulillah. Walaupun kami tiada pertalian darah, tapi, kami ada pertalian ukhuwwah.

Ahli-ahli family ni sangatlah unik. Mereka datang dari latar belakang yang berbeza. Tapi, mereka berkumpul untuk tujuan yang satu. ^^  Walaupun baru kenal mereka, saya dapat rasakan kemesraan mereka sebagai keluarga. Dalam keluarga ni, saya ada parents, abang dan kakak yang ramai.

Parents yang mantop : walid dan ummi

Abang-abang yang haybat : Bro sufi, Bro Aliff, Bro mat, Bro Zizan, Bro Rahim, Bro Mustaqim, Bro Abdul Rahman, Bro Saiful, Bro Hafiz, Bro Izzat, dan etc

Kakak-kakak yang awesome : Sis as [my sister], Sis Ijam, Sis Farina, Sis Solihah, Sis Norly, Sis Umisya, Sis Che Nur, Sis Gi, Sis Na, Sis Su, Sis Radia, Sis Aini, dan etc

Inilah dia family KBM yang best! Saya jauh dengan sahabat-sahabat dan murabbi sekolah saya. Tapi, saya dapat mereka ini. Saya dikurniakan lagi sebuah family yang best.

Give thanks to Allah. Terima kasih kerana mengurniakan family KBM Terengganu.

Terima Kasih kepada mereka kerana menerima saya menjadi salah seorang keluarga mereka, menjadi adik mereka.

Semoga kita temasuk di dalam golongan sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah..bernaung di bawah naungan Allah di mahsyar kelak, Ameen!





Monday, May 7, 2012

Hikmah yang tersirat~

Hari ni, banyak kali tahan air mata daripada mengalir. Penat sebenarnya tahan air mata. Tapi, macam biasa. Tunjuk diri kuat. Tunjuk diri tabah. Tunjuk diri tak kesah. Senyum! ^___^

Haih! Hari ni result UPU keluar. Saya tak berjaya. Sadis betul. Tapi mesti ada hikmah yang tersirat tu.

Jangan risau. Ada dua tawaran menunggu awak, Cik Haziqah.

First, tawaran belajar ke Mesir, Ijazah Sarjana Muda Farmasi, Universiti Zagazig.

Second, Kolej Matrikulasi Selangor.

Tapi, saya masih lagi berusaha. Saya buat rayuan! Moga dapat! Mohon doa.

Ada je, hamba Allah yang suruh saya menangis. Yang pesan supaya jangan sedih. Yang cakap supaya bersabar.

Dan, paling best ada yang pesan macam ni, 'Tak pe Allah selit kejutan terindah utk nti, ana do'a, i.Allah ziq!!! tabah! kuat!' ...Syukran, ya ukhti~

Dan.., sekarang, saya boleh je tersenyum. Allah nak bagi something yang terbaik untuk saya.

Macam biasa, Allah tak bagi apa yang kita nak, tapi Allah bagi apa yang kita perlu~

Allah answer our prayers in 3 ways :

  • He says YES ! and gives us what we wanted
  • He says NO ! and gives us something better
  • He says WAIT ! and gives us the best at His own time.
So, bersangka baiklah dengan Allah~ Mohon doa semua!! ^^





Friday, May 4, 2012

Ihtifal ^^

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2011

Tempat : Dewan SMI Al-Amin Kemaman
Tarikh : 27 April 2012
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengahari

Ilmu Dijunjung,
Sahsiah Disanjung,
Generasi Agung

Anugerah Kecemerlangan SPM

11A
  • Izzat, Mujahid
10A
  • Mardhiyyah, Marsha, Anwar
9A
  • Hanifuddin
8A
  • Auni, Wafaa'
7A
  • Fathi, Izyan, Syaza
Anugerah Kecemerlangan Ko-Kurikulum
  • Mus'ab, Muqsit, Mujahid, Syafiq, Izzat, Irfan, Hanifuddin, Marsha, Mardhiyyah, Wafaa', Fatimah, Zalilah, Robiatul, Auni, Anwar
Anugerah Hafazan
  • Mujahid, Faiq, Hanifuddin, Irfan, Amalina, Hazirah, Izyan, Izzah, Khadijah, Mardhiyyah, Marsha, Nasyitah, Auni, Haziqah, Dayana, Farhanah, Syifa', Robiatul, Fatimah, Syaza, Wafaa', Aqilah, Zalilah
Anugerah Kehadiran Penuh
  • Asakir, Khalis, Izyan, Izzah, Khadijah, Mardhiyyah, Farhanah, Syifa', Fatimah, Zalilah
Tokoh Pelajar
  • Mujahid, Marsha
Tokoh Hafazan
  • Hanifuddin, Mardhiyyah
Tokoh KRS
  • Irfan, Fatimah
Tokoh Akademik
  • Izzat, Wafaa'

* Tahniah ! Keep it up~ ^^



Thursday, May 3, 2012

'Mereka' yang dirindui~

Sahabat
Jika hari ini aku terlalu gembira
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah
Jikaku bersedih tanpa kata
Pujuklah aku dengan tarbiah Allah
Jika kau lemah tak berdaya
Ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan
Ajaklah aku meleraikannya segera 
Jika pernah hatimu terluka
Luahkanlah agar aku berubah
Dan...
Jika esok aku lena tanpa terjaga
Iringilah lenaku dengan kalungan doa
Berjanjilah sahabat...
Ikatan ukhuwah antara kita
Akan berkekalan untuk selama-lamanya..

~ May Last Till Jannah~



~ May Allah bless us! ~

Tuesday, May 1, 2012

Selesai Sudah~

Alhamdulillah thumma alhamdulillah, selesai sudah Majlis Pelancaran IKRAMteens Terengganu. ^^
Give thanks to Allah~

Happy sangat kerana dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat dan adik-adik ALAMINIANS, sahabat-sahabat KBM, dan etc.






Jom, adik-adik yang berumur 12-18 tahun, ayuh menyertai!


p/s: hari ni kena berkumpul di Roskeen, bincang untuk program Karnival Kesihatan pula~ ^^ Mohon doa !







Monday, April 23, 2012

He knows best !

Bila result SPM keluar ea?

21 Mac..

Haih, sudah sebulan berlalu, baru nak buka cerita? Saya adalah salah seorang daripada penduduk Malaysia yang perlu mengambil keputusan SPM secara rela atau terpaksa. Jap-jap, sebelum korang serbu saya sebab nak tahu result saya, biar saya cerita dulu. Result saya tidaklah segempak result UPSR dan PMR saya. Tapi, saya tetap bersyukur. Masih ada 'A'. Masih lulus semua subjek. Give thanks to Allah. ^_^

~ Saya berharap, saya bukanlah orang yang terakhir mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya memperoleh result yang gempak bang boom ! Tahniah!

Mesti awak semua tertanya-tanya, saya ni tak 'down' ke masa dapat tahu result saya? Hmm, saya tak sempat nak 'down' pun. Alhamdulillah, Allah mengirimkan orang-orang yang memberi saya semangat dan motivasi. Ha, saya sempat tau baca satu artikel di Langitilahi. Thanx a lot untuk semua yang memberi semangat. Allah bagi kekuatan kepada saya. Saya menatap slip SPM dalam keadaan tersenyum. Saya tahu, saya telah berusaha bersungguh-sungguh. Takdir terletak di hujung usaha. Setelah berusaha, bertawakal kepada Allah.

“Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah.” [Al-Imran : 159]

Allah tak bagi apa yang saya nak, tapi Allah bagi apa yang saya perlu~

Hari tu, saya sempat berbual dengan Ummi Saidah masa KBM di Geliga,

'SPM baru-baru ni dapat berapa?'

'Biasa je. Alhamdulillah, ada jugak A.'

'Kalau tak ada A pun, Alhamdulillah, ada hikmah Allah nak bagi.'

'Yup, ada hikmah!'

Yup, ada hikmah Allah nak bagi. Tak perlu kita tangisi. Bersyukurlah.

My sis said :

Kawan kakak, Salman Ali (dia best arabic debater kat Asia Tenggara tak silap and sekarang penasihat debate arab kat Qatar, sekelas dengan Kak Nael kat uia dulu, KakCik), dia pesan:

"Nasihat utk semua yg bru dapat result SPM"

SPM bukan segala-galanya: berjaya belum menjamin kebahagiaan mutlak,gagal belum tentu sengsara sepanjang hayat.

Entah berapa ramai yg pelajarannya bagus, gajinya besar, impiannya tinggi tapi tempat kerja menjadi tempat paling ngeri untuk dipijak, tidak kurang juga yang kerjanya keras,tangannya berkematu, hanya mampu bermimpi mengecap kekayaan , tetapi hidup penuh diulit kegembiraan.

Banyak juga isteri hartawan yang sentiasa menunggu ditepi tingkap rumah sedangkan suami tak pulang-pulang. Bukan juga ganjil unttk melihat isteri tukang sapu yang sentiasa berjalan berpimpin tangan dengan suami.

Hidangan meja executive di kerusi empuk hotel belum tentu lebih mengenyangkan dari sebungkus maggy perencah kari. selipar "qatari" berharga ribuan riyal semestinya tidak selasak slipar asadi 5 ringgit.

Perhatikanlah perjalanan hidup manusia, maka kita akan percaya yang Akhirnya kebahagiaan adalah nikmat Allah, hanya Allah sahaja menentukan sifir mendapatkan kebahagiaan bagi hamba-Nya.

Esok masih ada, esok belum tahu untuk siapa, hari ini telah berlalu, dan pastinya hari ini akan dikenang selamanya."

KakCik, I always believe SPM is just something and not a big matter. Hari ni riuh, esok lusa gone. Itulah adatnya. Kang sambung belajar lagilah, no one even bother you cemerlang tak SPM. Yang penting cemerlang di sisiNya, itulah yang akan membentuk diri kita hari ini hingga akan datang.
Untuk adik-adik yang disayangi. :) 



Ini bukanlah satu penamat dlm usaha menuntut ilmu, ini hanyalah satu permulaan. Teruskan perjalanan menuntut ilmu, carilah ilmu setinggi langit, dan berakhlaklah dengan akhlak yang mulia serta didiklah diri menjadi hamba Allah SWT yang beriman~


Kadangkala Allah beri apa yang kita TAK SUKA, kadangkala Allah tidak beri apa yang kita SUKA.

Kadangkala Allah beri apa yang kita TAK MAHU, kadangkala Allah tidak beri apa yang kita MAHU.

Tapi percayalah, semua yang Allah beri itu adalah apa yang kita PERLU.

Allah Maha Maha Penyayang, Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. He knows best. :)




Sunday, April 22, 2012

Terima Kasih Tuhan !


Nukilan : Zahra Addin

Sinar mentari pagi
hangatkan marcapada
sehangat hati sanubariku

selalu jiwa ini
memberontak sendiri
hujan dugaan yang menimpa
melemahkan semangat untuk melangkah

sering hati ini
merungut marah
mengapa aku diuji dengan pelbagai masyaqoh

tatkala gelisah memamah hati
gundah membaluti diri
ku lontar pandangan
ke arah mereka

tika aku sedih
dikurnia hanya sekeping roti
namun mereka,
melonjak gumbira
kerna semalam mereka
langsung tiada walau secubit garam

tika aku menangis
tidak dibelikan sepatu
yang aku mahu
mereka,
tiada kaki untuk
mengenakan sebarang sepatu

tika aku berduka
tiada mata pena baharu
tetapi mereka,
langsung tidak bisa
memegang mata pena

aku tertunduk malu
malu pada Dia
terlalu beruntung aku ini
dibandingkan dengan mereka
terima kasih tuhan


Saturday, April 14, 2012

Hanya dengan sepasang mata, berimankah kita?

Korang percaya tak US wujud?

Percaya!

Pernah pergi ke?

Tak.

Dah tu, macam mana boleh tahu US tu wujud?

Baca buku, Dengar orang cerita.

Mata kita sangat terbatas. Tidak semua perkara mampu kita lihat. Contohnya, adakah kita mampu melihat warna, panjang atau lebar udara dengan melihatnya melalui mata kita? Oppss.., macam susah je. Saya bagi soalan senang sikit. Dapatkah kita melihat benda yang berada di bilik sebelah, walaupun kita berkongsi dinding yang sama? Ha, saya tahu dah jawapan anda. Sudah tentu tidak.

So, macam mana kita boleh percaya tentang sesuatu perkara yang kita tidak nampak? Ada dua cara.

Pertama, kita percaya sesuatu perkara dengan melihat kesannya. Kita nampak tak graviti bumi? Tak nampak. Kita boleh percaya adanya graviti sebab ada kesannya. Kesan itu ialah kita dan segala benda yang ada di muka bumi ini tidak terapung-apung, masih kekal di tempatnya.

Kedua, Kita mendengar cerita tentang sesuatu perkara dari orang yang boleh dipercayai. Macam mana kita boleh percaya Palestin tengah berperang? Kita memperoleh cerita tentang Palestin melalui media massa, orang yang pernah menjejakkan kaki di Palestin dan sebagainya. Kita percaya perkara itu benar-benar terjadi sebab pengetahuan itu datang dari sumber yang boleh dipercayai.

Ha! Macam itu juga dengan keimanan kita kepada Allah. Kita dapat mencapainya dengan melihat kesan keagungan Allah dan melalui perantaraan risalah Allah yang disampaikan melalui para rasul.

Kita melihat kembali sejarah kaum-kaum terdahulu. Terdapat segelintir kaum yang meletakkan syarat untuk beriman dengan meminta para rasul memperlihatkan Tuhan kepada mereka.

' Dan (ingatlah) ketika kamu berkata, "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sebelum kami melihat Allah dengan jelas," maka halilintar menyambarmu, sedang kamu menyaksikan.'
~ Al-Baqarah : 55 ~

'  Dan ketika Musa datang untuk (munajat) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya, (Musa) berkata, "Ya Tuhanku, tampakkanlah (diri-Mu) kepadaku agar aku dapat melihat Engkau." (Allah) berfirman, "Engkau tidak akan (sanggup) melihatKu, namun lihatlah ke gunung itu, jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) nescaya engkau dapat melihatKu." Maka ketika Tuhannya menampakkan (keagunganNya) kepada gunung itu, gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Setelah Musa sedar, dia berkata, "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku adalah orang yang pertama-tama beriman.'
~ Al-A'raf : 143 ~

Kita sebagai hamba yang kerdil tidak mampu untuk melihat Allah. Nabi Musa yang merupakan seorang rasul tidak berupaya menanggung kesan tajalli Allah. Kita lagilah tidak mampu!

Cubaan melihat Allah yang Kursi-Nya meliputi langit dan bumi dan yang merupakan Nur langit dan bumi menggunakan mata kecil manusia yang hanya mampu melihat dalam jarak  yang dekat seperti percubaan orang yang mahu melihat seluruh dunia melalui lubang pintu rumahnya.

Tidak perlu meminta yang bukan-bukan. Lihatlah alam yang indah ini. Siapa penciptanya? Allah ! Tidak cukup dengan itu, kajilah Al-Qur'an. Di dalamnya terdapat banyak bukti-bukti kebesaran dan kekuasaan Allah.

' Dialah menurunkan air (hujan) dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya (menyuburkan) tumbuhan, padanya kamu mengembala ternakmu.'

' Dengan (air hujan) itu Dia menumbuhkan untuk kamu tanam-tanaman, zaitun, kurma, anggur, dan segala macam buah-buahan. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir.'

'Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu, dan bintang-bintang dikendalikan dengan perintah-Nya. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang mengerti.'

'Dan (Dia juga mengendalikan) apa yang Dia ciptakan untukmu di bumi ini dengan berbagai jenis dan macam warnanya. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang mengambil pelajaran.'

~ An-Nahl :10-13 ~

Masih lagi tidak mahu beriman? Tepuk dada, tanya iman kita ! Hanya dengan sepasang mata, berimankah kita?


Sunday, March 18, 2012

~


'Then after your hearts were hardened and became as stone or even worse in hardness. And indeed, there are stones out of which rivers gush forth, and indeed, there are of them (stones), which split asunder so that water flows from them, and indeed, there are of them (stones) which fall down for fear of Allah. And Allah is not unaware of what you do.' 
~ Al-baqarah : 2: 74 ~

Sunday, February 26, 2012

Apabila hati bertaut~



Bi'ah said :
Walau kata rindu tak mampu disamakan dengan perasaan rindu
Walau kata hati memujuk rayu
Walau kata jiwa kita bakal bertemu
Walau aral banyak menduga
Namun, ketetapan hari dan waktu telah termaktub
Di luh mahfuz Sang Pencipta
Uhibbuki fillah

Muallimah Norihan said :
Bila hati bertaut dalam ikatan ukhuwwah
Bersemi dengan dakwah dan tarbiyyah
Kerinduan dihadirkan penguat semangat
Memori silam bertandang bagai video yang dipertontonkan
Sahabat...
Kesedihanmu itu dinilai disisi-Nya
Kerana ukhuwwah kita berlandaskan syariat-Nya
Hanya mampu aku katakan
Bersabarlah kerana..
Sabar itu Indah..^^

Syaza said :
Ukhti, mujahadah selagi mampu.
Berusahalah ke arah taghyir yang baik selagi masih diberi waktu.
Dan ingatlah, di atas jalan ini,
Kita tidak pernah BERSENDIRIAN.
Aku ada kamu dan kamu ada aku,
dan kita punya Allah yang sentiasa menemani,
jika IKHLAS di jalannya.
Moga kita sentiasa bersama selamanya.
Amin^^
Ahabbakillahi ahbabtini fih ya ukhti

Ya Allah, syukran awi awi, kerana mengurniakan insan-insan yang baik disisiku. Di sekolah, aku mempunyai sahabat-sahabat yang bersama-sama belajar erti tarbiyyah dan murabbi yang teguh dan cekal mendidik kami agar menjadi insan yang LUAR BIASA.

Sekarang, apabila aku menjejakkan langkah ke dunia luar, aku melihat sahabat-sahabat aku semakin awesome~ Ya Allah, sekarang ini engkau  mengurniakan insan-insan yang awesome di persekitaranku. Engkau kurniakan ibu dan ayah yang menjaga dan mendidik aku tentang Islam dari kecil, my brother and family, my sis, walid dan ummi, sahabat-sahabat yang awesome dalam KBM SMART CONSULTANT, sahabat-sahabat ibu dan ayah yang mantap and others.

Give thanks to Allah. Alhamdulillah~ Uhibbukum fillahi jiddan jiddan..!!



Keindahan BersamaMu~

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, selesai sudah program Keindahan BersamaMu bersama-sama adik-adik pengawas Sekolah Menengah Badrul Alam Shah. Kali ni versi kem kepimpinan, tapi still tak berubah. Tak nak bercerita tentang programnya, tapi nak berkongsi sesuatu yang diperoleh dari program ini.

Saya pasti, semua orang mempunyai teman. Teman sepermainan, teman persekolahan, teman belajar. Tapi adakah kita mempunyai seorang sahabat? Sahabat yang sentiasa bersama-sama kita semasa kita gembira atau sedih. Dan yang paling penting, sahabat itu berani menegur kita andai kita melakukan kesalahan, dalam erti kata lain, seorang sahabat yang dapat membawa kita menuju syurga Allah.

'Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti berkawan dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.'

' Tidak sempurna iman seseorang itu, sehinggalah dia kasih saudaranya, seperti mana dia kasih akan dirinya sendiri.'

' The believers are nothing else than brothers (in Islamic religion). So make reconciliation between your brothers, and fear Allah that you may receive mercy.' ~ 49:10~

Kita perlu pandai memilih sahabat. Pilihlah sahabat yang dapat memimpin kita menuju syurga Allah. Tapi, perlu kita ingat, jangan pula kita tinggal sahabat kita yang lain. Kita merupakan da'ie. So, kita perlu membantu sahabat-sahabat kita untuk bersama-sama menjejakkan kaki ke syurga yang kekal abadi.


Bagaimana pula hubungan kita dengan Allah dan Rasulullah? Okey ke tak? Kita perlu ingat apa tujuan Allah cipta kita. Kita diciptakan hanyalah untuk beribadah kepadaNya. Ha, mesti tengah fikir negativekan?  Ramai orang salah faham konsep beribadah. Mereka hanya fikir, apabila sebut ibadah, kita perlu duduk saja di tikar sembahyang. Ibadah ini sesuatu yang luas. Kerja pun ibadah apabila kita buat kerana Allah. Makan, minum, mandi, tidur, main dan lain-lain lagi semuanya ibadah. Kita hanya perlu ikhlas dan tidak melakukan segala larangan Allah.


Redha Allah, terletak pada redha kedua ibu bapa kita. Kita perlu ingat, doa ibu akan terus sampai kepada Allah. Sayangilah ibu kita yang bersusah payah mengandungkan kita. Hormatilah ayah kita yang berpenat lelah bekerja hanya untuk menyara kita. 

And your Lord has decreed that you worship none but Him. And that you be dutiful to your parents. If one of them or both of them attain old age in your life, say not to them a word of disrespect, nor shout at them but adress them in terms of honour.And lower them the wing of submission and humility through mercy, and say : 'My Lord! Bostow on them Your Mercy as they did bring me up when I was young.' ~ 17:23-24~

Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah saw Dia berkata; "Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling baikku dampingi?"

Rasulullah saw menjawab: "Ibu mu. Dia berkata lagi; "selepas itu siapa?" Rasulullah saw menjawab: "Ibu kamu." Dia masih bertanya lagi: "Siapa?" Rasulullah saw menjawab lagi: "Ibu kamu." orang lelaki itu bertanya lagi, "Selepas itu siapa?" Rasulullah saw menjawab "Bapa kamu".

Kita perlu bangga mempunyai ibu bapa. Sayangi, hormati, gembirakanlah hati mereka selagi mereka masih bernyawa. Kita akan betul-betul menghargai sesuatu benda itu, apabila kita kehilangannya.


Aku hanyalah manusia biasa, yang datang dari tempat biasa. Keluargaku orang biasa. Tapi, aku ingin berusaha menjadi LUAR BIASA~ Menyerlah jauh dari yang biasa!